18 May 2008

Penjawat awam jangan berpihak

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menggesa para penjawat awam supaya tidak mementingkan diri sebaliknya sentiasa mengutamakan kepentingan awam.Baginda bertitah, mereka juga perlu sentiasa mengamalkan budaya kerja berkualiti dan sanggup berkorban demi kemakmuran rakyat dan negara."Tugas utama penjawat awam ialah memelihara kepentingan rakyat, justeru berlandaskan prinsip dan kefahaman itu, kepentingan awam harus mengatasi kepentingan peribadi.


Cina Islam memandang positif dan menyokong titah ucapan Raja Perlis dalam keadaan penumpuan penjawat awam untuk memajukan negara dan negeri yang mereka cintai. Penjawat awam semestinya menyedari perlantikan mereka bukan kerana parti atau kelompok tertentu. Oleh itu setiap tindakan tidak boleh menyebelahi golongan tertentu.


Budaya kerja yang berkualiti yang disebutkan oleh Tuanku Raja Perlis bagi saya ialah kualiti seseorang penjawat awam yang menyedari dia adalah bebas dari gangguan pihak tertentu dalam melaksanakan tugas. Dia tidak boleh dan sepatutnya mana boleh dipengaruhi oleh pihak tertentu dalam melaksanakan tugas seharian.
Malangnya realiti yang kita hadapi di negeri-negeri yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat, masih ada lagi segelintir penjawat awam yang seakan-akan masih tidak menyedari bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan baru yang mementingkan rakyat , bukan pihak-pihak tertentu.


Kita yakin dalam tempoh 100 hari yang akan berakhir sekitar sebulan lagi, menyedarkan mereka-mereka yang masih dalam lamunan dan khayalan untuk kembali kelandasan yang betul dan benar. Maka berkerjalah mereka tanpa perlu rasa takut dan bimbang.

ADUN Titi Serong melawat perkampungan Cina

BAGAN TIANG,17 Mei:-Satu lawatan telah dilakukan oleh ADUN Titi Serong,YB. Drs. Khalil Idham Lim bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Dr. Mujahid Yusof ke Perkampung Cina Kuala Bagan Tiang disini malam tadi.


Adun Titi Serong meninjau pejabat Bomba Penyelamat Sukarela.

Dalam lawatan tersebut satu pertemuan resmi telah dilakukan bersama pemimpin masyarakat setempat bagi mendengar rungutan dan permasalahan penduduk setempat. Lawatan yang bermula pada jam 9.00 malam itu berakhir pada jam 10.30 malam dengan menghasilkan beberapa perkara penting untuk diperhatikan dan diambil tindakan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat( PR).

Antara rungutan yang diterima ialah masalah perparitan, bantuan tahunan untuk Bomba Penyelamat Sukarela, lampu jalan, tempat pembuangan sampah dan kelengakapan kerusi untuk dewan serbaguna.

Perkara lain yang penting ialah mengenai status pertempatan penduduk yang didakwa telah melebihi 100 tahun. Mereka memohon dari ADUN Titi Serong agar membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Sehubungan itu wakil penduduk tempatan telah menyerahkan sesalinan surat yang pernah disampaikan kepada Menteri Besar Perak yang lepas.

Lawatan yang dianggap berjaya itu diakhiri dengan kedua-dua wakil rakyat meninjau Pejabat Bomba Penyelamat Sukarela.

Bangunlah, lakukan perubahan....

“Barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari kelmarin, ia celaka. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, ia merugi. Dan barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin, ia beruntung” (HR. Ad-Dailami).


Bangkit adalah salah satu kata kunci hidup seorang Muslim di mana saja dan bila masanya mereka berada di dunia ini. Sebab, bangkit menunjukkan adanya perubahan dalam hidup ini. Dan perubahan adalah lumrah alam. Rasulullah SAW sendiri telah menekankan pentingnya perubahan hidup bagi setiap manusia, tentunya perubahan dari keadaannya yang tidak baik menjadi baik, dari baik menjadi lebih baik. Bahkan dikatakan, siapa saja yang sama keadaannya hari ini dengan kemarin, ia termasuk dalam golongan yang mendapat kerugian.


Apa yang dikatakan Rasulullah SAW itu menunjukkan bahwa kita sebagai umatnya lebih penting bertindak berbanding cuma berhasrat dan bercita-cita untuk melakukan perubahan. Sebab, berhajat atau berhasrat berarti menunggu sampai adanya tindakan pihak lain. Dan nampaknya, inilah yang sering dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam. Kita baru bertindak setelah munculnya ajaran-ajaran sesat atau kemungkaran lainnya di sekitar kita, atau setelah masyarakat jatuh miskin atau menjadi terkebelakang berbanding masyarakat lain..

Padahal semua akibat buruk itu boleh diatasi sebelum semua itu terjadi. Misalnya, dilakukan berbagai langkah pilihan agar umat Islam tidak jatuh miskin . Pendidikan yang terancang secara sistematik mengelak agar umat Islam tidak maju dalam bidang keilmuan.

Sayangnya, kita tidak mahu berubah dari tahap lama, menunggu dibangkitkan oleh tindakan pihak lain. Sesudah kita dihimpit dengan berbagai kemelut baru mahu cuba bangkit.Padahal Rasulullah SAW menuntut kita untuk senantiasa bangkit agar lebih baik dari sebelumnya pada setiap masa dan ketika.

Kelab Penyokong PAS bercambah di Perak


PARIT BUNTAR, 13 Mei: Kelab Penyokong PAS tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Perak semenjak Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu. Tambah-tambah lagi apabila Menteri Besarnya datang dari PAS walaupun PAS mempunyai Adun paling sedikit dalam kerajaan campuran di Perak itu.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah melancarkan Kelab Penyokong PAS dari Kaum Cina dan India di Parit Buntar dan Pekan Baru Parit Buntar, bertempat di Pekan baru, Parit Buntar 8 Mei baru-baru ini.

Kira-kira 1,000 orang kaum Cina dan India di Parit Buntar menyertai Kelab Penyokong PAS. Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim, dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahari turut hadir dalam majlis pelancaran itu.

Sebelum itu, di Bagan Serai, dalam perjumpaan pertama yang diadakan di sebuah tokong Cina dekat sini, kira-kira 500 orang kaum Cina dan India telah berikrar memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak sekarang.

Ikrar sokongan penuh, padu, dan jitu itu disampaikan kepada Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum Cina Menteri Besar Perak, Mohamad K.Y.Tiang, yang sebelum itu memberi penerangan dan ceramah khas yang menyentuh pelbagai isu mengenai kaum Cina dan India.

Ketua Kelab Penyokong kerajaan Pakatan Rakyat dari kalangan kaum India adalah Parama.
Majlis itu dihadiri juga wakil-wakil kaum Cina dan India daripada Taiping, Selama, Parit Buntar, dan Kuala Kurau.

"Penyokong terbabit berkata mereka kecewa selama 50 tahun banyak permohonan dan janji manis yang ditabur oleh pihak berkaitan kerajaan sebelum ini kepada mereka tidak ditunaikan," kata Mohamad K.Y.Tiang.

Sumber: http://siasahdaily.blogspot.com

Siapa yang terburu-buru?

Hishammuddin Tun Hussein tidak mahu mana-mana pihak membuat kesimpulan terburu-buru berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video Lingam.

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh mengambil tindakan ke atas mereka yang disebutkan hanya berdasarkan laporan media atau kenyataan pihak-pihak tertentu tanpa melalui proses yang sebenarnya.

‘‘Kita tidak mahu ada mana-mana pihak atau sesiapa yang disebutkan itu teraniaya dengan kenyataan atau liputan tanpa melalui proses yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, di sini petang ini.

Persoalannya siapakah yang sebetulnya terburu-buru Hishamudin atau pihak yang beliau maksudkan. Sebetulnya rakyat terlalu matang untuk menilai persoalan yang sekian lama tertangguh penyelesaiannya, sedangkan ada pihak yang nampaknya sentiasa berdolak dalih dan cuba lari dari kenyataan.

Kata pepatah melayu, kalau tidak ada angin bertiup masakan daun boleh bergoyang. Realitinya bukan angin tetapi ribut dan daun pun telah gugur. Rakyat tidak mahu semuanya berterusan menjadi satu sandiwara untuk melindungi pihak tertentu. Jangan sampai semuanya gimik untuk menunjukkan tindakan telah diambil tetapi keputusannya entah bila sampai kesudahannya.