05 February 2008

Samy : menang 100% atau Kalah 100%

Angkuhnya Samy Vellu degan mengatakan semua kerusi yang ditandingi oleh MIC akan dimenangi 100%. Katanya Parti MIC bertekad mengulangi kemenangan 100 peratus pada pilihan raya ke-12, di sebalik pelbagai isu ditimbul pembangkang berhubung kaum itu.


Samy Vellu berkata, bagi memastikan kemenangan di semua sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi dewan undangan negeri, semua pengerusi cawangan perlu 'turun padang' bagi memahami dan memenangi hati rakyat."Setiap pengerusi cawangan perlu mengemukakan pelan 20 hari bagi menangani isu sosial, ekonomi dan agama," katanya ketika berucap di hadapan 3,700 pengerusi cawangan MIC dari seluruh negara.

Namun kita yakin semua kerusi yang ditandingi MIC termasuk dia sendiri kalah 100%. Suasana ini berdasarkan perubahan sokongan kaum India yang saya anggap sangat ketara sehingga ini.

Janji-Janji Manis Pak Lah Di Kelantan

Lawatan PM Hadhari ke Kelantan hari ini menampakkan semakin hampir sangat dengan tarikh pilihanraya umum ke 12. Seingat saya inilah tradisi pemimpim UMNO sebelum Pak Lah, selepas lawatan ke Kelantan sesudah itu akan diumumkan tarikh pilihanraya. Adakah ianya berulang, kitas tunggu dan lihat.





Sekali ini nampaknya ucapan Pak Lah macam Raja Bedurai Putih yang dikisahkan dalam kitab Sejarah melayu. sudah lama sangat sang raja tidur lena, katanya enam bulan. Sesudah jaga maka bercakap banyaklah dan nak buat macam-macam, maka macamitulah janji Pak Lah kepada rakyat Kelantan.

Mudah-mudahan rakyat kelantan lebih cerdik dari PM yang paling lemah dalam sejarah Malaysia ini. Kecerdikan inilah yang menyebabkan InsyAllah Kelantan masih memihak kepada PAS dalam PR akan datang.

Janji Pak Lah di Kota Bharu ...beliau berhasrat untuk membentuk Kelantan Baru sebagai strategi bagi membangunkan potensi sumber alam dan modal insan di negeri itu.Beliau berkata, selama 18 tahun Kelantan yang diperintah Pas dilihat masih tertinggal ke belakang kerana kurangnya penerokaan terhadap dua aspek itu.“Kelantan mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi mewujudkan Kelantan baru,”

di Kota Bharu juga ia juba menegakkan benang basah kononnya BN juga melaksanakan negara berkajikan...katanya“Memang pun (kita sebuah negara kebajikan) kalau dari segi apa dilaksanakan, kita bantu (rakyat), daripada makna kebajian itu kita pastikan rakyat mendapat bantuan yang berupa bantuan kebajikan, bantuan untuk kesenangan, kesejahteraan mereka,” Didalam ucapannya di KB juga Pak Lah memandai-mandai berkata rakyat kelantan mahukan perubahan.

Janji Pak Lah di Kuala Krai...“Memang pun (kita sebuah negara kebajikan) kalau dari segi apa dilaksanakan, kita bantu (rakyat), daripada makna kebajian itu kita pastikan rakyat mendapat bantuan yang berupa bantuan kebajikan, bantuan untuk kesenangan, kesejahteraan mereka,”
Usaha pembangunan yang dijanjikan kerajaan pusat untuk Kelantan akan lebih rancak jika ia berada di bawah satu payung dengan kerajaan pusat.

Beliau berkata, segala agenda perubahan yang ingin dilakukan kerajaan pusat di Kelantan akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya ada kesepakatan dalam kalangan pemimpin negeri ini.“(Jika) kerajaan negeri pun di bawah BN, lebih rancaklah lagi pembangunan,” Ditempat yang sma Pak Lah berkata

Begitulah pujukanke ? ugutan ke? penipuan ke? pembaca boleh menilai sendiri ucapan-ucapan Pak Lah tersebut.