24 February 2008

Najib Seru Pangkah Pembangkang ?

Najib meminta rakyat menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka dengan membuat pemilihan terbaik dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Dia berkata, pemilihan pada 8 Mac ini bukan satu pilihan raya kecil, sebaliknya bagi membentuk kerajaan di peringkat nasional dan negeri.




Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak membuat sebarang eksperimen tetapi perlu melakukan perhitungan yang terbaik sebelum tangan mereka memangkah calon yang difikirkan sesuai."Bila hendak pangkah nanti, bisik dengan diri kita, siapa yang sepatutnya akan menubuhkan kerajaan peringkat nasional dan negeri."Bila hendak pilih nanti, pilih berdasarkan sesuatu perhitungan dan perkiraan kerana kuasa undi boleh beri rahmat pada kita untuk buat pilihan yang tepat," ujarnya.

Tepat sungguh seruan Najib di atas. tibalah ,masanya kuasa rakyat yang ada di berikan kepada BA. Seluruh rakyat Malaysia tidak sabar lagi untuk memenangkan calon-caslon BA dalam PR ke 12 ini.

Siapa Ciplak Siapa ?

Setelah berada dalam keadaan sangat terdesak, BN menggunakan pelbagai pihak untuk mengeluarkan kenyataan untuk menafikan tawaran negara berkebajikan oleh PAS .


Kononnya janji Pas menubuhkan negara kebajikan tidak relevan kerana parti itu hanya menciplak program-program pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib rakyat.Presiden Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM), Norizan Sharif berkata, BN lebih awal meningkatkan kebajikan rakyat melalui bantuan dan subsidi berbilion- bilion ringgit.

Sebetulnya siapakah yang akan percaya dengan kenyataan ini melainkan orang-orang yang tidak cerdik dan kurang akal dikalangan pengikut UMNO dan BN.


Pergolakan Di Perlis.

Pengumuman senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) Perlis bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 yang sepatutnya dibuat lewat malam ini terpaksa ditangguhkan lagi .Menteri Besar, Shahidan Kassim berkata, ini kerana beliau kesuntukan masa untuk mengumumkannya hari ini disebabkan terdapat sedikit masalah teknikal'. sehingga pagi esok(sabtu).



Demikianlah halnya berlaku di negeri Indera Kayangan ini. Setelah negeri lain yang lebih besar telah dapat menyelesaikan soal calon nampaknya Perlis dah masuk hari ke tiga masih tidak dapat diumumkan senarainya.

Secara zahirnya atau tersuratnya memanglah ada masalah dinegeri ini. Masakan tidak ada masalah untuk hanya umumkan siapa bertanding di 3 parlimen dan tidak sampai 20 DUN. Sebagaimana Shidan bermasalah dengan rakyat dan pemimpim UMNO yang lain, memanglah nak umumkan calonpun timbul macam-macam masalah.