19 February 2008

Pasaran saham ditutup rendah pada dagangan pagi ini, ekoran kurangnya minat pelabur untuk membeli berikutan kejatuhan pasaran Saham Amerika Jumaat lepas.Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) jatuh 11.56 mata kepada 1,415.63 pada penutup dagangan tengah hari ini.


Sedangkan kelmarin Pak Lah berkata, ekonomi Malaysia berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan baik hasil perancangan terperinci kerajaan.yang juga Menteri Kewangan berkata, mengikut laporan itu, pencapaian ekonomi Malaysia semakin meningkat dan berada di kedudukan keenam di belakang kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat (AS), China, United Kingdom, Jerman dan India.

Hebat, mengkagumkan dan macam-macam lagi pujian kalau hendak lihat kepada kenyataan Pak Lah diatas. Bagi kita inilah lagi siri pembohongan kepada rakyat Malaysia tentang kedudukan ekonomi negara kita.

Saya berpandangan kejatuhan saham ini berlaku setelah pembubaran parlimen adalah ekoran kebimbangan pelabur dengan apakah dasar ekonomi negara sekiranya BN kembali diberikan mandat. Pelbagai penyelewengan sepanjang Pak Lah menjadi PM menjadi pengajaran dan landasan kepada pergerakan ekonomi negara untuk lima tahun akan datang.

Kemungkinan-kemungkinan yang tidak dapat dijawab oleh suatu tawaran yang menyakinkan pelabur akan mengakibatkan harga saham semakin menurun. Kita tunggu dan lihat.

Ucapan dari Lidah yang Tak Bertulang....

Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau bukan Perdana Menteri untuk orang Melayu sahaja sebaliknya untuk semua rakyat Malaysia.Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa mengingatkan dirinya bahawa adalah menjadi tanggungjawabnya untuk berlaku adil kepada semua kaum di negara ini.“Saya tidak pernah melupakannya, sebagai Muslim kita percaya selepas meninggal dunia kita akan bertemu dengan Allah dan akan ditanya apa yang dilakukan ketika hidup, ketika bekerja dan bagi diri saya ketika menjadi Perdana Menteri.“Saya tidak boleh menipu kerana Allah mengetahui segala-galanya. Dalam al-Quran ada sebut bahawa kamu perlu jujur, berintegriti dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri dengan masyarakat Cina kelmarin.

Rasanya ucapan ini adalah sejauh langit dengan bumi dari segi pelaksanaannya. Jangan dalam keadaan tersepit hendak menerima sokongan dari kaum lain, Pak Lah bercakap dengan berlapikkan Islam. Jangan sampai orang kalaupun tak tergelak akan senyum sampai ketelinga dengan kata-kata manis diatas.

Seingat saya yang paling senang dan selesa hidup sepanjang dia ditampuk kekuasaan ialah anak menantu dan kroni-kroni terdekat. Rakyat segala lapisan tidak mengira agama dan bangsa dalam keadaan tersepit dan tertekan dengan berbagai masaalah negara yang besar-besar dan kecil-kecil. Antaranya krisis kenaikan harga barang yang" mengila".Puncanya dizaman Pak Lah harga minyak naik secara kadar yang melampau dan berkali-kali. di zamannyalah keadaaan keselamatan negara sangat tidak selamat. Anak-anak kecil yang diculik sekadar menyebut khilangan Nurin dan Sharline adalah menmbuktikan segalanya.

Apakah "bala" yang akan mendatang sekiranya rakyat masih memberi peluang kepada BN memerintah, cukuplah ya Allah Engkau datangkan pemimpin yang tidak ambil Cakno dengan kebajikan rakyat dan pemimpin yang bercakap tidak serupa bikin.

Kelantan Sihat.

Menteri Besar Kelantan mengatakan Kelantan tidak ‘sakit’ dan tidak memerlukan ‘rawatan’, Mursyidul Am Pas itu ketika mempertahankan corak pemerintahan parti pembangkang itu di Kelantan berkata, Kelantan membangun mengikut acuan sendiri.Malah, menurut beliau, orang Melayu dan Cina di Kelantan hidup bagai adik-beradik dan menunjukkan kemesraan hidup bersama kerajaan yang berasaskan Islam.



Kenyataan ini sebagai menjawab tohmahan yang tidak berasas dari Najib yang melawat Kelantan babarapa hari lepas. Kita melihat bahawa Najib sepatutnya merenung diri sendiri yang sebenarnya memerlukan "rawatan".

Selain itu semua negeri yang diperintah BN sebenarnya dalam keadaan "sakit" tenat. Buat apa menyibuk mengenai Kelantan yang lebih sihat. Sihatnya Kelantan dapat dilihat dengan keupayaan negeri itu membayar hutang lapok BN sejak tahun 1990 secara berjadual. Malah tiada lagi hutang baru.

Dasar jimat cermat dan pembenterasan rasuah menyebabkan banyak harta rakyat terselamat malah kembali kepada rakyat walaupoun kita dipinggirkan dan ditidakkan dalam banyak segi. Contohnya hasil minyak dan gas yang disedut di Kelantan telah didaratkan di Thailand.

Suatu hal yang sangat menarik dalam pemerintahan Kerajaan Kelantan ialah penekanan soal kerohanian yang menghasikan rakyat yang bertakwa dan berakhlak mulia. Kesannya terasa bila pusat-pusat ibadah dipenuhi oleh masyarakat berbagai umur dan kedudukan. Sembahyang subuh di Kelantan dah jadi macam sembahyang Jumaat.