07 June 2008

Orang yang paling cerdik.

“Perbanyaklah olehmu mengingat mati, sebab perbuatan tersebut akan menghapuskan dosa dan menumbuhkan sikap zuhud (tidak rakus terhadap yang bersifat duniawi)” (HR.Ibnu
Abiddunya).

Setiap hari ada sahaja berita kematian dengan berbagai keadaan . Ada yang menyedihkan, ada yang menyeramkan, ada yang menyejukkan dan berbagai keadaan yang lain. Namun pernahkah kita membayangkan bagaimanakah keadaan kita sendiri meninggalkan dunia ini suatu ketika nanti?

Sebenarnya, bagaimana kita mati ada kaitan bagaimana kita hidup di dunia. Para ulama mengatakan, kalau kita hidup didunia dengan cara yang baik , mati pun insya Allah dalam keadaan baik. Dalam Al Quran disebutkan, orang baik (beriman) akan mati dengan jiwa yang tenang. Sebab, mereka telah mengharungi masa hidup di dunia sebagai seorang yang cerdik .

Rasulullah SAW sendiri pernah ditanya oleh seorang lelaki dari kaum Anshar, “Siapakah orang yang paling cerdik di antara orang-orang cerdik dan yang paling mulia di antara manusia, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Mereka yang paling banyak mengingat mati dan yang paling kuat mempersiapkan diri untuk menghadapinya”

Dengan demikian, tidaklah benar kalau ada pandangan bahwa orang cerdik ialah orang yang paling banyak mengumpulkan harta dunia. Kebanyakan orang yang memiliki kesempatan berusaha menindas orang orang lain dengan cara cara zalim demi menjayakan kesempatannya sebenarnya adalah seorang yang bodoh dan sedang mempersiapkan kesusahan untuk dirinya sendiri. Orang semacam inilah orang yang lupa saat ia akan mati. Iaitu orang yang tidak cerdik seperti hadits Nabi di atas..

PM cuba redakan kemarahan rakyat dengan menipu ?

Amarah rakyat semakin menjadi-jadi, demonstrasi mungkin akan berlaku setiap hari. Demikianlah rasa tidak puas hati rakyat dengan keputusan" tidak berperikemanusian" yang menyusahkan semuas makhluk Allah di bumi Malaysia ini.


Bagi meredakan kemarahan itu Kerajaan berjanji akan mengumumkan butiran mengenai empat langkah segera awal minggu depan yang bertujuan untuk meringankan beban pengguna berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan tarif elektrik, kata Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pertemuan dengan para editor kanan di sini, Perdana Menteri berkata, empat langkah itu melibatkan tindakan :

1.penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan.
2.memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat dalam golongan berpendapatan rendah dan mereka yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal serta orang kurang upaya. 3.menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah dan 4.meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.

Langkah ke 3 dan 4 telah sekian lama terabai dan tidak pernah dapat dibuktikan kebenarannya oleh pihak kerajaan. Semuanya indah dibibir sahaja. Sebelum kenaikan harga minyak harga barang telah melonjak naik sehingga mencapai lebih 100%. Adakah mungkin dengan harga minyak naik sehingga 40% harga barang boleh dikawal ?

Tunggulah sehingga "ikan keli bersisik" atau " ayam jantan bertelur" !

Begitu juga dengan pengangkutan awam saya sudah tidak percaya setelah janji untuk memulihkannya tidak nampak langsung pada tahun 2006 sehingga sekarang, sedangkan PM berjanji penjimatan hasil kenaikan harga minyak pada 2 Feb 2006 akan disalurkan untuk sektor ini.

Penjimatan kos jabatan dan agensi tidak akan berhasil selagi apa yang didedahkan oleh Ketua Audit negara tidak dapat dibenteras. Realitinya dengan kenaikan harga barang bil berganda akan bertambah banyak. Mustahil akan semakin kurang. Jadi dimanakah realiti PM ingin menyelesaikan masalah ini bila minyak sudah naik ?

Tinggal lagi ibu tunggal dan orang kurang upaya, kalau yang ini juga diabaikan dan cuba dipermainkan saya sudah tidak ada komen lagi , melainkan Allah lah tempat kebergantungan kita yang sebenarnya.

Tipu untuk kali kedua.

Kenaikan harga minyak pada 28 Feb 2006 dikatakan kerajaan mendapat penjimatan kewangan sebanyak 4 billion ringgit setahun akan digunakan bagi membiayai projek-projek pembangunan dan meningkatkan sistem pengangkutan awam demi kepentingan penduduk negara ini.


Namun begitu realiti yang kita lihat semuanya adalah janji kosong untuk menurunkan amarah rakyat yang mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur pada masa itu.

Sedikitpun tidak ada kemajuan dalam bidang pengangkutan, malah kita antaranya dikejutkan dengan kemalangan ngeri pada tahun 2007 di Bukit Gantang yang mengorbankan nyawa puluhan orang. Sebab kemalangan keadaan bas yang tidak selamat dan sudah sangat uzur.

