29 May 2008

Kembara Zakat ditutup dengan rasminya oleh ADUN Titi Serong

PARIT BUNTAR, 28 Mei:- Program Kembara Zakat 2008 dengan rasminya telah berakhir setelah ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim menutup tirai kembara yang bermula sejak 26 Mei lepas. Satu Majlis Peresmian Penutup dan penyampaian bantuan zakat telah diadakan disini. Sebelum itu Majlis Peresmian dan pelepasan rombongan telah di sempurnakan oleh YAB. Menteri Besar perak di Ipoh pada 26 Mei lepas.

Antara matlamat program tersebut ialah mengurangkan bebanan dan kesusahan di kalangan asnaf sekaligus mewujudkan rasa kehidupan mereka dihargai bersama. Juga untuk membuka mata dan minda masyarakat supaya lebih berkeyakinan terhadap sistem agihan institusi zakat. Program ini juga merupakan satu langkah promosi bagi meningkatkan jumlah bilangan pembayar zakat di Negeri Perak khususnya.

ADUN Titi Serong menerima cenderamata dari rombongan

Majlis tersebut di Masjid Batu 5 dengan dihadiri oleh 40 orang peserta kembara bersama 18 kenderaan pelbagai model. Pada majlis yang sama diadakan penyampaian bantuan makanan kepada 50 orang fakir miskin. Hadir sama dalam program tersebut ialah Penolong Setiausaha Bahagian Zakat, Ust. Bakri bin Lee dan Pengerusi Jawatan Kuasa Program Kembara Zakat 2008, Ust. Suhaimi bin Yusof.

ADUN Titi Serong dalam ucapan penutupnya menegaskan perjuangan berasaskan bangsa tidak selamat melainkan perjuangan berasaskan islam yang membawa keselamatan dunia dan akhirat. Katanya "kita hadir ke masjid pada hari ini atas nama islam bukan kerana atas nama melayu".

Menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin

Beliau berterima kasih kepada rombongan dengan kesudian mengakhiri program di Masjid Batu 5 yang terletak di Kawasan DUN Titi Serong.

Ezam lawan anwar dalam pilihanraya kecil ?

Sahlah kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO. Kelmarin beliau dengan resminya telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO. Tahniah dan eloklah beliau telah membuat keputusan kerana Mohamad Ezam yang juga merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan telah keluar parti itu tahun lalu.Tambahan pula keputusan beliau untuk menyertai UMNO merupakan pilihannya sendiri.

Alangkah tidak elok sudah lama sangat tidak berparti. Sebetulnya sejak dia keluar dari PKR tahun lepas ezam kena umumkan parti mana pilihan barunya. Mustahil kalau dia tidak setuju dengan parti lamanya dia tidak ada pilihan baru.Ibarat sudah lama berduda kenalah cari pasangan baru.

Kalau rasa ada kekuatan dan jikalau dia rasakan semua parti yang ada tidak sesuai untuknya dia kena tubuhkan parti baru seperti tindakan yang dibuat oleh beberapa pemimpin sebelum ini.

Saya cadangkan agar presiden UMNO akan calonkan Ezan untuk menjadi calon BN dalam mana-mana pilihanraya kecil sekiranya ada. Yang paling menarik sekiranya berdepan dengan bekas bosnya DS. Anwar Ibrahim. Kalau sudah dapat ayam jantan cubalah sekali uji kekuatannya. Yang saya takut Ezam yang takut untuk dicalonkan.

Seperti kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tindakan Mohamad Ezam Mohd. Noor menyertai UMNO tidak akan memberi sebarang kesan terhadap parti pembangkang itu. Saya sangat bersetuju apa lagi zaman sekarang bukan zaman kita hendak masuk UMNO tetapi zaman orang ramai-ramai keluar UMNO. Tun Dr. Mahadhir yang buktikan bahawa UMNO bukan lagi harapan dan tempat kebergantungan orang Melayu.

Namun biasalah kerana dalam setandan pisang ada saja yang ganjilnya apa lagi manusia sering saja ada yang menongkah arus...

Tembok pemisah antara bangsa Cina dan India dengan Parti PAS telah roboh

TANAH MERAH, 27 Mei:- Rakyat pelbagai kaum di Malaysia telah di momokkan oleh UMNO dengan pelbagai dakyah untuk menakutkan mereka kepada PAS sejak 50 tahun lepas. Antaranya kata jika sokong PAS dan mereka menang mereka akan kena potong?


Drs Khalil Idham Lim sedang memberi ceramah


Namun penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak membuktikan tembok itu telah pun roboh. Demikian antara isi ceramah ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim di FELDA Kemahang malam tadi.

ADUN PAS berbangsa cina asal Kelantan itu menjelaskan, kalau melihat kepada melayu dia tidak akan masuk Islam 22 tahun lepas.

Sambil itu beliau beliau menyeru supaya penduduk FELDA Kemahang meninggalkan perjuangan berasaskan melayu kerana "melayu" tidak boleh menyelamatkan, tetapi "berjuanglah atas dasar Islam", katanya.

Hadir sama dalam program ceramah umum itu ialah YB. Mej(B) Anizam, ADUN Kemahang dan penceramah jemputan, Ust. Nasaruddin Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat.