05 June 2008

Tertinggal sembahyang nak beli minyak : Pak lah bertanggung jawab

Kata Al banjari dalan cbox cina islam "ana beratur di petronas kg. kedah setelah habis solat maghrib, dapat isi minyak jam 9.30 mlm. bayangkan 100 minit jadi org bodoh semata nak isi minyak.."

Realiti dari keadaan diatas saya menyatakan bahawa Pak Lah kena bertanggung jawab kerana berapa ramai orang tertinggal solat maghrib kerana beratur untuk beli minyak pada kadar lama. Rakyat yang terkejut cuba menyelamatkan sedikit wang nya dengan kali terakhir menikmati harga lama yang jauh lebih murah dengan harga baru. Beraturlah mereka sehingga melewati waktu sembahyang.

Seandainya seseorang itu mula beratur sekitar jam 7.29 tepat masuk maghrib di Parit Buntar, ditambah 100 minit berarti jam 9 lebih baru dapat giliran . Awal dari itu pun masih belum sempat kerana 8.45 sudah masuk Isya. Bayangkan berapa ramai yang tidak sempat sembahyang diseluruh negara dan terpaksa jamak "tak payah" sahaja lantaran pengumuman Pak Lah yang menyusahkan itu.

Sejarah Harga Minyak Selama 18 Tahun

Ternyata kenaikan harga minyak untuk sekali ini mencatat secara tersendiri iaitu yang paling tinggi dalam sejarah. Mungkin sahaja penyokong UMNO yang tidak cukup cupak dan inci mengatakan sedikit saja dan macam-macam alasan yang lain.

Seperti seorang penyokong kuat UMNO bila ditanya kenapa dia berbaris panjang untuk mengisi minyak, jawabnya mudah sahaja sebab" esok nak berjalan jauh macam mana kena isi juga". Satu jawapan hendak menutup malu. Usah berselindung disebalik kelingking yang kudong.

Kelemahan Pak Lah setelah diasak bertubi-tubi oleh Dr. Mahadhir, Mukhriz dan pemimpin UMNO yang lain supaya beliau meletakkan jawatan nampaknya berakhir dengan kenaikan harga minyak yang "melampau" dalam sejarah.
Peningkatan harga petrol dan diesel sebanyak 40 peratus yang berkuat kuasa hari ini dibimbangi akan mengakibatkan peningkatan inflasi secara mendadak., kebimbangan tersebut berdasarkan kenaikan harga petrol dan diesel itu amat mengejutkan kerana 'terlalu tinggi'.

Saya mencabar semua ahli dan penyokong UMNO untuk membawa kad ahlinya setiap kali hendak ke stesen minyak. Tunjukkan kad itu kepada kaunter dan pastikan anda mendapat harga lama. Boleh atau tidak ?, orang tidak cerdik pun dapat tahu jawapannya. Jadi tidak guna saudaraku sekalian berada dalam UMNO, ayuh ikutlah Dr. Mahadhir untuk meninggalkan parti "tak boleh harap" ini.

Sesungguhnya kami yang tidak menyokong BN dan UMNO ada maruah, naiklah berapa mahu naik kami akan bayar dan tetap bersabar menantikan kemenangan. Dengan maruah kami yang sedikitpun diyakini tidak tercalar kami tetap menolak BN atau Bahaya Negara dulu kini dan selamanya.

Harga minyak petrol sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

Sebelum 1990 - RM 0.89

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02) biru - semasa Dr. Mahadhir
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10) merah - semasa Abdullah
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008- RM 2.70(kenaikan RM 0.78) kenaikan terkini

Hadiah rakyat pilih BN : Harga minyak naik lagi.

PARIT BUNTAR, 4 Jun :-Benar sebagai yang dijangkakan, dan terbukti menteri BN, sharir berbohong. Sah harga petrol telah dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.





Kereta berbaris panjang hingga masuk maghrib








Stesen minyak di sekitar Parit Buntar seawalnya sejak jam 5.30 petang telah dipenuhi oleh warga sekitar untuk mendapatkan harga lama. Walaupun sekadar setangki minyak dengan kadar lama itulah mungkin suatu kepuasan dan peluang yang ada dalam keadaan tertekan sebegini.






Rakyat didera sebegini setelah BN menang.








Saya berada di stesen minyak Petronas kampung kedah sekitar jam 6.20 petang sehingga hampir maghrib untuk berkongsi masalah dengan warga setempat dalam menghadapi kemelut ini.

Tangki minyak memang kosong, namun saya tidak sanggup untuk berbaris panjang . Dalam hati berkata "biarlah rakyat menerima peluang ini bukannnya aku. banyak lagi orang yang lebih susah dan akan lebih susah dengan harga baru pada hari-hari mendatang".

Antara yang berbaris adalah pemimpin UMNO Bahagian Parit Buntar dan bekas ketua kampung di sini. Selain itu banyak dikalangan kakitangan Kerajaan dan swasta. Saya berkesempatan mendengar rungutan mereka yang hampir 100 pratus tidak bersetuju dengan kenaikan ini.

Seorang penduduk Bandar Baharu, En. sofian Abu Bakar berpendapat kenaikan ini sangat menyusahkan apa lagi dengan pendapatannya yang tidak seberapa sebagai pekerja swasta. Beliau menjangka kan harga barang akan naik secara mendadak selepas ini.

Abdul Rahman Yahya dari Taman Seri Tenggara pula berkata langkah menaikkan harga minyak adalah langkah yang menyuysahkan rakyat, dan juga beliau yakin harga barang pasti naik.

Seorang peniaga Tionghua yang tinggal bersama dengan saya di Taman Wawasan berpandangan sepatutnya harga minyak tidak perlu dinaikkan. Harga asal kena dikekalkan . Paling baik kena turunkan seperti menifesto BA dalam PR yang lepas.

Selain itu seorang yang berbaris panjang memenuhi stesen minyak itu memberi pandangan yang berlainan dengan katanya : "rakyat yang telah memilih BN sehingga diberi peluang lagi untuk memerintah negara kena bertanggung jawab kerana memang dia telah tersalah pilih".

Demikianlah siri kezaliman kerjaan BN yang bermula setiap kali diberikan lagi mandat untuk memerintah negara, Sahlah BN adalah Barang Naik, dan Banyak Naik sebagaimana hari ini tercatat sebagai kenaikan paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak di Malaysia.

Ketenangan Jiwa

“Hai anak Adam, luangkan waktu untuk beribadah kepadaKu, niscaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku menghindarkanmu dari kemelaratan. Kalau tidak, Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja dan Aku tidak menghindarkan kamu dari kemelaratan”, (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Jiwa yang tenang merupakan idaman setiap insan di dunia ini. Bahkan tidak sedikit orang mengira bahwa impiannya itu boleh didapati dengan harta dunia, kedudukan, kemewahan, dan sebagainya, sehingga itulah yang selalu dikejar. Namun setelah memiliki semua itu, apa yang diidamkan berupa ketenangan jiwa tidak diperolehinya. Malahan yang didapat adalah kekacauan jiwa. Itu adalah suatu pertanda bahwa rata-rata manusia tahu apa yang diinginkan, namun tidak tahu cara memperoleh apa yang diinginkannya.


Padahal kalau meneliti hadits Qudsi di atas, jelas sekali bagaimana cara memperolehi ketenangan jiwa. Iaitu, dengan sentiasa dekat kepada Allah dan beribadah kepada Nya secara ikhlas. Dengan selalu dekat kepada Allah, segala rintihan hati akan selalu disampaikan kepadaNya. Allah berjanji tidak akan membiarkan tangan-tangan manusia yang menelentang, hati yang memohon, dan mata yang bercekang diwaktu malam, tanpa membawa hasil . Allah pasti Allah akan mengabulkan permohonan yang ikhlas itu.

Oleh kerana itu, jangan sampai kita setiap saat diperhambakan oleh berbagai kesibukan, sehingga waktu untuk beribadah dan berdoa kepada Allah sering diabaikan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki kita berasal dari Allah . Kerana itu, kepadaNya lah kita meminta dan dengan namaNya lah kita memulai mencari rahmatNya. Dengan demikian, jiwa kita pun akan tenang sewaktu kembali kepadaNya.

China larang beg plastik percuma.

BEIJING, 4 Jun :-Bermula pada bulan Jun ini, satu tindakan perlindungan alam sekitar yang baru mula dilaksanakan di seluruh China, iaitu berkait dengan beg plastik yang digunakan di semua kedai runcit, pasar raya, pusat membeli-belah dan pasar. Semua peruncit tidak boleh menyediakan beg plastik ini secara percuma. Orang ramai mula bersiap sedia beg dengan masing-masing untuk membeli-belah. Dimaklumkan, selepas tindakan itu dilaksanakan, jumlah penggunaan beg plastik China akan berkurang 2/3.

