15 May 2008

alhamdulillah Hits Pages telah mencecah 100,000

Balik dari pejabat tadi sekitar jam 5 petang, saya sempat melihat jumlah pengunjung hampir mencecah 100 ribu. Sebentar tadi saya keluat sebentar memandu kereta sendiri untuk menghantar ke kampung ibu kesayangan yang datang ke rumah sejak kelmarin.


Alhamdulillah sekembalinya dari itu saya kembali membuka Cina Islam, ternyata telah mencecah angaka 100,015 hits pages.


Tidak lain hanya mampu mengucapkan syukur, alhamdulillah dengan kelapangan waktu melayani blog peribadi ini untuk semua peminat yang setia dimana mereka berada.


Terima kasih kepada semua yang memberi dokongan dan semangat bagi melangsungkan blog ini.

Nik Aziz : Pas sedia terima Ibrahim Ali

KOTA BHARU 14 Mei - Pas bersedia menerima Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai parti itu sekiranya beliau mahu bersama-sama memperjuangkan Islam, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kalau dia boleh menerima (menyertai Pas), Alhamdulillah, kalau tidak apa boleh buat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ibrahim, yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas dan dipecat daripada UMNO, menyatakan kemungkinan menyertai sesebuah parti bagi meneruskan perjuangan politiknya.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Ibrahim bertanding menggunakan tiket Pas dan menewaskan Ahmad Rosdi Mahamad daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 8,991 undi.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan membuat pelawaan rasmi kepada Ibrahim.

"Saya tidak suka mempelawa kerana saya suka memberi dakwah dan memberikan penerangan. Mempelawa itu tidak penting,” katanya.

Mansuhkan ISA

Rayuan lima pemimpin Hindraf agar mereka dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditolak Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Demikianlah suatu undang-undang yang tidak berperikemanusiaan masih diguna pakai dinegara kita yang kononnya telah mencapai suatu tahap kemajuan yang boleh dibanggakan. Apakah ukuran maju yang sebenarnya jika masih ada suatu undang-undang (rimba) seperti ini.

Jika benarlah mereka bersalah dengan bukti-bukti kukuh yang terkumpul kita mendesak kerajaan Malaysia untuk membawa mereka kepengadilan untuk diadili. Sesudah itu terserahlah kepada mahkamah untuk menghukum sekiranya benar mereka bersalah. Sebaliknya bebaskanlah dengan segera jika mereka tidak bersalah.

Sesiapun tidak akan bersetuju dengan suatu undang-undang yang tidak memberi hak kepada tertuduh untuk membela diri.

Siapa yang durhaka kepada Raja?

Akhbar hari ini khususnya Utusan dalam pojok politiknya banyak menyiarkan berita mengenai Karpal Singh yang kononya durhaka kepada Raja. Karpal sehinga hari ini masih bertegas dengan pendiriannya. Katanya walaupun 2000 laporan polis dibuat kepadanya dia tetap memperkatakan perkara tersebut.

Sebetulnya, siapakah dia guru yang mengajar rakyat Malaysia supaya durhaka kepada Raja? Beliau adalah Perdana Menteri sendiri. Kalaulah MB Perak menukarkan Pengarah JAIP tanpa lebih dahulu mendapat perkenan Sultan Perak, demikianlah Pak Lah yang nampaknya melawan arus dalam isu pelantikan Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Perlis.

Sikap PM tersebut membawa kepada satu sepanduk yang ditulis "natang" yang dianggap banyak pihak dituju kepada Sultan Terengganu. Demikianlah sikap pemimpin UMNO dizaman Dr Mahathir yang telah menelanjangkan Raja-Raja melayu suatu masa dulu.

Sesungguhnya rakyat dapat menjadi pengadil dalam isu ini..........