28 March 2008

Esok angkat sumpah Exco Perak

IPOH, 28 Mac:- Penugguan rakyat Malaysia dan warga Perak akhirnya terjawab dengan berita pada hari ini yang memaklumkan perkenan Sultan Perak untuk majlis angkat sumpah Exco yang akan berlangsung esok, sabtu jam 10.30 pagi. Satu surat jemputan resmi telah difaxkan kepada Pejabat Wakil Rakyat ADUN titi Serong pagi tadi.


Majlis tersebut akan dihadiri oleh semua exco yang telah mendapat perkenan Sultan Perak, YAB Menteri Besar , Orang-orang Besar Perak, dan semua Wakil Rakyat seluruh Perak. Majlis angkat sumpah akan disempurnakan dihadapan Pemangku Raja perak, Raja Nazrin di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala kangsar.

Khutbah Jumaat ADUN titi Serong


dipetik dari : http://www.politikbanjar.blogspot.com/

Dulu "saya pantang dicabar" : Sekarang " saya tidak akan lari ".

KUALA LUMPUR, 27 Mac :-Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau ‘‘tidak akan lari’’ sekiranya dicabar bagi perebutan jawatan presiden pada pemilihan UMNO yang dijadual Disember ini.



Perdana Menteri berkata, beliau akan terus berhadapan dengan cabaran tersebut jika terdapat pemimpin tertentu menerima sokongan dari bahagian untuk berbuat demikian.

‘‘Sekiranya mereka mendapat sokongan dan mahu mencabar (bertanding jawatan presiden), sudah pasti saya harus menghadapinya dan saya tidak akan lari,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan , ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 ahli UMNO termasuk lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di sini.

Antara yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr. Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).

Dalam perkembangan yang sama, Dr. Ibrahim mengesahkan pertemuan dengan Tengku Razaleigh namun enggan mengulas isu yang dibincangkan

MT UMNO akur keputusan Istana

Kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu berakhir hari ini apabila Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu melantik Datuk Ahmad Said memegang jawatan berkenaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat berasaskan usaha untuk mencari penyelesaian secepat mungkin dan kesediaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh menerima siapa sahaja yang dilantik oleh MPPR.

‘‘Maka dengan itu MT membuat keputusan sebaik-baik penyelesaian bagi membolehkan kerajaan ditubuhkan ialah BN perlu memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Ahmad Said yang dipilih oleh MPPR,’’ katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT.

Banyaknya punca calon BN kalah di Pahang !

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mengenal pasti 120 punca kekalahan Barisan Nasional (BN) Pahang di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.


Menurutnya, sebab-sebab itu dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu masalah dalaman dan luaran.‘‘Faktor dalaman termasuklah sikap individu (calon), organisasi, pendekatan dan isu, manakala antara faktor luaran ialah hasad dengki dan sebagainya,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, BN Pahang terlepas lima kerusi DUN iaitu Triang dan Tras, kedua-duanya kepada DAP, Kuala Semantan dan Beserah (Pas) dan Tanah Rata (Bebas).

Sementara dua kerusi Parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota pula dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Demikianlah betapa banyaknya punca BN kalah dinegeri yang Bn masih boleh bertahan dan memerintah. Tidaklah dapat dibayangkan , dan logiknya lebih banyak berganda-ganda kalau dinegeri yang telah jatuh kepada BA dan BR, iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Apa pula faktor yang ada di Terengganu, kita minta Idris Jusoh senaraikan kalau adamasa. Ini lagi ajaib, dah menang besar tapi tidak boleh memerintah dan jadi Menteri Besar.

Tangguh pemilihan : Pemimpin UMNO bertelagah

Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah melanjutkan tempoh pemilihan pucuk pimpinan parti itu kepada 18 bulan daripada September 2007, bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-12 yang lepas diadakan terlebih dahulu .Pemilihan untuk tiga tahun sekali yang terakhir UMNO berlangsung pada 23 September 2004.


Sementara setelah pelanjutan 18 bulan itu, mandat anggota MT juga akan berakhir pada Mac 2009. Namun begitu beberapa hari lepas kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan lagi ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tarikh berkenaan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti Khamis ini. "Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya beberapa hari lepas.

Bermula dari itu nampaknya sesama pucuk pimpinan UMNO bertelagah dan berbeza pendapat. Banyak yang menyokong dan tidak sedikit juga yang membangkang dengan alasan yang macam-macam. Antaranya Pergerakan Puteri UMNO dan beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu menolak saranan supaya pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan lagi.

Sebaliknya, mereka berpendapat, pemilihan tersebut tetap perlu diadakan tahun ini setelah ia ditangguhkan pada tahun lalu bagi memberi laluan kepada parti itu bersiap menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, dari segi peraturan, pemilihan UMNO memang boleh ditunda selama 18 bulan yang hanya akan berakhir pada Jun tahun depan.Namun, katanya, Puteri UMNO berpendapat ia tetap perlu diteruskan pada tahun ini.

Persoalannya apa sudah jadi dengan UMNO ? semacam kata pepatah seperti "takut kepada bayang-bayang sendiri".

Situasi ini membuktikan betapa lemahnya Abdullah Badawi mentadbir partinya sendiri. Tidak cukup kepada lemahnya mentadbir negara perkara yang sama membawa malang kepada parti yang dia ketuai. Setelah masalah perlantik MB Terengganu yang tiada kesudahannya demikianlah banyak masalah yang tiada kesudahannya selama pemerintahan beliau.

Benarlah kata sesetengah kawan bahawa ini "sial politik" yang sedang melanda UMNO yang mempercepatkan lagi peralihan Kerajaan Malaysia Kepada Kerajaan BA.