03 February 2008

Betulkah Pirdaus Tidak Kisah Jika Tidak Di Pilih

Berbagai kenyataan dan berita mengenai pemimpin UMNO yang disebut akan bertanding dalam PR Umum akan datang. Terkini Utusan menyiarkan kenyataan bekas Imam Mesjid Negara, Pirdaus Ismail yang lebih terkenal dengan panggilan "Imam Duit".





Bekas calon Barisan Nasional (BN) kawasan Permatang Pauh, Pirdaus Ismail ‘tidak kisah’ sekiranya beliau tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12 akan datang. Sebaliknya, beliau berkata, kemenangan BN di kawasan panas itu adalah agenda yang harus diberi perhatian sepenuhnya terutama di kalangan pemimpin, ahli serta jentera parti berbanding dengan soal calon."Hak memilih calon terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri,dan persoalan sama ada saya dipilih atau tidak, saya tidak kisah dan ia tidak akan membebankan saya. "

Kenyataan Pirdaus yang melabelkan Paklah sebagai Mujadid sangat mengejutkan kita semua. Sikap mengampu yang melampau ini sangat meragukan kita adakah Pirdaus memang tidak kisah jika sekiranya dia tidak dipilih sebagai calon. Apa lagi kenyataanya tidak disokong oleh mana-mana Mufti.

Pirdaus dilihat sebagai bukan manusia normal atau tokoh politik ternama, jauh sekali untuk mengambil pendekatan agama yang dia sendiri belajar dan mengajar orang khususnya dalam soal "sabar".Rujuk balik kes perbicaraannya Parlimen Permatang Pauh. Perangainya macam cepat pemarah, tidak sabar, pembohong dan sanggup menyepak tong-tong undi kerana dia kalah dengan Wan Azizah menggambarkan sikap dan watak sebenarnya.

Sepatutnya beliau menunjukkan kesabaran yang tinggi yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pejuang. Sesudah itu redha dengan takdir Illahi bukannya dengan menyepak tong undi. AWAS sekali ini jauhkan peti unti dari Pirdaus, mana tau kalau dia bertanding dan kalah sekali lagi kita bimbang dia akan sepak sekali lagi. Yang bahayanya kerana peti undi lutsinar SPR taklah sekuat dulu. Pecahlah jawabnya...

Mangsa Ribut Dizalimi 2 : Rayuan Bantuan Kemanusiaan

Inilah gambar rumah En. Ismail yang paling teruk rosak dari sekian banyak rumah yang menjadi mangsa ribut seminggu lepas. Sedangkan belia mendapat bantuan yang kononnya wang ihsan cuma RM 300. Sangat zalim bagi pandangan saya.





Paling menyanyat hati kami petugas PAS, pada 30 Jan yang lepas untuk kali ke 3 kami turun untuk menyampaikan bantuan kemanusian bersama Dr. Mujahhid Yusuf Rawa, AJK PAS Pusat. Rumah ini telah pun dibuka semuanya sebagaimana yang saya katakan "total Loss" dalam tulisan yang lepas. Rumahnyalah yang satu-satunya tidak mampu lagi diperbaiki. Kata En.Ismail kalau tidak dibuka dengan segera ianya membahayakan keluarganya yang terpaksa melalui bawah rumah yang hampir runtuh ini ke bahagian dapur yang boleh didiami sementara waktu.

Mereka sedang menunggu segala janji yang diberikan oleh pihak berwajib. Semuga Allah memberi kesabaran kepada mereka dalam keadaan serba kekurangan. Kebanyakan mereka hanya petani yang mendapat hasil tidak seberapa. Rumah mereka bergelap sejak ribut tempoh hari.

Sumbangan dari pelbagai pihak masih diharapkan oleh PAS Kawasan Parit Buntar bagi meringankan bebanan mereka. Atas nama peribadi dan pimpinan PAS Parit Buntar saya menyeru pengunjung blog Cina Islam yang budiman untuk menyalurkan bantuan dalam bantuan wang ringgit untuk disalurkan segera kepada Mangsa.