Menurut statistik, beberapa tahun kebelakangan ini, China menggunakan hampir 3 bilion buah beg plastik setiap hari. Beg plastik sukar hancur atau diuraikan, dan akan mengakibatkan pencemaran yang amat teruk bagi alam sekitar. Untuk menggalakkan orang ramai menggunakan beg plastik secara munasabah demi mendorong penggunaan sumber dengan jimet-cermat dan melindungi persekitaran ekologi, pada awal tahun ini, China mengumumkan akan melaksanakan sistem beg plastik berbayar di kedai-kedai. Melalui persiapan selama 5 bulan, sistem itu dilaksanakan dengan rasmi pada 1 Jun yang lalu.

Pada 1 Jun yang lalu, pusat membeli-belah dan pasar raya mengumumkan bahawa beg plastik yang dikeluarkan oleh mereka akan dikenakan bayaran. Orang ramai bersedia dengan bakul dan beg sendiri untuk membeli-belah. Mereka masing-masing menyatakan sokongan terhadap arahan itu dan menyatakan, walaupun tidak mudah, tetapi boleh diatasi.

"Saya membawa beg untuk membeli-belah. Beg plastik mencemari alam kekitar, dan saya tidak akan menggunakannya lagi. Saya membawa beg dan bakul untuk membeli makanan dan ini bukanlah susah."

"Melindungi alam sekitar! Menyambut Sukan Olimpik hijau! Kami menggunakan beg sendiri dan tidak menggunakan beg plastik lagi kerana itu mencemari alam sekitar dan mempengaruhi wajah Beijing sebagai ibu negara China."

Di pasar perdagangan pertanian, ramai peruncit juga menyatakan bahawa, walaupun sistem itu akan mempengaruhi perniagaan mereka, tetapi sistem itu juga akan menjimatkan kos mereka.
"Pada permulaannya, saya fikir memang tidak mudah, tetapi dalam jangka yang panjang, pembeli akan memahami sistem ini dan membawa beg mereka sendiri. Ini baik bagi kita. Kita tidak akan berbelanja untuk beg plastik."

Berbanding dengan tindakan beberapa negara yang melarang penggunaan beg plastik secara menyeluruh, China hanya melarang mengeluarkan dan menggunakan beg plastik tipis yang tidak boleh digunakaan beberapa kali, dan mengurangkan penggunaan beg plastik yang diluluskan dengan cara mengenakan bayaran.

Ketua Jabatan Pengurusan Peredaran Barangan Jabatan Perdagangan Beijing, Zhang Qiang memaklumkan bahawa beg plastik yang boleh digunakan secara berbayar itu mempunyai standard dan saiz yang terhad.

"Tebalnya mesti melebihi 0.025 mm. Menurut standard mandatori, beg plastik mesti mempunyai kod nombor, dan nombor telefon syarikat pengeluarnya, agar dapat dimanfaatkan bagi tujuan pengawasan oleh pengguna dan penyelidikan jabatan berkenaan."

Pakar penyelidik memaklumkan bahawa selepas China melaksanakan sistem tersebut, jumlah beg plastik yang digunakan akan berkurang 2/3. Sementara itu, mereka juga menegaskan bahawa di samping melaksanakan sistem tersebut, China juga perlu mengeluarkan barang penggantinya yang bersifat melindungi alam sekitar dengan secepat mungkin. Barang ganti tersebut mesti dapat digunakan beberapa kali. Ini boleh melindungi alam sekitar dan menjimatkan sumber tenaga.

Larian Obor Sukan Olimpik Beijing sampai di Changsha

Larian obor Sukan Olimpik Beijing berakhir di Changsha, provinsi Hunan China petang tadi.Larian itu berlangsung selama lebih 3 jam dengan jarak 20.8 kilometer. changzha adalah ibu negeri bagi Wilayah Hunan tempat kelahiran pemimpin lagenda China Mao Tze Dong

Sebelum larian dimulakan, semua yang hadir pada majlis itu bertafakur selama seminit sebagai memperingati mangsa yang terkorban dalam gempa bumi Sichuan yang terletak berseblahan dengan Wilayah Hunan .
Hunan juga adalah tempat diberikan penghormatan sebagai tempat dilancarkan kapal angkasa china chang-e 1 tidak berapa lama dulu. Kapal angkasa tersebut telah berhasil mengorbit bulan pada akhir tahun 2007 yang lepas.

Esok, larian obor akan diteruskan di Xiangtan dan Shaoshan, provinsi Hunan.