Kenaikan minyak Jun 2008 sekali lagi dengan sejarahnya yang tersendiri iaitu paling tinggi. Natijahnya rakyat naik minyak termasuklah di negeri Perak telah diadakan demonstrasi membantah kenaikan itu.

Beberapa siri bantahan rakyat berlaku untuk hari ini dan dijangkakan akan berterusan entah sampai bila ? Mungkin sehingga harga minyak naik lagi pada ogos ini ?

Sekali lagi kerajaan berjanji dengan janji yang serupa pada tahun 2006. Kononnya kerajaan menikmati penjimatan sebanyak RM13.7 bilion, peruntukan tersebut sebenarnya akan disalurkan ke pelbagai subsidi makanan dan produk petroleum.

Menjelaskan pecahan subsidi tersebut, PM berkata, kerajaan akan menyalurkan sebanyak RM7.5 bilion bagi sumbangan kepada subsidi petrol, diesel dan gas; dasar jaminan bekalan makanan negara (RM4 bilion) dan subsidi minyak masak (RM1.5 bilion).

Percayalah kepada siapa yang hendak percaya, namun saya yakin ramai tidak akan percaya.

Kolej Islam Negeri Perak mula beroperasi

KUALA KANGSAR, 6 Jun (Hrkh) :-Negeri Perak kini mempunyai bangunan kolej Islamnya sendiri yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan, bertempat di Bukit Chandan berhampiran Istana Iskandariah dekat sini.

Sebelum ini Kolej Islam Negeri Perak yang baru beberapa tahun diwujudkan itu beroperasi di sebuah bangunan sementara di Ipoh.

Bermula 1 Jun lalu kolej tersebut yang siap dibina di tapak sebuah bukit itu telah memulakan sesi pengambilan pelajar barunya bagi tahun 2008/2009 yang terdiri penuntut lelaki dan perempuan dari negeri Perak dan negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pada peringkat awal pembukaannya, seramai 500 orang pelajar yang telah lulus temuduga layak berlajar di sini selama tiga tahun bagi mendapatkan diploma.

Tetapi bagi pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Arab terpaksa menduduki matrikulasi selama setahun sebelum meneruskan pelajaran mereka selama tiga tahun itu bagi menduduki peperiksaan sijil diploma.

Menurut maklumat, kolej berkenaan yang dijangka akan dirasmikan pembukaannya Julai depan mempunyai pensyarah-pensyarah terdiri daripada lepasan ijazah luar negara termasuk daripada beberapa fakulti universiti antarabangsa seperti Azhar dan Jordon.

Kolej tersebut yang terulung seumpamanya itu di negeri Perak dibina bersebelahan sebuah masjid bagi memudahkan penuntut berjemaah bersama penduduk sekitarnya.

Seminar Memperkasakan Kelab Penyokong PAS peringkat negeri Perak

IPOH, 6 Jun (Hrkh) - Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Gatang akan mengadakan Seminar Memperkasakan Kelab Penyokong PAS Peringkat Negeri Perak pada 7 Jun ini bertempat di Markaz Tarbiyah PAS negeri, Air Kuning, Taiping.

Pembentangan kertas kerja dan ucap utama bertajuk 'Memperkasakan Kelab Penyokong PAS' akan disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, manakala majlis penutupnya akan disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Menurut setiausaha lajnah berkenaan, Khalilul Rahman Abdul Samad, seminar tersebut bertujuan untuk memberikan kesedaran dan strategi kepada anggota parti ke arah berusaha menambat hati bukan Islam kepada PAS.

Dalam masa sama juga seminar itu bertujuan untuk meneliti kelemahan dalam konteks kerjasama antara kaum sepanjang pilihan raya umum yang ke-12 baru baru ini.

"Kita berharapkan usaha yang kita buat ini dapat menggerakkan aktivis Kelab Penyokong PAS supaya terus berada dalam 'istiqomah' dan menyakini perjuangan menegakkan keadilan," jelasnya.

Menurut beliau lagi, seminar tersebut juga diharapkan dapat membuka minda dan medan bertukar pandangan ke arah memantapkan lagi kelab tersebut, dalam masa yang sama dapat mengembangkan jalur lebar kelab penyokong PAS di peringkat akar umbi parti serta membina perpaduan di kalangan ahli.

Kira-kira 240 peserta akan mengikuti seminar tersebut yang mewakili Lajnah Perpaduan Nasional kawasan di seluruh negeri Perak.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak yang juga Pengerusi Agama, Pendidikan Islam, Kebajikan dan Wanita Kerajaan Negeri Perak dijangka turut berucap di majlis tersebut dengan memfokuskan kepada memperkasakan usaha dan strategi PAS dalam masyarakat berbilang kaum.