Bantuan Ikhlas boleh di salurkan ke akaun YAKIN URUS ENT. Di PUBLIC BANK. No Akaun : 3981725304. Apa lagi terdapat beberapa rumah yang kami rencanakan dibantu baik pulih dengan secara gotong royong.

Bumi Yang Diberkati

Rezeki yang dicurahkan kepada manusia dari semua sudut tersangatlah banyak. Didarat, dilautan dan dari perut bumi semuanya adalah khazamah negara yang cukup bernilai dan selayaknya memakmur semua umat manusia.


Namum begitu semuanya seakan menghadapi kehidupan yang sempit dan kemiskinan. Dalam keadaan didakwa serna maju dan berilmu pengetahuan. Tanda manusia mengalami kesempitan hidup jelas sekali apabila mereka sentiasa merasakan apa yang diperolihi sentiasa tidak cukup. Sifat Qanaah jauh sekali bagi mereka. Natijahnya mereka tidak lagi mengenal apa yang halal dan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.

Kembalilah kepada seruan Allah dan Rasul bagi menyelamatkan kehidupan ini, dengan kembali kepada Islam makmur dan diberkati bumi mtercinta ini sebagaimana Firman Nya:-

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.(Al-A`raaf:096)

Bencana : PM China Lebih Perihatin Berbanding PM Malaysia

GUANGZHOU, 2 FEB;-Semasa Banjir besar di Johor Pak Lah bercuti di luar negara dan nampak sangat dia tidak bertanggungjawab dengan masalah rakyat di negeri Darul UMNO itu. Najiblah yang jadi pak sanggup dan bidan terjun pada masa itu. Adakah Pak Lah yang kononnya menyebut saya berdosa kalau tidak tolong orang melayu rasa tidak berdosa dengan tindakannya.



Perkara sebaliknya berlaku di China . Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao sekali lagi meninjau keadaan bencana salji di provinsi Hunan hari ini.

Pada 28 hingga 30 Januari lalu, Wen Jiabao telah meninjau usaha mengatasi bencana dan pengangkutan awam di provinsi Hunan dan Guangdong dan kembali ke Beijing pada pukul 6.00 petang 30 Januari. Pada hari ini 1 Feb, beberapa kawasan di selatan China telah dilanda ribut salji buat pusingan keempat, maka Perdana Menteri Wen Jiabao kembali ke kawasan bencana untuk meninjau keadaan rakyatnya.

Wen Jiabao telah tiba di Changsha, ibu kota provinsi Hunan dan segera mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak berkenaan untuk mengaturkan tindakan segera.

Inilah yang dinamakan pemimpin. Bila-bila masa dan di mana sahaja mengutamakan rakyat. Malulah Malaysia yang mempunyai pemimpin yang sering tidur tetapi jaga bila nampak "duit". Walaupun itu duit bencana untuk yang ditimpa bencana itupun di "rangoh" kata orang Kelantan.

Kufur Menghapus Amalan

Kufur kepada Allah berarti ingkar kepada Allah SWT. Kekufuran juga berlaku bila dia mengingkari Ayat-Ayat Al Quran samada dalam bentuk lisan dan perbuatan.



Kufur dalam bentuk perbuatan dan lisan kepada Allah SWT akan menyebabkan segala amalan yang dilakukan sebelum dari itu terhapus semuanya. Walaupun amalan puasa yang dia lakukan setiap tahun dengan berlapar dahaga atau amalan haji yang dilakukan dengan belanja puluhan ribu ringgit semuanya terhapus pahalanya. Demikianlah semua amal soleh yang lain tidak dikira amalannya.

