14 May 2008

Perpaduan

“Orang Islam itu ialah orang yang orang Islam lain selamat dari lidah dan tangannya” (HR. Imam Bukhari).

Demikianlah jawaban Rasulullah SAW ketika ditanyakan oleh para sahabat tentang Islam yang utama. Jawaban Rasulullah itu menjadi ukuran bagi kita untuk mengukur keislaman diri sendiri hari ini. Ukuran ini penting mengingat selama ini telah terjadi berbagai hal yang telah merusak jati diri kita sebagai muslim.

Perpaduan umat Islam hari ini sudah tercalar di berbagai negara . Sebahagian umat Islam sudah tidak lagi saling menyelamatkan. Sebahagian umat Islam sudah saling berperang, saling membunuh, saling mendengki, saling mencaci, dan sebagainya.

Yang lebih menyedihkan, di antara hal yang merobekkan perpaduan umat itu telah terjadi juga di tempat-tempat pembinaan umat, seperti sekolah dan pusat pengajian. Di sebahagian sekolah dan pusat pengajian tumbuh benih-benih kedengkian antara orang yang disebut sebagai guru dan sebagainya. Kadangkala persoalannya yang kecil dan remen temeh, hanya karana perebutan pangkat dan jawatan.

Padahal mereka lebih patut dijadikan sebagai contoh teladan bagi kawasan perpaduan umat Islam. Bukan sebaliknya, dijadikan contoh kawasan perpecahan umat.

Kalau kampus sudah dijadikan tempat perpecahan umat, ada kekuatiran tentang gagalnya pihak kampus menjadi pewaris apa yang pernah disampaikan nabi. Siapa yang bertanggungjawab kalau hal ini terjadi?

Letak jawatanlah !

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata pilihan raya kecil akan membuktikan parti itu masih belum kehilangan sokongan. Katanya, beliau sendiri berani meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Hulu untuk diadakan pilihan raya kecil untuk membuktikannya.

Cina Islam dengan penuh kesedaran meminta siampunya diri untuk meletakkan jawatan dengan segera untuk memberi laluan kepada suatu pilihanraya kecil.


Kita meminta bekas menteri besar perak itu sedar dan insaf dengan kenyataan yang dikeluarkan. Jangan sampai dengan sikap yang keterlaluan itu menyebabkan orang tidak akan menghormatinya.


Tersangat malang bila beliau mengatakan "kita akan membuktikan kita bukannya kehilangan kuasa. Kita tidak pernah hilang keyakinan orang ramai. " Alahai macamana kalau masih ada keyakinan orang ramai sedangkan BN dan UMNO telah kalah di Perak. Sedar atau tidak atau semuanya masih dilamun angan-angan dan mimpi dising hari.


Aduhai sekalian pemimpin UMNO Perak kamu sesungguhnya telah kalah dalam PR ke 12 yang lepas, jawablah bila ada yang bertanya kepadamu bahawa kamu telah kalah kepada Pakatan Rakyat. Insaflah bahawa kamu telah kehilangan kuasa.

Jumlah Korban dalam Gempa Bumi di Sichuan meningkat kepada 11,921 orang

Perdana Menteri Wen Jiabao melawat kawasan bencana di Bandar Dujiangyan.

Setakat petang ini, seramai 111,921 orang terkorban manakala 500 ribu buah bangunan runtuh ekoran gempa bumi yang berlaku di Kaunti Wenchuan, Sichuan.

Presiden Hu Jintao mengarahkan mangsa-mangsa yang cedera diselamatkan dengan secepat mungkin. Dewan Negara China pula menubuhkan kumpulan penyelamat bencana yang diketuai oleh Perdana Menteri Wen Jiabao. Sekarang, Jiabao sedang membimbing pihak-pihak yang terlibat melakukan kerja mencari dan menyelamat di zon bencana Sichuan.

Sehingga pukul 6 pagi tadi, seramai 16,760 orang askar dan polis dikerahkan bagi menangani kerja penyelamatan. Ada 34 ribu orang askar lagi akan dihantar ke zon bencana. Selain itu, pasukan penyelamat juga telah tiba di zon tersebut untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.
Sementara itu pelbagai tempat di China menyalurkan bantuan kepada zon bencana gempa di Sichuan.

Beijing menyumbang derma sebanyak 3 juta yuan RMB manakala Shanghai menubuhkan pasukan kesihatan untuk menyertai kerja-kerja menyelamat. Tianjin pula menghantar 200 orang polis khas ke zon bencana hari ini dan menyumbang barang bantuan bernilai 3 juta yuan RMB; sementara pasukan penyelamat Hainan sudah diterbangkan ke Sichuan.

Palang Merah Hong Kong menderma wang sebanyak 500 ribu yuan RMB kepada Sichuan malam semalam dan menghantar kakitangan untuk menilai kesan kemusnahan di wilayah itu.

UMNO kena terima hakikat kekalahannya.

Pilihanraya ke 12 telah berlalu sudah, apa yang dianggap sebagai tsunami politik telah menyebabkan kerajaan BN di negeri-negeri pantai barat termasuk Perak telah jatuh kepada kerajaan baru.


kekalahan ini memang sudah menjadi kebiasaan dan itulah hakikat suatu pertandingan ada menang dan ada yang kalah. Pemimpin PAS, DAP dan PKR telah berulang kali menempuh pilihanraya, walaupun ada yang menganggap sebagai padang yang tidak rata, namun kita tetap berlapang dada dengan setiap kekalahan yang kita alami.


Sudah sekian lama DAP mengidam menawan Pulau Pinang dalam Projek Tanjung sejak tahun 1990 lagi namun pada 2008 baru sahaja berhasil.


Demikianlah di Perak PAS telah menang sejak piliharaya pertama pada tahun 1955 di Parlimen Kerian Laut, tetapi pada tahun ini sahaja berjaya menabalkan ahlinya menjadi Menteri Besar hasil kesepakatan dalam barisan Rakyat (BR).


Tidak kurang Kedah dan Selangor, sudah sekian lama PAS dan PKR merancang menawannya setiap kali Pilihanraya, namun sering gagal. Hasilnya kita terima setiap kekalahan dengan berlapang dada.


Lain pula jadi kepada pemimpin UMNO dan BN. Di Perak misalnya , bekas MB yang lalu dengan tanpa malu dan segan berkata sebagai dipetik dalam akhbat berita harian kelmarin seperti berikut.


"Umno Perak yakin memenangi semula semua kerusinya jika menghadapi pilihan raya kecil termasuk di kawasan yang calon parti itu kalah dengan majoriti yang rendah dalam pilihan raya umum lalu. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata pilihan raya kecil akan membuktikan parti itu masih belum kehilangan sokongan. Katanya, beliau sendiri berani meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Hulu untuk diadakan pilihan raya kecil untuk membuktikannya. "Saya boleh buktikan. Jika kepemimpinan atasan membenarkan dan jika Umno Grik menyokong, saya sanggup meletak jawatan sebagai Adun Pengkalan Hulu dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil. "Saya tak kisah jika orang lain dipilih sebagai calon. Kita akan membuktikan kita bukannya kehilangan kuasa. Kita tidak pernah hilang keyakinan orang ramai. "Bagi kawasan yang kita kalah dengan majoriti 70, 60 atau 14 undi, saya yakin jika ada pilihan raya, kerusi ini kembali kepada kita dengan beberapa ribu undi seperti pilihan raya 2004," katanya dalam ucapan semasa majlis kesyukuran kemenangan Umno di Parlimen Kuala Kangsar di sini, kelmarin"