25 May 2008

Mangsa Korban Gempa Bumi Sichuan Meningkat kepada 60,560 Orang

CHINA , 24 Mei :-Mangsa korban gempa bumi Sichuan telah meningkat kepada 60.560 orang dan tiada kemalangan pekerjaan ekoran gempa bumi berlaku di kawasan bencana.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Keselamatan Pekerjaan Negara China, Wang Dexue hari ini di Beijing berkata, pihaknya telah mengarah lombong-lombong, kilang bahan kimia yang berbahaya di kawasan bencana ditutup dan memindahkan pekerja ketempat yang selamat.

Pihaknya juga telah meningkatkan pengawasan terhadap kawasan terbabit untuk mengesan dan mengawal punca pencemaran dan segera menangani pelbagai risiko yang mungkin akan mengakibatkan kemalangan baru.

ADUN Titi Serong serah kutipan untuk magsa gempa di China


Drs. Khalil menyerahkan kutipan tabung mangsa gempa China

PARIT BUNTAR, 24 Mei :- Keperihatinan kepada mangsa gempa Sichuan China di kalangan masyarakat di sekitar DUN titi Serong telah mendorong persatuan pengamal Taici mengadakan kutipan derma dikalangan ahlinya. Hasil usaha murni tersebut sebanyak RM 4920 telah berjaya dikumpul.

Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di lapangan reakriasi Dataran Sungai Kerian pagi tadi, ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim telah hadir bagi menyerahkan wang kutipan tersebut kepada wakil akhbar harian Guang Ming, En. Khor.

ADUN Titi Serong bersama isteri bergambar bersama ahli Persatuan Taici Parit Buntar

Dalam ucapan ringkas yang diberikan, Drs. Khalil memohon semua warga penduduk yang menggunakan kawasan tersebut untuk beriadah supaya bersabar dengan kemudahan asas yang kurang teratur terutamanya dalam hal lampu yang perlu dibuka seawalnya pada jam 6.00 pagi.

Beliau menyedari hal tersebut penting demi keselamatan pengunjung pada masa tersebut. Selain itu usaha yang dilakukan tersebut mendapat pujian dari ADUN Titi Serong.

Sambil mengalu-alukan kehadiran ke pejabatnya jika mempunyai masalah, beliau juga berjanji jika ada masayang terluang akan hadir sama mempelajari Taici.

PM perbodohkan rakyat Malaysia ?

Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan hari ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.

Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Itulah keputusan mengejutkan dan yang memeningkan kepala rakyat negara malaysia yang cintakan kedaulatan walaupun seinci tanah milik negara kita pantang jatuh ke tangan negara asing.

Namun menyedih, rasa marah dan seolah diperbodohkan oleh PM, katanya dengan mudah dengan meminta semua rakyat Malaysia terutama penduduk Johor menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura. Mudah untuk diucapkan namun pahit kenyataannya.

Realitinya Tun Dr. mahadhir (TDM) saya jangka dapat mencium lebih awal keputusan yang akan diumumkan. Oleh itu saya berpandangan keputusan beliau keluar dari UMNO beberapa hari lepas, adalah didorong atas rasa malu dan tidak bertanggung jawab dengan keputusan "bodoh" ini.

Lemah dan tidak bermayanya Pak Lah terbukti sudah dalam banyak hal, batu putih adalah bukti yang sangat jelas.