01 February 2008

Kriteria Calon BN : Pak Lah Kelirukan Rakyat

Pilihanraya tersangat dekat dirasakan. Kehangatannya terasa sangat disemua peringkat samada pemimpin ataupun rakyat. Teka teki mengenai tarikh PR antara yang hangat diperbincangkan, selain itu hangat diperkatakan mengenai calon-calon yang akan dipertandingkan.





Pak Lah dipetik berkata, Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon yang berwibawa, bersih dan bersedia berkhidmat untuk rakyat pada pilihan raya umum ke-12 ini. Katanya lagi , beliau juga mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."Kriteria yang saya tetapkan adalah lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri atau pemimpin-pemimpin lain," katanya.

Kita ingin bertanya dan menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai yang kononnya Pak Lah ada kriteria tersendiri dalam memilih calon. Adakah kriteria yang disebutkan oleh Pak Lah khususnya untuk calon-calon UMNO sangat luar biasa dari PR sebelum dari ini? Realitinya disemua tempat kita telah mendengar desas desus siapakah calon-calon BN. Antaranya Di Kuala Kangsar, siapa yang tidak kenal dengan bakal calonnya yang terlibat dengan rasuah melampau. Begitu juga di Kelantan Ketua UMNO nya yang terlibat dengan wang PPRT jutaan ringgit pastinya akan dipilih oleh Pak Lah. Inikah kretiria bersih yang Pak Lah maksudkan. Terkejut "biawak"lah semua rakyat Malaysia.

Yang pasti setelah berlalu sudah 11 PR yang lepas semua yang terpilih kebanyakannya "kaki rasuah", " ahlul maksiat" dan sebagainya perbuatan yang bercanggah kerja buatnya dengan Al Quran dan Sunnah. Walaupun tidak dinafikan ada segelintir kecil yang baik namun perlu ditegaskan kerana acuan UMNO itu tidak baik semuanya jadi tidak baik.

Kenyataan Pak Lah dilihat sengaja untuk mengelirukan rakyat bagi mengelabui mata rakyat yang nampak dengan segala kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin BN dan UMNO, mata rakyat sangat terang dan bersuluh. Apa lagi yang diharapkan dari semua calon-calon BN yang akan dikemukakan? yang pasti yang terpilih akan bersiap untuk menzalimi rakyat Malaysia.

Kita tunggu dan lihat siapakah calon-calon BN, dan saya yakin semua akan tergelak dengan kriteria yang Pak Lah maksudkan.......

Cuaca Buruk :Lebih 1 Billion Terkadas di China

BEIJING, 1 FEB:- Musim sejuk di China pada tahun ini adalah yang terburuk sejak 50 tahun . Tradisi Perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 7 Feb sebetulnya adalah sempena menyambut berakhirnya musim sejuk, tetapi berlainan pula untuk seluruh penduduk China pada tahun ini.

Kini bencana hujan dan salji telah melanda sebanyak lebih 10 buah provinsi dan bandar di bahagian tengah, timur dan selatan China secara besar-besaran. Bencana hujan dan salji lebat ini sudah menjejaskan kelancaran dan keselamatan pengangkutan keretapi, jalan raya dan penerbangan di pelbagai tempat di China. Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengarahkan kerajaan tempatan di pelbagai peringkat supaya menjamin lalu lintas kelancaran pengangkutan dan bekalan tenaga elektrik sedaya upaya usaha dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Bencana hujan dan salji yang lebat ini berlaku menjelang Tahun Baru China iaitu perayaan tradisional paling penting di China. Kesibukan penduduk untuk pulang kekampung halaman masing-masing telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas pengangkutan awam, lebih-lebih lagi pengangkutan penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Tahun Baru Cina. Kini seramai lebih 1 billion orang penumpang terkandas di laluan utama dari Beijing ke Guangzhou dan Shanghai.

Manakala di Stesen Keretapi di Wilayah Guangdong sahaja dianggarkan 800 ribu penumpang terkandas kerana tidak dapat meneruskan perjalanan kerana ganguan ribut salji dan elektrik di banyak distinasi perjalanan. Pada setiap Perayaan Tahun Baru Cina dianggarkan lebih 3 juta yang pulang beraya melalui Steysen Keretapi Guangzhou.

Bekalan tenaga elektrik bagi laluan utama keretapi di provinsi Hunan amat kekurangan akibat cuaca hujan dan salji lebat yang berterusan. Oleh sebab itu keretapi elektrik tidak boleh beroperasi.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah melawat Stesyen Keretapi di Changsha, provinsi Hunan dan bertemu dengan para penumpang yang terkandas pada 29 Januari lalu. Beliau berkata: "Saya memohon maaf kepada saudara sekalian. Kami sedang membaik pulih arus elektrik. Sebaik sahaja ada kuasa elektrik, keretapi akan beroperasi. Kita dapat pulang ke rumah dan merayakan tahun baru. Pada kesempatan ini, saya ucapkan selamat Tahun Baru China dan terima kasih."