Firman Allah SWT :

أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْناً

Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia , maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.(Al-Kahfi:105)

Penulis Terkandas di China

Cuaca Buruk sejak 50 tahun lepas yang berlaku pada tahun ini di China menimbul banyak masalah terutama ganguan kepada pergerakan rakyatnya untuk pulang menyambut Hari Raya Cina. Namun bagi kita seorang Islam, semuanya mempunyai hikmat tersendiri dari Allah SWT.





Sepatutnya saya berangkat ke Hangzhou dari Lapangan Terbang Baiyun di Guangzhou petang kelmarin dengan penerbangan CZ 3801 jam 6.25. Setelah daftar masuk dan berada diruang menunggu semua penumpang dimaklumkan penerbangan dibatalkan akibat ribut salji yang kuat di Hangzhou yang terletak sekitar 1200 KM dari Guangzhou. Inilah pengalaman pertama penulis tertangguh perjalanan akibat musim salji di China.

Untunglah macam biasa pihak kapal terbang yang akan kami naiki iaitu China Shoutern Airline (CZ) menyediakan tempat tinggal di hotel 4 bintang berdekat dengan lapangan terbang. Bila kami dimaklumkan pembatalan pernerbangan kami telah diangkut dengan beberapa buah bas ke hotel. Kami ditempatkan sebilik untuk dua orang. Kebetulan saya ditempatkan dengan seorang pengurus kilang berumur 26 tahun yang ingin pulang beraya dikampungnya di Hangzhou. Satu peluang untuk saya memperkenalkan Islam kepadanya.

Alhamdulillah tidak beberapa jauh dari hotel ada restoran halal dan juga cyber cafe tempat saya update blog ini. Tidak ada yang saya boleh harapkan melainan Allah mengizinkan perjalanan ini dengan berhentinya turunya salji di Hangzhou. Bila salji berhenti turun kami akan dimaklumkan dengan segera masa keberangkatan.

Mudah-mudahan tidak melewati 4 Feb kerana tiket pada hari itu telah saya beli untuk balik ke Malaysia dari Airport Hangzhou. Iaitu penerbangan X-Airasia hari pertama KL-Hangzhou-KL.

Di Guangzhou sahaja dimaklumkan oleh pemandu-pemadu teksi yang saya naiki kelmarin di mana keretapi telah terhenti pergerakannya akibat putus bekalan letrik dan ribut salji. Keadaan ini memaksa seramai 800,000 penumpang terkandas.

Satu kemalangan maut dan meragut 25 nyawa telah berlaku dilebuh raya dari Guangzhou menuju Shichuan. Sebuah bas penumpang telah terjatuh disatu gaung dalam ribut salji beberapa hari lepas.

Kelmarin saya menyaksikan sendiri keadaan Stesen Keretapi Guangzhou dari dekat yang masih dipenuhi sekitar 200,000 penumpang yang menunggu jadual perjalanan masing-masing setelah keretapi boleh beroperasi. Kebanyakan jalan utama disekitarnya ditutup dan diadakan pengawalan yang ketat oleh ribuan polis, tentera dan penguasa tempatan. Kelihatan juga para petugas memberi bantuan makanan dan minuman kepada penumpang yang terkandas.

TV menyiarkan berita mengenai banyaknya kenderaan yang terkandas di lebuhraya akibat jalan ditutupi salji. Khemah-khemah sementara disediakan oleh pihak berwajib. Agihan makan, pakaian dan kain selimut percuma telah diberikan secukupnya kepada semua magsa.

Tabung kemanusiaan untuk membantu mangsa salji di adakan dimana-mana untuk menunjukan keperihatinann semua pihak. Inilah China yang kita kenali yang mengutamakan kebajikan kepada rakyatnya. Jadi kepada UMNO dan BN janganlah permudahkan tawaran "Negara Berkebajikan" pihak BA. InsyaAllah demi tuntutan Islam dan kemanusiaan itu sendiri kami akan lakukan yang terbaik bila diberi kuasa oleh rakyat Malaysia.

