28 January 2008

Najib : Kita Tidur Sebantal Mimpipun Sama.

"Kita tidur sebantal, mimpi pun sama. Tetapi pembangkang mimpi lain-lain walaupun tidur sebantal. Macam mana pembangkang nak tadbir negara kalau tiada kata sepakat? Tapi BN kongsi kuasa (secara) bersama, sebab itu berjaya. Ucapan Najib di Felda Lubok Merbau, Kedah sebagai dipetik.


Dalam ucapan yang kononnya dihadiri oleh kira-kira 10,000 hadirin terdiri daripada kalangan peneroka dan ahli-ahli parti komponen BN ketika melancarkan Gerak Kerja Pilihan Raya BN Kedah. najib sekali lagi mengulangi bahawa BN tidak berbohong dengan katanya"Kerajaan BN tidak bohong tetapi hanya bercakap yang benar. Kita dapat laksanakan segala janji untuk rakyat. Kerajaan BN boleh membuat perubahan dan boleh menjadikan impian menjadi realiti dan cita-cita menjadi kenyataan,"

Selain itu modal Najib yang standard ialah mengajak rakyat agar tidak menggadai masa depan mereka dengan mengundi parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana pemimpin pembangkang hanya pandai berjanji.

Realitinya yang banyak menabur janji bukannya pemimpim pembangkang. Yang menghambur-hamburkan janji ialah pemimpim BN dan UMNO. Contonhya dalam kejadian ribut yang berlaku disekitar Parit Buntar pada petang 26 Jan yang lalu. Mereka hanya datang ke tempat kejadian hanya dengan berbagai janji. ada yang katan nak bagi RM 150 dan ada kata RM 300. Sedangkan jumlah-jumlah tersebut semuanya tidak memadai dengan kerosakan rumah rakyat yang begitu menyedihkan warganya. Sehingga ke hari ini dengarnya belum ada bantuan yang sampai.

Kami dipihak pembangkang bukan mahu berjanji . Dengan segala kekurangan dan dengan ikhlas kami langsung selama dua hari merendah kesemua rumah untuk memberikan bantuan sedikit wang ringgit kepada semua magsa. Hari ini sedikit makanan diagihkan kepada semua mangsa . Tidak lupa kami ingatkan kepada semua yang ditimpa musibah agar berhati-hati dengan janji janji orang tertentu.
Mana perginya wang Tabung Bencana Alam, selain itu wang PPRT juga saya kira boleh disalurkan dalam bentuk keperluan dan alat untuk membaik pulih rumah yang rosak. yang sedihnya sehingga hari ini saya masih belum mendengar bantuan dari pihak berwajib. Yang ada janji-janji manis.

Mengenai BN yang tidur sebantal, memang saya akui satu mimpi sahaja iaitu mimpi macam mana hendak menindas rakyat bawahan, fikir macam mana nak songlap wang rakyat. Termasuk kalau ada bantuan untuk yang kena bencana saya yakin ada yang bocor disana-sini sehingga jadilah bencana itu "umpan" untuk mendapatkan wang yang "tiris". UMNO oh UMNO bilakah pemimpin kamu hendak insaf dari menjadi "penghisap darah" rakyat.