06 March 2008

Persaingan sengit Di Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 6 Mac:- Bahang hari mengundi semakin dirasakan bagi penduduk seluruh negara. Kehangatannya sangat terasa di Parit Buntar apabil perang poster dan bahan kempen yang lain rancak diedarkan dan dipasang di tempat-tempat awam di segala pelusuk tempat.



Namun begitu yang sangat membimbangkan ialah tangan-tangan ghaib yang saban hari siang dan malam yang merosakkan bahan kempen parti PAS. Ada bendera yang dicabut dan tidak kurang pula yang dipotong dengan pisau. Namun begitu seluruh petugas PAS tetap bersabar dengan karenah parti lawannya itu. Yang boleh dipasang kembali mereka memasangnya kembali.

Selain itu satu laporan polis telah dilakukan oleh Unit Peti undi Sungai Labu apabila sekitar 10 benderanya dirosakkan oleh orang tertentu.

Satu isue yang menarik ialah projek pecah tanah Hospital baru Parit Buntar oleh MB Perak pada 2 Mac yang berakhir dengan hujan lebat yang menyebabkan acara yang bermula sekitar jam 3 dihentikan lebih awal sekitar 4 petang. Walaupun mengikut agendanya berakhir pada jam 5.30.

Yang lebih menarik ialah bantahan tuan tanah dan rakan-rakan yang lain dengan menaikkan 5 sepanduk dirumahnya yang duduk bersebelahan tapak tersut.Bayangkan apakah maruah yang masih ada kalau tanah kononnya hendak dijadikan hospital itu satu sen pun belum dibayar oleh pihak berwajib. Malah perundingan cuma baru sekali pada 25 Feb berakhir dengan ketidak puasan tuan tanah dengan harga yang sangat rendah.

Satu laporan polis telah dibuat oleh tuan tanah apabila tanahnya ditimbun dengan ratusan tanah merah untuk projek tersebut.


Demikianlah siri pembohongan dan penindasan kepada rakyat yang berlaku di Parit Buntar. Sebetulnya sudah selayaknya seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kesaksamaan menolak BN.