15 March 2008

Kemelut Jawatan MB Perlis yang membingungkan rakyat

Nama Sabu sering dikaitkan dengan Naib Presiden Pas Hj. Mohd Sabu. Namun sekali ini lain p[ula di perlis. Sekali ini Datuk Dr. Md Isa Sabu yang dilantik sebagai MB Perlis oleh Raja Perlis yang baru betul-betul memeningkan kepala rakyat Perlis.


Dipihak lain Shahidan Kassim mendakwa dia telah menerima Watikah dari PM sebagao MB Perlis. Malah Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan menjadi pembangkang kepada kerajaan negeri yang diterajui anggota Dewan Undangan Negeri Bintong, Datuk Dr. Md. Isa Sabu .Beliau mendakwa, pelantikan Md. Isa sebagai Menteri Besar Perlis tidak mendapat pengiktirafan kerajaan BN yang diterajui pengerusinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.''Saya mendapat mandat daripada Pengerusi BN untuk mengetuai kerajaan Perlis.

Bagi kita shahidan sudah benar-benar tidak diterima oleh rakyat di Perlis, sehinggakan Raja Perlis pun bersetuju dengan calon baru sebagai MB. Berarti Rajapun tidak setuju.

Formula BN yang tidak masuk akal

Persoalan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Perak telah pun selesai, cuma menunggu suatu majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah perlantikan oleh Sultan Perak dalam waktu terdekat. Walaupun upacara tersebut dijangkakan secepatnya berlaku kelmarin pada hari jumaat 14 Mac tetapi tertangguh lagi dengan berita kelahiran putera pertama Raja Nazrin di Kuala Lumpur.




Seluruh rakyat di Perak seolah melupakan sebentar persoalan angkat sumpah dengan berita kelahiran putera pertama baginda tersebut. Namun BN dan kuncu-kuncunya terus menerus memainkan api yang kononnya BN layak memerintah. Banyak pendapat dan pertimbangan yang pada mereka dianggap suautu hujjah yang kuat. Tetapi saya melihat cuma alasan yang sangap "spele" dan tidak boleh diterima.

Kelmarin Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai kekuatan BN yang boleh membentuk kerajaan negeri Perak berdasarkan jumlah kerusi terbanyak dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.Tambah Rais, BN terbukti merupakan satu gabungan 14 parti berdaftar dan sah dari segi undang-undang telah memenangi kerusi terbanyak di negeri itu.

Lupakah Rais Yatim, yang terlibat di Perak bukan semua 14 parti. Yang terlibat cuma UMNO,MCA, MIC , Gerakan dan PPP sahaja. Itupun berapa kerat sahaja yang menang.

Hari ini Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, sesebuah parti yang memperoleh kemenangan terbanyak di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebenarnya mempunyai hak untuk membentuk kerajaan."Dalam hal Perak, BN sudah menang 28 kerusi berbanding DAP,18, Parti Keadilan Rakyat (PKR), tujuh manakala Pas hanya enam kerusi."Sudah jelas BN yang paling berhak. Lagipun DAP, PKR atau Pas bukanlah parti atau gabungan yang berdaftar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nampaknya kedua-dua ulasan dua pihak diatas menampaknya mereka betul-betul tidak cerdik. Lupakah mereka tentang kedudukan Malaysia dan Perak dalam suautu sisitem demokrasi. Juga kedudukan BN yang cuma gabungan parti yang sebagaimana yang belaku dikalangan DAP, PKR dan PAS yang juga gabungan seperti BN. Sah atau tidak bukan kerana ianya berdaftar seperti yang didakwa oleh Rais Yatim, tetapi yang lebih penting adalah kesepakatan dan kerjasama yang dibentuk. Dalam hal ini Gabungan Barisan Rakyat (BR) yang dibentuk adalah sah untuk membentuk kerajaan.

Bayangkan walaupun dalam BN yang terdapat disana 14 parti yang telah mula goyah dengan kekalahan besar dalam PR ke 12 yang lepas. Sudah terdapat Parti yang menunjukkan kurang setia kepada Pengerusi BN sendiri. Antaranya telah kedengaran supaya Pak Lah letak jawatan .

Nasihat kita, supaya BN insaf diri bahawa mereka telah kalah. Kalah...kalahlah...jangan cakap banyak dan banyak cakap.Jangan mimpi disiang hari untuk kembali berkuasa di Perak. apalagi cuba main kotor untuk membeli kami yang telah menang ini. Tunggulah PR ke 13 akan datang untuk kembali bertanding. Dalam sistem demokrasi rakyat adalah hakim dan penentunya.

Raja Nazrin dikurniakan seorang putera

IPOH 14 Mac :- Berita gembira kepada seluruh warga Perak apabila Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim telah dikurniakan seorang putera hari ini.

Putera pasangan diraja itu dilahirkan pada pukul 10 pagi di di Hospital Pakar Damansara, menurut Kol. Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit Sultan Perak di Istana Iskandariah. Sumber itu juga memaklumkan Tuanku Zara dan puteranya dalam keadaan sihat walafiat.

Surat setuju Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar ditandatangani

IPOH 14 Mac — Semua 31 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas telah menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi hari ini berkata, surat berkenaan telah diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Perak, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor kira-kira pukul 10 malam semalam.


“Selepas wakil ketiga-tiga parti dipanggil menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta pada 2 petang semalam, kita telah menandatangani dan menyerahkan surat yang dititahkan itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Surat persetujuan berkenaan perlu dipersembahkan kepada baginda dengan menyatakan persetujuan bekerjasama dalam kerajaan campuran serta persetujuan sebulat suara menerima Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar, 51, sebagai Menteri Besar ke-10.

Semalam istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 4 petang ditangguhkan selepas ketiga-tiga parti dikatakan berbalah berhubung pengagihan kerusi exco kerajaan campuran yang akan dibentuk.

- Bernama

Sembahyang Jumaat Bersama Bakal MB Perak.

IPOH, 14 MAC:- Gambaran sebenar penerimaan sebenar kepada perlantikan MB baru yang akan dilantik oleh Sultan Perak dilihat dengan suasana selepas sembahyang Jumaat di mesjid Negeri Ipoh pada hari ini.


Setelah sembahyang jemaah berpusu-pusu untuk bersalaman dengan Ir. Muhammad Nizar yang dipilih oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS untuk menerajui Perak sebagai Menteri Besar ke 10 untuk 5 tahun akan datang. Ditambah pula sifat beliau yang mesra rakyat yang tidak dikawal ketat oleh team keselamatan.

Jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan bakal Menteri Besar itu. Dengan memakai seluar putih dan baju kemeja putih dan bertali leher beliau dengan sifat peramahnya melayani huluran tangan dari jemaah yang mendekatinya.