Hidupkan Masjid dan Surau : Cadangan Untuk MB Negeri Sembilan

Pihak pentadbiran masjid atau surau harus berusaha menghidupkan institusi itu sebagai pusat komuniti setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti ilmu serta ekonomi dan tidak hanya sebagai tempat beribadat saja.




Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan, aktiviti seperti itu harus menjadi agenda utama di masjid dalam usaha membentuk masyarakat Islam yang kuat dan maju."Pihak pengurusan tersebut harus menaikkan produktiviti masjid dengan pelbagai aktiviti, jangan kita jadikan masjid tempat beribadat saja sebaliknya ia perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin memandangkan sudah berjuta-juta ringgit digunakan membina masjid," katanya.

Ucapan MB negeri Sembilan diatas saya sokong 100 % dan sedikitpun kita tidak bantah. Namun persoalannya ialah realiti sebenar yang berlaku dalam hal pengurusan mesjid bukan sahaja di Negeri Mohammad Hassan tetapi berlaku di seluruh negara. Umumnya mengetahui pengurusan mesjid telah dipolitikkan demikian rupa. Mesjid sekarang telah diberikan pengurusan kepada jenis manusia manusia yang tidak sesuai dengan ayat Al Quran:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.(At-Taubah:018 )

Pengurusan mesjid diseluruh negara dicatur demikian rupa bagi memastikan ianya hanya dijadikan tempat sembahyang 5 waktu sahaja. kalau adapun kuliah ianya diselia ketat dan dipastikan dulu penyampainya adalah "hadhari" baru lulus. Kalau ada bau-bau pembangkang pasti ditendang la tu.... kata orang kedah.

Yang pelik masa minta derma mereka tidak kira pembangkang atau tidak . Begitu juga kami pada hari jumaat tetap bagi derma walaupun pengerusinya UMNO bedengun. Tetapi bila hendak pilih penceramah yang pro UMNO diutamakan.

Walaupun secara pandangan kasar pintu mesjid terbuka untuk umum tetapi ianya tertutup kepada umum untuk menyampaikan agama yang benar. kalau ada ustaz hendak bercakap mengenai Islam Hadhari yang sesat itu pasti diberikan kebenaran walaupun hari-hari. Tetapi kalau hendak bercakap dan mengajar atau tazkirah walaupun seminit oleh Ustaz-ustaz yang menyokong pembangkang akan disekat dan dihalau dan telah banyak yang diserbu dan ditangkap.

Bekas Mufti Negeri Selangor sejak beliau dipecat sehinggalah di panggil Allah SWT beberapa hari lepas telah dinafikan haknya untuk menyampaikan ilmu kepada rakyat dinegerinya sendiri.

Nampaknya cakap Mohammad Hassan macam pemanis mulut sahaja sebelum pilihan raya. Macam perpatah Melayu menanam tebu dibibir mulut. Saya yakin rakyat memahami sangat isu ini dan tidak termakan dakyah yang dibawa oleh mohammad.

Kita dipihak BA yakin akan melaksanakan apa yang Mohammad cakap tapi tidak serupa bikin itu. InsyaAllah kita akan mengembalikan kegemilangan mesjid di Negeri Sembilan dan seluruh negara jika rakyat memenangkan kita dalam PR akan datang.

MB Negeri Sembilan Pembohong: Pembangkang Sarat Dengan Isu

Setiap kali ingin menjelangnya Pilihanraya Umum seakan menjadi tradisi banyak isu yang memihak kepada pembangkang. Keadaan ini amat mengusarkan pihak Bn sehingga kebanyakan pemimpin BN terpaksa berbohong kepada rakyat.


Terkini Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, "Pembangkang tidak mempunyai isu besar untuk memancing sokongan para pengundi di negeri ini pada pilihan raya akan datang. Mohamad Hasan berkata, pembangkang masih tercari-cari isu kerana semua telah diselesaikandengan baik oleh kerajaan.'Biar apa isu pun yang hendak mereka bawa pada pilihan raya, rakyat sudah tahu menilainya," katanya di sini hari ini.

