08 March 2008

Dikir Barat...

http://www.youtube.com/watch?v=BPx0JM8rdeQ

Kempen Pilihanraya: Calon DUN Titi Serong Bersemangat

PARIT BUNTAR,6 Mac (Khamis) Calon DUN Titi Serong hari ini telah berkempen di Pasar Besar Pekan Parit Buntar dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para peniaga dan pembeli. Pada masa yang sama beberapa risalah dalam bahasa cina juga turut diedarkan kepada para peniaga dan pembeli.



Rata-rata pengundi yang ditemui berjanji akan memberi sokongan yang padu kepada PAS/BA untuk pilihanraya ke12 kali ini. Calon PAS, Drs. Khalid Idham Lim akan bertemu dengan Calon Barisan Nasional, Abu Bakar Mat Ali pada pilihanraya ke12 kali ini. Kelebihan yang ada pada Drs. Khalil yang tahu berbahasa cina telah menarik perhatian para pengunjung yang ingin mengenali beliau dengan lebih dekat.

Selain dari itu ciri-ciri peribadi beliau yang ramah dan mudah mesra menjadikan para pengundi tertarik untuk memilih beliau menjadi wakil rakyat mereka untuk penggal kali ini. Seterusnya pada sebelah petang, beliau dijadualkan untuk bertemu dengan para pengundi di Pt. Tok Ngah dengan memberi ceramah kelompok kepada kaum ibu. Turut sama bersama beliau adalah Calon Parlimen Pt. Buntar iaitu Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Pembangkang Hanya Mahu Undi : Kenyataan Bodoh Najib

Esok adalah hari yang bersejarah bagi rakyat Malaysia yang cintakan negaranya yang tercinta. Apakan tidak pilihanraya kali ini adalah penentu kepada Malaysia Baru yang perlu bermula disini. Mahu atau tidak semuanya mesti menerima hakikat bahaya Malaysia perlu diselamatkan dari Bahaya Negara (BN).


50 Tahun yang berlalu adalah zaman suram dan gelap kepada rakyat yang mahukan keadilan dan kemakmuran. Terbukti sudah UMNO dan BN sudah benar-benar monopus untuk meneruskan tugasnya.

Bukti negara kita sudah tidak selamat, aman dan makmur adalah tawaran menifesto Bn iaitu selamat, aman dan makmut. Bila ada tawaran mengenainya tentunya mereka menyedari bahawa Malaysia sudah benar-benar tidak selamat, aman dan makmur. Oleh itu rakyat digula-gulakan dengan tawaran yang sudah tidak boleh dipercayai lagi .

Kelmarin Najib berkata dalam sutut kenyataan bodohnya pakatan pembangkang yang terdiri daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP adalah gabungan sementara yang bukan diwujudkan untuk memberi kesenangan kepada rakyat.Parti-parti itu, kata beliau, hanya wujud untuk meraih undi apabila berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dalam setiap kali pilihan raya umum.Kerjasama pembangkang, jelas beliau, hanya tertumpu untuk memastikan seorang calon mereka akan berhadapan dengan seorang calon BN sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Kalau beginilah kenyataan Najib, nampaknya dia ingin melindungi "hasrat Besar" pembangkang iaitu menyelamatkan Negara yang sedang diperintah oleh BN yang tidak boleh diharap lagi. Hasrat ini tidak boleh dinafikan kerana di sana ada gelombang sokongan rakyat yang ingin menghancurkan dan meruntuhkan keangkuhan Najib dan BN.

Wahai Najib sedarlah diri sendiri dan renungkan sedalam-dalamnya siapakah calon-calon dari BN dan siapakah calon-calon dari parti-parti pembangkang. Sesudah itu realiti dari apa yang berlaku setelah pilihanraya. Sebenarnya siapakah wakil rakyat yang merupakan "penghisap darah" rakyat dan kaki rasuah. Siapa dia yang jadi kaya raya setelah jadi wakil rakyat.Kamu sendiripun cukup banyak dengan skandal yang sudah menjadi rahsia umum rakyat.

Soalan-soalan diatas tidak perlu dijawab , semuanya sudah tahu jawapannya dengan ramai-ramai akan menghukum BN dalam pengundian yang tidak sampai 24 jam dari sekarang. Petang esok seawalnya jam 8 malam rakyat akan mengetahui nasib negara ini. kalau BN kembali memerintah, gerhanalah negara kita yang kita cintai. namun kita masih yakin sekiranya pilihanraya ini adil dan bersih kemenangan tetap bersama pembangkang.