16 May 2008

Perak buktikan sebagai negeri berkebajikan

IPOH, 15 Mei:- Satu kenyataan daripada pejabat Menteri Besar telah membuktikan bahawa slogan negeri berkebajikan telah dapat direalisasikan dalam tempoh tidak sampai 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.

Kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM1 juta untuk mengurangkan beban 5000 orang warga Perak yang di kategorikan sebagai miskin tegar. Bererti seorang yang dipilih untuk menerima bantuan tersebut mendapat suatu pakej berupa wang sebanyak RM100, pakej makanan asas iaitu beras sebanyak 30 kg, gula 5 kilo dan minyak 2kg.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Hj Zainuddin yang juga merupakan exco kebajikan menjelaskan dalam suatu pertemuan disini malam tadi bahawa bantuan tersebut akan segera disalurkan kesemua daerah secepat mungkin.

Bantuan tersebut diharapkan dapat mengurangkan bebanan golongan tersebut kesan dari kenaikan harga barang yang melampau.

Menyorok barang jualan.

Pedagang yang menyorok barang jualannya dan menantikan mahalnya harga, lalu dijualnya dengan harga tinggi saat itu, perbuatannya adalah penganiayaan keji yang bahayanya merata pada umat (Imam Al Ghazali).

Islam tidak melarang manusia untuk berdagang. Malah dianjurkan sebagai salah satu cara mencari nafkah yang halal, asalkan dilakukan dengan benar dan jujur. Menurut Rasulullah SAW, berlaku benar dan jujur dalam berdagang, antara lain dengan tidak melakukan penipuan dengan sumpah palsu, tidak melakukan penimbunan, tidak menyembunyikan kecacatan pada barang dagangan, dan sejenisnya, akan dilimpahkan keberkatan oleh Allah, sebagaimana sabda Rasulullah, Dua orang yang berjual beli itu akan dilimpahkan rahmat Allah apabila berbuat benar dan berlaku jujur dalam berjual belinya itu. Tetapi apabila keduanya itu menutupi cela dan berdusta, maka diambillah keberkatan jual beli mereka (HR Bukhari dan Muslim).

Hilangnya berkat pada perbuatan manusia pertanda pudarnya nilai-nilai ketaqwaan pada pelakunya. Sebab, seseorang yang bertaqwa dapat dilihat dari kesetiaannya untuk melakukan sesuatu yang benar agar berkah Allah senantiasa bersamanya. Hal ini sesuai dengan ciri-ciri orang yang bertaqwa yang dijelaskan Nabi SAW kepada Muaz suatu ketika, antara lain: menepati janji, menunaikan amanah, dan meninggalkan khianat (HR Baihaqi).

Lebih lanjut, berlaku khianat dalam berdagang akan menghasilkan keuntungan haram. Yang haram akan tetap haram, disedekahkan pun tidak memberi manfaat, dan kalau dimakan pun akan menumbuhkan daging haram.

Yang terakhir, menyorok barang sebagai penganiayaan terhadap orang banyak. Tentunya, resikonya akan kembali kepada pelakunya. Lebih-lebih, doa orang orang yang teraniaya akan mudah dikabulkan Allah.

Siapakah dalangnya?

Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.

Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

Cina islam berharap pihak keselamatan akan mengadakan siasatan rapi untuk memastikan siapakah dalang dan yang bertanggungjawab keatas kejadian yang tidak diingini tersebut.

Habuan Tinggi Paling Tadah?

Pembangkang didakwa terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kononnya sanggup menawarkan ganjaran besar sehingga boleh memberi kesenangan hidup kepada dua tiga generasi keluarga Ahli Parlimen yang berpaling tadah.

Dikatakan juga jumlah wang yang ditawarkan dijangka berlipat ganda dalam masa terdekat bagi merealisasikan impian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membentuk kerajaan sebelum 16 September.

Berita sebegini memang mengejutkan kita semua yang saya anggap sebagai dakyah yang sengaja diada-adakan oleh pihak yang takut kehilangan kuasa.

Adakah mungkin kita yang "miskin harta dan namun kaya budi" boleh meminang anak raja yang cantik dan kaya raya. Namun kita yakin sekiranya anak raja itu mahu menjadi rakyat biasa tidak ada siapapun boleh menghalangnya.

Isu sebenar bagi cina islam bukan soal lompat parti, tetapi perjuangan mempertahankan maruah dan harga diri serta halatuju perjuangan parti yang sekian lama tidak mencapai matlamatnya. Oleh itu sebelum nasi yang telah sekian lama menjadi bubur langsung tidak boleh dimakan, mereka sendiri ingin berpindah kesebelah sini.