07 February 2008

BN Dah Menang Dah :Khir Toyo Tersangat Angkuh

Angkuhnya Khir Toyo bila mengatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) telah pun memenangi pilihan raya umum ke-12 walaupun tarikhnya masih belum ditentukan lagi.


Beliau berkata, BN sememangnya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang dijangka diumumkan pada bila-bila masa. ‘‘BN dah menang dah , dah tak ada masalah. Kita tidak fikir akan menghadapi sebarang masalah dalam pilihan raya kali ini,” kata beliau.

Khir Toyo hendaklah menyedari bahawa siapalah kita yang ingin mendahului takdir Allah. Jangan terlalu sombong dan angkuh sehingga menyamai keangkuhan pembesar-pewmbesar terdahulu yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran.

Tidakkah Khir menyedari dirinya yang berlumuran dengan skandal rasuah? begitu juga dengan beberapa pembesar negerinya yang terlibat sama? Jangan sampai kanak-kanak kecil pun tergelak dengan kenyataan macam mimpi disiang hari.

Biarlah rakyat yang menentukan siapakan pemenang dalam sisitem demokrasi yang tidak bersih ini. Kami pembangkaag masih tetap akan meletakkan calon untuk menghadapi calon-calon Khir yang kami yakin 2 x5 dan 5 x2 sama dengan Khir. Jangan terlalu sombong dan angkuh kerana ini sifat yang keji bagi searang Islam dan ia akan mengundang bala Allah SWT.

Mursyidul Am PAS :Jangan serang peribadi lawan

Berita dari utusan sebagaimana dipetik menarik untuk menjadi pedoman untuk semua penceramah dan petugas PAS.Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pendekatan ceramah yang menyerang peribadi lawan hanya akan merugikan Pas apabila ia semakin menjauhkan parti itu daripada orang ramai.




Perlu diingatkan serangan melulu kepada peribadi sehingga kepada sifat tubuh badan, dan sebagainya memang sesuatu yang dilarang.Inilah yang dimaksudkan oleh Tok Guru. Namun serangan kepada peribadi dalam hal kezaliman dan sesuatu yang bercanggah dengan hukum Islam yang dilakukan oleh pemimpin tertentu adalah sesuatu yang diboleh.

Menyebut aib atau dalam bahasa lain mengumpat dibolehkan sebagaimana yang dikupas oleh Imam Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin dengan syarat ianya melibatkan kerja-kerja maksiat seseorang yang ada kaitan untuk meyelamatkan golongan atau kelompok lain yang lebih besar. Misalnya menyebut rasuahnya individu tertentu untuk mengelakkan ia dipilih lagi yang menyebabkan lebih ramai yang hartanya diambil dengan cara tidak benar.

Menurut beliau, pendekatan itu yang dikatakan masih berlaku bukan dituntut oleh agama dan bukan suatu budaya atau perlakuan seseorang yang boleh dianggap berakhlak.

‘‘Mana-mana yang ceramah untuk paut (tarik) orang ke parti Islam tidak boleh serang peribadi, jika dia serang juga, itu pandai-pandai dialah, bukan budaya atau kerja orang berakhlak.‘‘Pertelagahan dalam politik ini bukan peribadi, seperti A lawan B, tidak bagi saya, ia pertelagahan dasar seperti parti Pas begini parti UMNO begitu. Inilah yang bertelagah, kita serang dasarnya, bukan peribadi,” katanya di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar di pejabatnya bagi menafikan penglibatan Pas berhubung pengeluaran video cakera padat yang dikatakan cuba melagakan hubungan antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat di samping cubaan mengelirukan orang ramai terhadap program ceramah parti itu malam ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan ketika menjawab pertanyaan berkata, beliau sudah acap kali mengingatkan para penceramah parti itu agar menghindarkan pendekatan ceramah seumpama itu walaupun niat mereka untuk mendekatkan orang ramai kepada parti.‘‘Boleh perhatikan ucapan saya, ambil cakera padat (CD) ceramah saya selama ini. Pernahkah saya sentuh peribadi, kalau nak sentuh, saya boleh sangat kerana saya yang berada di atas lebih banyak tahu,” ujarnya.

Dividen Tabung Haji Untuk Pancing Undi.

Setelah Barisan nasional melihat undi dari orang India dan Cina beralih kepada BA dalam persen yang banyak, satu lagi pancing undi untuk menarik undi kepada BN ialah dengan menaikkan dividen TH, walaupun kemampuannya kita ragui.

Tabung Haji kelmarin mengumumkan pemberian dividen sebanyak tujuh peratus kepada kira-kira 4.2 juta pendeposit aktifnya bagi tahun 2007, iaitu dividen yang tertinggi sejak tujuh tahun lalu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Abdullah Md. Zin berkata, kadar dividen itu meliputi lima peratus dividen tahunan dan dua peratus lagi dividen khas yang pertama kali diberikan kepada pendeposit Tabung Haji.Menurutnya, kadar dividen tujuh peratus itu membabitkan pembayaran keseluruhan sebanyak RM1.05 bilion kepada pendeposit Tabung Haji iaitu pembayaran terbesar sejak penubuhan Tabung Haji pada 1963. Katanya, pembayaran dividen itu akan dikreditkan ke dalam akaun pendeposit pada 10 Februari ini. ‘‘Sejak lima tahun lalu, Tabung Haji telah dapat memberikan dividen kepada para pendepositnya dengan kadar yang amat kompetitif dan munasabah berbanding pelaburan dalam sektor perbankan Islam,’’ kata Abdullah pada sidang akhbar mengumumkan kadar dividen tersebut .

Persoalannya kenapa ada yang dinamakan "Dividen Khas" apakah ianya salah satu dari unsur keuntungan dari perniagaan Tabung Haji atau sejumlah wang yang diambil dari sumber lain sebagai gula-gula bagi menarik sokongan pelabur supaya menyokong BN dalam keadaan pilihanraya yang semakin dekat.

Kenapakah dividen khas ini tidak pernah diberikan kepada pelabur sebelum dari ini jika sekiranya ianya suatu keuntungan yang perlu diagihkan kepada penabung. Jesal keujudannya sangat diragui. Jika ianya adalah dari unsur yang dihalalkan oleh Islam ianya susuatu hadiah kepada penabung yang selama ini mengharapkan lebih. Tetapi yang menjadi masalah jika punca dari wang dividen khas 2 pratus itu adalah yang bercanggah dari segi hukum islam. apa akan jadi dan kita minta TH umumkan dari mana puncanya.

Inilah gimik dan cara BN yang dilakukan dengan apa cara sekalipun untuk memujuk rakyat bawahan yang rata-ratanya penabung TH. Semuga ianya akan menjadi program sia-sia BN yang akan menyusahkan dirinya sendiri.