Wen Jiabao turut melawat Stesyen Keretapi Guangzhou. Sekarang badan yang bertanggungjawab terhadap keretapi China berusaha bersungguh-sungguh untuk membaikpulih laluan pengangkutan dari Beijing ke Guangzhou dengan secepat mungkin.

Kementerian Keretapi China mengumumkan akan menyediakan keretapi yang menggunakan bahan bakar untuk memuatkan penumpang yang terkandas. Selain itu, penumpang yang terkandas di stesyen telah dibekalkan makanan dan minuman secara percuma. Kebanyakan penumpang menyatakan rasa faham mereka terhadap situasi ini. Salah seorang penumpang di Stesyen Keretapi Guangzhou, Encik Gou Ming berkata: "Saya berasa sedikit kuatir, tetapi juga berasa senang hati kerana kerajaan Guangzhou telah membekalkan makanan kepada kami dan menyediakan tempat penginapan untuk kami."

Kini pihak berkuasa dipelbagai peringkat di kawasan sekitar jalan raya Beijing-Zhuhai telah menyediakan bantuan makanan, air minuman, selimut kepada para penumpang. Selain itu, kumpulan perubatan turut menyediakan perkhidmatan rawatan percuma serta-merta. Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Provinsi Hunan, Zhang Chunxian menyatakan bahawa: "Amatlah baik kalau bas dapat menghantar mereka pulang ke distinasi masing-masing. Pi;ihan lain kami akan menggunakan kereta berulang-alik untuk menghantar mereka. Kami telah menyediakan tempat yang cukup di sekolah, hospital dan hotel untuk menampung kesemua penumpang itu. Kami turut akan menyediakan makanan dan minuman secara percuma."

Kementerian Hal Ehwal Awam China dan Kementeraian Kewangan China telah memperuntukkan lebih 100 juta yuan RMB kepada beberapa provinsi yang dilanda bencana itu. Peruntukan itu akan digunakan bagi menempatkan para mangsa dan menjamin keselamatan lalu lintas.

Mashitah Memang Tidak Buat Kerja

Kerusi Parlimen Baling nampaknya semakin bergolak dan timbul keadaan tuduh menuduh yang memalukan. Hari ini Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Baling kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang mendakwa kononnya ada pihak memburuk-burukkan beliau dan mempertikai prestasinya sebagai wakil rakyat.

Ketua pergerakan itu, Safiah Abdul Rahman berkata, kenyataan Mashitah, yang juga Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), ibarat membuka pekung di dada dan tidak wajar dibuat kerana ia tidak kena pada masa dan tempat.

Pendedahan dalam Harian Metero terdapat rakyat dalam Parlimennya terpaksa menjual labi-labi membuktikan dia tidak buat kerja. Magsa terlibat ada menyebut bahawa dia sudah mengadu masalah kesempitan hidupnya tetapi tidak dipeduli oleh Mashitah.

Dia banyak menyibuk mengenai masaalah yang tidak ada katitan dengan rayat dikawasannya. Baru-baru ini dia menyibuk mengenai kenapa ramai orang Malaysia khawin dengan orang Indonesia. Maka selayaknya Mashitah disungkurkan ditempatnya sekarang. Kita gantikan dengan wakil rakyat BA yang lebih bertanggung jawab dan buat kerja.

800 Ribu Penumpang Keretapi Terkadas Di Guangzhou

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah tiba di Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong pagi kelmarin dan meninjau pengangkutan awam dan bekalan barangan di sana dalam keadaan hujan.




Cuaca bersalji dan sejuk beberapa hari yang lalu telah menjejaskan pengangkutan kereta api dan jalan raya di provinsi Guangdong. Setakat 30 Januari lalu, terdapat hampir 800 ribu orang penumpang terkandas disebabkan cuaca yang buruk di sekitar Guangzhou.

Wen Jiabao telah melawat penumpang-penumpang yang terkandas di stesen kereta api dan stesen koc Guangzhou kelmarin. Kemudian, beliau secara khusus bertanya tentang bekalan elektrik dan barang-barang keperluan harian.

Beliau menyatakan bahawa bencana salji yang serius kali ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Buat masa ini, masalah yang paling mendesak bagi kerajaan Guangdong adalah menghantar penumpang yang terkandas ke destinasi mereka dengan secepat mungkin. Guangdong perlu menubuhkan mekanisme yang berkesan untuk menjamin pengangkutan arang batu dan minyak serta penghantaran elektrik pada masa depan.