04 March 2008

Hutang kerajaan negeri Kelantan kini cecah RM1 bilion: Muhyiddin Pembohong Besar.

Gilirin Muhyiddin Yassin pula bercakap bohong sehingga memberi kenyataan palsu yang tidak berasas. Setahu kita Kelantan adalah negeri yang sentiasa membayar hutang lapuk BN sejak 1990 sehingga hampir langsai. Inilah sikap mengelabah semua pemimipin BN sehingga main hentam sahaja tanpa ada bukti yang kukuh., Berbohongnya Muhyiddin kali pada tahap macam mengaku umurnya lebih tua dari umur bapa nya?





Laporan Akhabar berita terkini sebagai saya petik pada petang ini berkata Rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas diminta menerima hakikat bahawa kerajaan Kelantan sekarang tiada kemampuan untuk menjalankan pentadbiran yang berkesan pada masa depan berikutan bebanan hutang serius yang kini tertunggak sebanyak RM1 bilion.

Pada tahun 2005 Laporan akhbar menyebut Ketua Audit Negara Tan Sri Hadenan A. Jalil sebagai berkata tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri meningkat kepada RM2.61 bilion pada akhir tahun lepas berbanding RM2.54 bilion pada akhir 2003.Hadenan berkata jumlah tunggakan Johor sebanyak RM598.35 juta, Kedah RM450.96 juta, Pahang (RM414.48 juta), Selangor (RM377.33 juta), Terengganu (RM259.75 juta) dan Negeri Sembilan sebanyak RM144.37 juta.Negeri-negeri lain termasuk Kelantan mempunyai tunggakan RM46.61 juta, Sarawak (RM77.69 juta), Melaka (RM76.22juta) dan Sabah (RM70.20 juta).

Dengarnya Kelantan sudah hampir melunasinya pada tahun 2007 dan kita yakin tahun 2008 kita mampu akan membayar habis. tidak tahu dari langit mana Muhyiddin keluarkan kenyataan bohong ini, atau dia bermimpi disiang hari dalam keadaan negerinya sendiri berhutang lebih setengah billion.