11 February 2008

Orang Mukmin Yang Kuat.

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai Allah ketimbang orang mukmin yang lemah (HR. Muslim, Ibn Majah, dan Ahmad).





Seorang yang kuat secara fizikal dan cerdik akalnya, namun tidak memiliki modal jiwa yang kuat, akan mudah menerima godaan. Dan yang demikian, bukanlah dikatakan mukmin yang kuat. Sebab, yang dinamakan mukmin, pasti beriman. Yang beriman, tidak mudah ditaklukkan godaan. Berbeza dengan orang yang dipanggil golongan Islam , mungkin buktinya dapat dilihat dalam kada pengenalan atau surat beranbak nya, namun begitu orang mukmin tandanya terukir di hati nuraninya.

Negara kita memiliki banyak manusia yang tidak lengkap. Maksudnya, manusia yang hanya terdidik secara fizikal sahaja, namun tidak terdidik rohaninya. Rohani akan menjadi modal dalam melaksanakan amanah.Kerana rohani tidak terdidik dengan sempurna telah menyebabkan banyak kerja yang terkeluar dari nilai nilai pertimbangan yang ditentu oleh Allah SWT..

Kekuatan jasmani sesungguhnya tidak sempurna tanpa disertai oleh kekuatan rohani, sehingga kekuatan keduanya sangat penting diperhatikan dalam urusan pentarbiyahan insan.

Kad laporan prestasi wakil rakyat jadi kriteria pilih calon- PM

Abdullah Ahmad Badawi berkata kad laporan prestasi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menjadi antara kriteria dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum ini.Menurut Perdana Menteri, beliau akan melihat apa yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan melalui kad laporan tersebut.


"Ada yang dihantar pada saya, saya akan tengok, saya akan melihat apa yang mereka buat, ia (kad laporan) antara faktor jadi calon.'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Kad laporan berkenaan diperkenalkan ke atas wakil rakyat BN bertujuan melahirkan jentera pentadbiran bersih dan telus di semua peringkat.Melaluinya, setiap wakil rakyat perlu menghantar kad laporan tentang tanggungjawab masing-masing.

Suatu perkara yang perlu dan wajib diambil kira oleh Pak Lah ialah mengenai prestasi akhlak dan terlibat atau tidak dengan kes rasuah setiap wakil rakyat BN. Kalau ini diambil kira ramai yang tercicir dari senarai pemilihan. Persoalannya adakah ini suatu perkara besar oleh Pak Lah.? Kita tunggu dan lihat bila PM umumkan senarai yang terpilih.

Berikutnya kita meragui dengan kad laporan yang diteliti oleh pak Lah, adakah benar-benar kesahihannya. Kalau sekadar laporan sebelah pihak tentunya sangat baik dan A semuanya.

BN Bukan Ancaman Sebenar Pembangkang

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pembangkang bukan halangan utama kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 ini, sebaliknya ancaman sebenar parti itu ialah sekiranya wujud perpecahan dalam kalangan anggotanya.






Beliau berkata, pembangkang bukan merupakan parti yang kuat malah kekuatannya bergantung kepada individu tertentu berbanding BN yang mempunyai ramai pemimpin berkualiti.“Pakatan pembangkang ini seperti kahwin Mutaah dan bermusim berbanding BN yang kukuh bukan sahaja pada pilihan raya malah setiap masa.

Demikianlah sebaliknya, BN bukanlah ancaman sebenar bagi parti-parti pembangkang. Kami sebetulnya berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan dalam setiap kali pilihanraya. BN telah mengembeling dan menyalahgunakan harta rakyat untuk mempertahankan kemenangannya dalam setiap kali pilihanraya. Tidak cukup dengan pengunaan media cetak dan elektronik, bangunan, kelengkapan, kewangan, dan sebagainya. BN malah mengugut pegawai-pegawai kerajaan supaya jangan mengundi pembangkang.

Sikap tidak adil dan "super double standard" ini sebetulnya ancaman yang sangat besar kepada pembangkang. Kalau kita berhadapan secara jantan dengan jentera parti dalam komponen BN saya yakin mereka telah lama tersungkur rebah dan terkubur. Malah kita melihat mereka betul-betul miskin dengan menyalahkan gunakan dewan orang ramai dan sebagainya untuk dijadikan pejabat.Kami pembangkang walaupun dalam keadaan serba kekurangan masih lagi mampu membina pejabat dan pusat tarbiyah atau markaz sendiri.

Inilah suatu kemungkaran dan kezaliman yang berulangkali berlaku dalam negara setiap masa dan ketika khususnya dalam PR umum. Kemungkaran ini mestilah dihabisi oleh hak mengundi rakyat dalam PR ke 12 tidak lama lagi. Ayuh kita jatuhkan BN dan gantikan dengan kerajaan baru BA.