21 January 2008

Senyuman..

Senyum dalam Islam adalah sesuatu yang dianjurkan, dia dianggap sedekah dan suatu ibadah. Senyuman yang lahir dari hati yang ikhlas adalah gambaran akhlak yang terpuji yang menghubungkan hati antara manusia.



Senyuman memberi seribu makna dan menyejukkan mata yang memandang bagi yang menerima senyuman. Seorang suami yang memberi senyuman kepada isteri dan anak-anak mengambarkan betapa bahagianya keluarga tersebut berbanding seorang ayah atau suami yang mahal dengan senyuman.

Senyuman seorang ketua kepada orang bawahannya adalah suatu penghargaan kepada kerja yang dilakukan selama ini.

Dari A`isyah ra. ia berkata: "Aku sama sekali tidak pernah melihat Nabi tertawa yang sangat, sehingga aku bisa melihat Anak lidahnya, paling-paling beliau hanya tersenyum".(HR: Bukhari)

Senyuman adalah suatu sunnah yang perlu diamalkan oleh umatnya sehingga akhir zaman.

Saling Menghormati Yang Kaya Dengan Yang Miskin.

Allah maha menentukan kepada rezeki setiap makhluknya, kerana itu ada yang mendapat rezeki yang banyak dan ada yang mendapat rezeki yang sedikit malah ada yang gagal memperolihinya. Lalu terjadilah apa yang dikatakan kemiskinan.


Kemiskinan bukan milik sesuatu bangsa, agama dan suku, tetapi terdapat diseluruh pelusuk alam.Kalau ada yang menuding kepada segelintir umat Islam yang mengemis dan dianggap miskin, realitinya pandangan ini terpesong dari kenyataan. Ianya terjadi dimana-mana tidak mengira agama dan bangsa.

Sebetulnya yang merosakkan alam ini adalah orang yang kaya. Pencemaran udara tentunya dari kenderaan orang yang ada wang. Orang miskin cuma berjalan kaki sahaja atau menaiki basikal.

Namun orang miskin perlu berterima kasih kepada orang yang berada kerana segala hasil tanaman, ternakan yang diusahakan ada orang kaya yang membelinya. Inilah kehidupan bermasyarakat dan saling kebergantungan sesama makhluk.

Pada orang kaya ada hak orang miskin iaitu dalam bentuk Zakat yang difardukan untuk dibayar bila cukup nisabnya. Alangkah indahnya jika dua golongan ini saling memahami dan berkasih sayang. Sesungguhnya masing-masing mempunyai hak dan kewajipan yang saling memerlukan.

Kemuncaknya kita semua adalah makhluk Allah yang akan dinilai semua amalan sedikit ataupun banyak:


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَآتَوُاْ الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al-Baqarah:282)

Siapa lobi jadi Menteri Besar Perak ?

PARIT BUNTAR 20 JAN ;- Kerusi Menteri Besar Perak hangat diperkatakan di negeri ini. Utusan hari ini turut melaporkan berita ada usaha pihak tertentu sedang melobi untuk menduduki jawatan tersebut.

Menteri Besar Perak Mohd. Tajol Rosli mendedahkan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) Zon Utara Perak di sini hari ini. Zon Utara terdiri Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Bukit Gantang dan Larut. Kata beliau walaupun tarikh pilihan raya umum belum lagi diketahui dan masih menjadi teka- teki, namun sudah terdapat gerakan pihak tertentu melobi pemimpin atasan semata-mata mahu merebut jawatan Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menganggap ia sebagai perkara biasa lebih- lebih lagi ketika pilihan raya umum semakin hampir.“Dalam politik semua orang mesti ada cita-cita besar tersendiri, jadi kerja lobi melobi untuk menjadi Menteri Besar adalah perkara biasa,” katanya.

Realiti ini sedang hangat diperkatakan di Parit Buntar. Dikatakan Ketua Bahagian UMNO Parit Buntar, Abdul Rahman Suliman yang juga merupakan Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri adalah individu yang disebut oleh Menteri Besar Perak itu.

Isue ini telah kedengaran sejak tahun 2007 yang lepas. Menurut satu sumber dikatakan beliau akan bertanding di Kerusi DUN Titi Serong bagi merealisasikan hasrat tersebut. ADUN BN di Titi Serong pada masa ini ialah Abu Bakar Mat Ali, Seorang bekas kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Kanan. Beliau memenangi kerusi DUN Titi Serong dengan majoriti, 2,587 undi dalam pilihan raya umum 2004 dengan mengalah calon PAS Ahmad Azhar Sharin yang menang pada PR ke 10 tahun 1999. Kedudukannya dikatakan tergugat disebabkan tempat ini akan diambil oleh Ketua Bahagian Parit Buntar itu.

Pada PR Umum ke 10 tahun 1999, calon PAS telah mendapat 8,358 dengan mengalahkan calon BN Abd Latif Bin Mat Ali yang mendapat 6,896 (majoriti 1,462).