01 March 2008

Projek Gajah Putih Pancing Undi di Parit Buntar.

Sempena Piliharaya yang semakin hampir, maka keluarlah kisah-kisah yang pelik-pelik dan tidak masuk akal. Sampai anak-anak kecil pun tergelak sampai terkencing dengan berbagai cerita aneh dan lucu khususnya di Parit Buntar.


Kisah 1.

Tanah yang teletak di kawasan hadapan Pejabat Agama Daerah parit Buntar diketahui umum sebagai tanah milik sebuah pemaju perumahan terkenal di sini, tanpa segan silu tiba-tiba naik sign board mengatakan akan dibangunkan sebuah dewan serbaguna.

Kisah 2.

Katanya pada 2 Mac ini sekurang-kurangnya MB Perak dan mungkin PM dan TPM akan turun disebuah lokasi di Simpang 5 dalam program pecah tanah Hospital baru parit Buntar....hebat tu. Hari ini satu laporan polis oleh tuan tanah dibuat dibalai polis berdekatan membantah projek penimbunan tanah dalam kawasan bendang yang kononnya tempat itu lah akan dibangunkan hospital. Alasan tuan tanah adalah berkaitan pampasan dan rundingan yang belum selesai. Kebetulan anak tuan tanah seorang peguam. Tuan tanah menganggap tanahnya sudah diceroboh. mana boleh pampasan belum diterima lagi.

bersambung......

Pak Lah Sangat Takut Kepada kekalahan

Setelah melalui sebanyak 12 pilihanraya umum, nampaknya untuk kali ini BN sangat takut untuk menghadapi kekalahan. sedangkan di pihak pembangkang, kekalahan akan diterima sebagai suatu lumrah dalam amalan demokrasi.




Kebimbangan ini terserlah dalam ucapan Pak Lah dengan memberi amaran bahawa sebarang eksperimen untuk memilih parti pembangkang memerintah, walaupun hanya sepenggal, boleh mendatangkan risiko teruk kepada ekonomi dan pembangunan negara.Perdana Menteri menegaskan, proses menubuhkan kerajaan sebenarnya bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main sehingga memerlukan eksperimen politik. Beliau berkata, jika eksperimen dalam tempoh lima tahun itu tidak menjadi kenyataan, risikonya pasti ditanggung oleh rakyat.

Sedangkan amalan memilih dan menukar kerajaan pada setiap kali pilihanraya adalah suatu kelaziman bagi negara lain. tidak kira ianya sebuah negara maju atau mundur. Realiti dari apa yang Pak Lah ucapkan ialah dalam fikirannya sedang dihantui oleh mood rakyat yang ingin mencuba memilih calon-calon dari pembangkang.

Apakah balanya jika kita terus diasak dengan suatu momokan dan hujah-hujah yang ingin menakut-nakutkan rakyat supaya jangan memilih pembangkang. Inilah suatu hujjah yang membukti politik pecah perintah BN semakin menemui kegagalan, apabil rakyat pelbagai kaum dan agama bersatu hati untuk menunumbangkan BN dalam PR kali ini.

Kita tunggu dan lihat.....

RISDA cadang lupus RM141 juta hutang pekebun kecil: Satu lagi pancing Undi dari BN

Kebiasaan yang berlaku pada musim Piliharaya Umum berlaku lagi apabila pihak kerajaan menawarkan janji-janji manis yang memungkinkan generasi Risda mengundi calon-calon BN dalam PR ke 12 akan datang.



Para pekebun kecil di seluruh negara bakal dikecualikan daripada membayar tunggakan hutang masing-masing yang berjumlah RM141 juta sekiranya cadangan pelupusan hutang itu diluluskan oleh kerajaan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin berkata, saranan menghapuskan hutang itu dibuat bagi meringankan beban pekebun kecil yang sebahagian besarnya kini sudah lanjut usia.

Memanglah kita setuju dengan cadangan ini, persoalannya kenapa ianya diumumkan dan ditawarkan pada masa sekarang? Tentunya ianya satu pancing undi yang berbisa bagi memastikan calon-calon BN dikawasan pekebun kecil dipilih oleh mereka.