02 June 2008

Kenapa Harga Minyak Dunia Terus Naik?

Akhir-akhir ini, harga minyak antarabangsa terus naik hingga mencapai harga tertinggi yang melebihi 135 dolar Amerika setong. Ini merupakan rekod harga yang paling tinggi setakat ini. Yang lebih teruk, adakah harga itu akan mencapai angka200 dolar Amerika setong atau tidak, dan ini sedang menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat seluruh dunia. Harga minyak yang begitu tinggi ini telah mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada ekonomi dunia, khususnya memberikan beban yang hebat kepada negara-negara yang miskin. Namun, negara pengguna minyak yang paling besar, iaitu A.S. dan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) sedang saling bertelagah, menuduh satu sama lain yang semestinya bertanggungjawab terhadap melonjaknya harga minyak antarabangsa.

Ketika menghadapi krisis kenaikan harga minyak yang pesat, negara-negara anggota OPEC menolak tuntutan negara pengguna supaya mereka meningkatkan jumlah pengeluarannya. Mereka menegaskan bahawa permintaan dan bekalan minyak mentah di pasaran antarabangsa masih seimbang. Maka, harga minyak yang tinggi tidak ada kaitan dengan jumlah pengeluarannya. Setiausaha Agung OPEC, Abdalla Salem El-Badri berpendapat bahawa kenaikan harga minyak adalah disebabkan keadaan politik yang tidak stabil di beberapa buah negara yang berkaitan, aktiviti spekulasi, dan kejatuhan nilai dolar Amerika. Beliau menyatakan bahawa OPEC tidak berkemampuan untuk mengawal pasaran minyak yang begitu "gila" sekarang.


Namun, A.S. menegaskan bahawa kenaikan harga minyak adalah disebabkan keperluan minyak yang besar dan bekalannya yang tidak mencukupi. Namun, pihaknya tidak menyebut unsur-unsur negatif seperti kejatuhan nilai dolar Amerika Setiausaha Perbendaharaan A.S., Henry Paulson menyatakan bahawa kenaikan harga minyak mencerminkan bekalan minyak yang tidak mencukupi dan permintaan pasaran antarabangsa yang kian meningkat, sebaliknya bukanlah disebabkan kegiatan spekulasi. Menurut beliau, kerajaan A.S. telah banyak berusaha untuk menggesa OPEC supaya meningkatkan pengeluaran minyak sebagai cara utama untuk menangani kenaikan harganya di pasaran. Presiden George W. Bush telah melawat Arab Saudi sebanyak dua kali tahun ini untuk menggesa negara itu supaya meningkatkan pengeluaran minyaknya. Namun, negara-negara OPEC tetap mempertahankan kepentingan mereka dan tidak mahu bertolak-ansur. Dalam menghadapi keadaan ini, dasar A.S. menjadi lebih pragmatik. Setiausaha Perbendaharaan A.S., Henry Paulson akan melawat beberapa negara pengeluar minyak utama di kawasan Teluk, seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu. Pembantunya menjelaskan bahawa beliau tidak akan menetapkan jumlah yang terperinci daripada sesebuah negara tentang peningkatan pengeluaran minyaknya, tetapi menggalakkan negara-negara OPEC meningkatkan pengeluaran minyak melalui peningkatan pelaburan atau pengimportan modal asing.


Melonjaknya harga minyak yang begitu pesat mencerminkan bahawa kegiatan spekulasi masih aktif pada masa ini. Ini menandakan, orang awam amat bimbang akan bekalan minyak yang mungkin tidak mencukupi. Walaupun politik beberapa buah negara OPEC yang tidak stabil memainkan peranan yang tertentu terhadap keadaan tersebut, namun, unsur utama ialah kejatuhan nilai dolar Amerika yang berterusan.


Ada penganalisis berpendapat bahawa sebelum ditemui sumber tenaga yang boleh menggantikan petroleum, usaha perlu dibuat demi menggalakkan negara-negara OPEC dan modal antarabangsa meningkatkan pelaburan untuk meningkatkan pengeluaran minyak. Dalam jangka masa yang pendek, dasar kerajaan Bush akan memainkan peranan yang besar dalam mengawal harga minyak dan ini perlu diberikan perhatian.

Petisyen salah laku penyokong dan aktivis Pas ditolak dengan kos

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos petisyen salah laku penyokong dan aktivis PAS pada pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manir.



Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Kang Hwee Gee, dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas pempetisyen gagal mengaitkan responden iaitu anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Datuk Harun Taib dengan insiden memukul serta menahan pengundi daripada menjalankan kewajipan mereka pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, kandungan petisyen sepatutnya mengandungi fakta material yang kukuh, iaitu sudah berlaku amalan menyeleweng serta salah laku yang mempunyai kaitan dengan pilihan raya.

Beliau berkata, petisyen itu juga mesti menyertakan bukti bahawa amalan menyeleweng serta salah laku sudah dilakukan oleh calon atau dengan pengetahuannya atau mendapat izin daripada ejen atau calon itu sendiri.

"Tidak cukup apabila pempetisyen hanya menyatakan amalan menyeleweng yang dikatakan itu, dilakukan responden atau dengan pengetahuannya. Tiada secebis fakta dalam petisyen ini yang boleh menyokong perkara tersebut,” katanya.- Bernama

BBC Kerajaan Negeri Perak ditubuhkan.

IPOH, 1 Jun :- Satu kenyataan resmi dari Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan memaklumkan bahawa Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kerajaan Negeri Perak telah di pilih dengan resminya dalam satu pertemuan Ahli-ahli Yang Berhormat penyokong Kelab yang diadakan di sini Jumaat lepas.



Adun Titi Serong (PAS), YB. Drs. Khalil Idham Lim telah dipilih sebagai Pengerusi. Timbalan Pengerusi ialah ADUN Simpang Pulai (PKR), YB. Encik Chan Ming Kai dan Setiausahanya ADUN Canning (DAP), YB. Encik Wong Kah Woh.





YB. Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi








YB. Encik Chan Ming Kai
Timbalan Pengerusi









YB. Encik Wong Kah Woh
Setiausaha.

Tajol: Kemana RM8 Juta dibelanjakan?

IPOH, 1 Jun:-Mantan Menteri besar perak, Tajol Rosli mesti jelaskan kepada rakyat Negeri perak kemanakah wang peruntukan pembangunan wakil rayat berjumlah RM8 Juta itu dibelanjakan dalam tempoh dua bulan sahaja sebelum pilihanraya yang lalu. Kejadian yang sama telah berlaku bagi negeri Kedah dan Negeri Selangor yang memberi gambaran yang sangat buruk dalam hal pengurusan dana kewangan rakyat oleh pemimpin UMNO dan BN.

Kerajaan Perak mahu kerajaan yang lepas, Barisan Nasional menjelaskan bagaimana RM8 juta dana pembangunan bagi tahun ini dibelanjakan dalam tempoh tidak sampai 3 bulan.

Anggota exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat amat terkejut sekali terhadap cara penggunaan dana, yang diperuntukan bagi projek-projek kecil telah di gunakan sebelum atau pada 8 Mac waktu kempen pilihanraya yang baru lalu.

Dana tersebut, katanya , merupakan peruntukan RM75,000 bagi setiap ahli dewan Barisan Nasional dengan tambahan RM100,000 yang diberikan kepada setiap ahli exco negeri.“Rakyat mengesyakki dana tersebut telah digunakan dalam kempen pilihanraya yang lalu.”“Kami belum menuduh mereka lagi, tetapi kami mahu mereka memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut,” jelas Ngeh dalam satu sidang media semalam.

“Saya minta mantan MB Perak Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli dan lain-lain bekas anggota exco, yang kini menanggotai dewan undangan negeri, menjelaskan perkara tersebut untuk berlaku adil kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga mendesak supaya kerajaan yang lepas supaya menyenaraikan perbelanjaan, Ngeh berkata , ini adalah satu bukti kes penyelewengan.

“Dana tesebut adalah peruntukan bagi tempuh sepanjang tahun, tetapi telah dibelanjakan dalam tempoh dua bulan. Adakah ianya digunakan bagi tujuan politik?” tanya Ngeh.

"Kerajaan yang lalu harus dengan segera menyatakan melalui media atau menulis kepada kerajaan negeri sekarang supaya rakyat mengetahui urusan perbelanjaan tersebut", katanya.

Sumber Asal : alhusseyn