Tirai 2007 dilabuhkan dalam keadaan rakyat berhadapan dengan pelbagai isu yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan. Antara isu besar yang berlanjutan sehingga hari ini dan ia sangat sinonim dengan slogan BN iaitu Barang Naik.

Sebetulnya setiap kali berlalunya setiap kali pilihanraya sejak dahulu lagi rakyat sentiasa berhadapan dengan kenaikan harga barang.Untuk kemenangan BN dalam PR umum ke 11 rakyat sekali lagi ditekan dengan apa yang saya maksudkan dengan BN iaitu " Padan Muka " kerana memangkah calon-calon BN sehingga mereka menindas dan menzalimi rakyat sedimikian rupa.

Kesan dari kenaikan harga minyak yang melampau menyebabkan rakyat berhadapan dengan kenaikan seluruh harga barang walaupun seketul belacan yang busuk itu.Terakhir kesan dari pendek akalnya Pak Lah menaikan harga minyak sehngga RM 0.30 menyebabkan kenaikan harga barang.

Keseronokan pegawai kerajaan dengan kenaikan gaji dalam beberapa puluh persen tidaklah begitu lama. Nampaknya kesannya juga menyebabkan kenaikan harga barang.Demikianlah banyak lagi isue yang berhadapan dengan rakyat. Katanya harga minyak akan naik lagi. Harga tol telahpun naik.

Isu salah laku pemimpin politik dan pegawai kerajaan yang ada kaitan menghantui setiap kepala seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan. Perletakan jawatan Menteri Kesihatan yang "kurang sihat" mengencarkan negara. Tidak berapa lama sesudah itu pembunuhan ADUN Tenggaroh juga sampai sekarang hangat diperkatakan. Keselamatan rakyat tidak mengira pangkat dan kedudukan sehingga adik Sharline yang hilang sejak akhir tahun lepas masih gagal dijejaki. Sebelumnya Adik Nurin Jazlin menerima nasib yang sama menjadi manga penculikan dan pembunuhan kejam.

Himpunan rakyat terbesar pelbagai kaum juga berlaku dizaman Pak Lah. Himpuna bersih dan HINDRAF pada penghujung 2007 menarik banyak pihak bahawa kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat. Bayangkan sebanyakm 40,000 kaum india tidak mampu mandapat rawatan kesihatan percuma atau tidak sehingga mereka tidak punya surat beranak.

Yang menarik juga bagi saya ialah banyaknya rakyat yang berpenyakit mental. Terkini Timbalan Menteri Kesihatan mendedahkan 1 dari 5 rakyat Malaysia terlibat. Inipun satu isu yang menarik untuk menjadi penilaian rakyat Malaysia.

Makanya tersangatbanyaknya isu sehingga tidak larat untuk saya kemukakan. Demikaianlah betapa banyaknya isu di semua kawasan yang akan ditandingi oleh pembangkang. Tunggu dan lihat apa yang akan kami kemukakan. Termasuk tempat Mohammad Hassan sendiri.

Kesimpulannya terlampau banyak isue yang akan dikemukakan pembangkang, janganlah mohammad Hassan cuba berselindung dari kata-katanya yang serba manis, tetapi sangat pahit dinilai oleh semua rakyat Malaysia. Seperti ingin sembunyi tetapi cuma kepala saja, sebahagian badan nampak dengan jelas. begitulah Mohammad ingin menegakkan benang yang basah.Jangan ingat rakyat mudah diperbodohkan oleh alasan yang mudah-mudah sahaja.

Kami sekarang sarat dengan isu untuk menghukum BN. termasuklah di Negeri Sembilan sedang menanti beberapa kerusi BN akan kencundang dan tersungkur.