17 March 2008

Khalid macam ‘kacang lupakan kulit’ ? – Mat Taib Seperti "anjing menyalak bukit"

Mat Taib menyatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai kacang lupakan kulit apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal memberikan faedah kepada orang Melayu.Muhammad Muhd. Taib berkata, Abdul Khalid sendiri terlibat dalam melaksanakan dasar tersebut ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) suatu ketika dahulu.



Oleh itu katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana DEB telah membuka banyak peluang kepada orang Melayu untuk berjaya setanding dengan kaum lain pada hari ini. “Beliau (Abdul Khalid) mengatakan DEB tidak memberi faedah kepada orang Melayu, tetapi tidakkah dasar ini telah membawa perubahan kepada orang Melayu untuk keluar daripada putaran ganas kemiskinan melalui pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Sebenarnya Mat Taib sudah lari dari realiti dari pelaksanaan DEB itu sendiri. Kegagalannya bukan berarti dasarnya tidak baik. Malah MB Selangor yang baru sekarang saya yakin mempersoalkan kepincangan pelaksanaannya yang jauh dari untuk membantu orang Melayu diberbagai peringkat.

Tompokan projek akan hanya berlaku kepada orang yang paling dekat dengan pimpinan UMNO. Adakah ianya bersifat keluarga dan kroni-kroni terdekat. Yang miskin dan susah adalah rakyat dan bangsa Melayu bawahan walaupun dia ahli UMNO. Malah mereka bertopengkan DEB untuk mengaut projek-projek besar.

Bayangkan Mat Taib boleh bayar pampasan kepada jandanya sebanyak 12 juta, dari mana wang itu ? sesudah itu dia membawa keluar wang jutaan ringgit dan tertangkap di Australia. Darimanakah semua wang ini kalau bukan dari hak rakyat yang dinafikan dari DEB.

Majlis angkat sumpah MB Perak hari ini

IPOH 16 Mac - Majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak akan diadakan esok pada pukul 11.30 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol. Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis itu.

"Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah telah berkenan majlis pelantikan dan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan diadakan pada hari Isnin 17 Mac 2008 pada pukul 11.30 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar," katanya dalam satu kenyataan yang difaks kepada Bernama di sini hari ini.

Setiausaha Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah pada Khamis lepas tetapi majlis itu terpaksa ditangguhkan selepas ketiga-tiga parti pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Beberapa jam sebelum majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah itu diadakan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah itu kerana tidak setuju dengan pemilihan wakil Pas sebagai Menteri Besar. Kit Siang kemudian memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.

Pada Khamis lepas juga, PKR melahirkan rasa kecewa dan mengancam keluar daripada kerajaan campuran Perak kerana tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi Exco kerajaan negeri. Satu mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan kemudiannya memutuskan PKR diberikan tiga jawatan Exco berbanding satu yang diagihkan kepadanya sebelum ini dengan DAP mendapat enam kerusi Exco berbanding lapan daripada peruntukan awal, manakala Pas kekal dengan satu kerusi Exco, selain jawatan Menteri Besar.

Ekoran perkembangan berkenaan, Raja Dr. Nazrin Shah menitahkan kesemua 31 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada DAP, PKR dan Pas menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan ADUN Pasir Panjang Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.

Surat berkenaan yang menyatakan persetujuan bekerjasama dalam kerajaan campuran serta persetujuan sebulat suara menerima Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar ke-10 kemudiannya diserahkan kepada Abdul Rahim untuk dipersembahkan kepada Raja Dr. Nazrin Shah pada pukul 5.30 petang Jumaat.
- Bernama

Usaha akhir Idris dan Shahidan untuk jadi MB

Kemelut mengenai siapa yang akan menjadi Menteri Besar Terengganu dan Pelis masih belum berakhir. Sedangkan Untuk negeri Perak, pihak Istana telah memaklumkan mengenai upucara mengangkat sumpah Menteri besar yang akan diadakan esok.



Hari ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Idris Jusoh mendapat sokongan padu daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar Terengganu.Sebanyak 22 daripada 23 ADUN daripada parti itu menyokong Idris dengan menandatangani surat sokongan berhubung perkara itu dalam pertemuan mereka dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam.

Hanya seorang ADUN BN tidak menyatakan sokongan terhadap Idris untuk terus memimpin negeri ini.

Sementara itu Shahidan Kassim hari ini mengadakan pertemuan dengan Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri di sini, dipercayai berhubung pergolakan dalam pemilihan jawatan Menteri Besar Perlis. Beliau bagaimanapun enggan ditemuramah oleh media apabila pemandu kenderaannya memecut laju sebaik sahaja kenderaan itu dihampiri oleh sekumpulan wartawan yang menunggu di luar perkarangan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, bagi mendapatkan ulasan.

Majlis pelantikan, angkat sumpah Menteri Besar Perak esok

IPOH 16 Mac — Majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak akan diadakan esok pada pukul 11.30 pagi diIstana Iskandariah, Kuala Kangsar.Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis itu.

“Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan majlis pelantikan dan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan diadakan pada hari Isnin 17 Mac 2008 pada pukul 11.30 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,”katanya dalam satu kenyataan yang difaks kepada Bernama di sini hari ini.

Setiausaha PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandarian pada Khamis lepas tetapi majlis itu terpaksa ditangguhkan selepas ketiga-tiga parti pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Beberapa jam sebelum majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah itu diadakan, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengarahkan semua 18 wakilrakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah itu kerana tidak setuju dengan pemilihan wakil PAS sebagai Menteri Besar. Lim kemudian memohon maaf danmenarik balik kenyataan itu. — Bernama

Kenyataan anak Maidin memeningkan Awang Adek.

Zainuddin Maidin semalam dengan cakapnya selamba dan lagak sebagai seorang hero dan pujangga dan ahli pemikir yang ulung menyarankan supaya BN tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama Pas buat kali kelima.Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk UMNO insaf bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha mengambil alih Kelantan, adalah satu usaha yang sia-sia.Malah menurut Zainuddin, wang yang dicurahkan untuk perjuangan politik di Kelantan itu lebih banyak menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin UMNO di negeri itu.

Kenyataan Zam tersebut mendapat reaksi segera hari ini dari Awang Adek dengan semua pihak diminta tidak membuat kenyataan terburu-buru sebagai reaksi terhadap keputusan sebahagian besar pengundi di Kelantan untuk terus menyokong kerajaan Pas negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, kenyataan supaya Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan usaha menawan Kelantan adalah tidak wajar kerana ia cuba menidakkan hakikat masih terdapat ramai penyokong BN di negeri berkenaan.‘‘Saya berpendapat reaksi mendadak ini adalah tidak sihat dan satu penghinaan kepada rakyat Kelantan khususnya penyokong BN,”

Sebenarnya inilah hakikat yang sebenarnya yang berlaku di Kelantan yang sepatutnya telah menginsafkan semua pemimpin UMNO, bukan hanya Zainuddin Maidin. Realiti yang berlaku di Kelantan sepatutnya lebih menginsafkan semua pemimpin UMNO di Kelantan termasuk Awang Adek.

Rakyat Kelantan tahu dengan hati budi pemimpin UMNO berbanding dengan pemimpin PAS. Sebagaimana kata Tok Guru "tidak ada sebab kami tak lawan demo sebab demo tak sir ke Islam, dan tidak ada sebab demo nak lawan kawan sebab kami nak ke Islam."