17 January 2008

Gadis Kedah Kalahkan Peragut , Pemuda PAS Kedah Akan Tumbangkan BN

Berita bukan sekadar berita tetapi penulis menganggap sebagai suatu suntikan semangat untuk Pemuda PAS kedah bagi membuktikan keperwiraan dan semangat jihad masing-masing. PR ke 12 yang semakin hampir menuntut tenaga semua pihak khususnya Pemuda PAS untuk bekerja lebih kuat.



Jika seorang gadis yang menjadi mangsa ragut bertindak nekad membelasah lelaki yang cuba melarikan beg tangannya dalam satu kejadian di Kilometer 15, Jalan Putra di Alor Setar semalam, tak kan Pemuda PAS Kedah tidak sehebat gadis ini. Apun boleh jadi, dan mustahil kita tidak mampu berkerja semaksima mungkin bagi menumbangkan BN di Kedah.

Dalam waktu terdekat suatu Majlis Qiyamullail bersama pemimpin PAS Kedah akan diadakan pada 31 Januari 2008 bertempat di Kompleks PAS Kedah, Batu 9. Program bermula jam 12.00 tengah malam dengan alunan zikir, bermunajat kepada Allah, Solat hajat dan amanat pimpinan bersama YB.Ustaz Haji Azizan Razak. Pemuda PAS Kedah kena buktikan mereka boleh hadir dan niat kena Ikhlas kerana Allah.

Baru-baru ini saya terlibat dengan beberapa program ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Sungai Petani dan Pokok Sena. Kekuatan gerak kerja nampaknya ada lonjakan. Lonjakan ini mestilah dikekalkan malah dipertingkatkan.

Seluruh pencinta keadilan sedang menunggu kejatuhan Kerajaan BN Kedah. Sesungguhnya harapan yang tinggi ini mustahil dapat dicapai dengan kerja mudah dan sambil lewa. BUKTIKAN.....



PM Balik Hari ini, Apa Pula Kenyataannya?

Dikatakan hari ini PM akan balik dari lawatan kerja ke Madrid. Rakyat sesungguhnya masih tertunggu-tunggu jawapan dari PM dalam berbagai isue utama negara. Dalam sidang akhbar sempena kepulangannya jika diadakan kita berharap sangat PM menjawab beberapa isue di bawah.





1. Bilakah Tarikh PR ke 12 , atau umumkan terus pada hari ini. Kami telah bersedia.

2. Isue Rasuah dalam Kementerian Pelancongan.

3. Siasatan Badan Kehakiman

4. Kehilangan adik Sharlinie

5. Tuntutan Ceupec

6. Krisis tepung gandum , minyak masak,dan kenaikan harga barang.

7. dan banyak lagi.......


Rakyat sedang menunggu jawapan segera dari PM.

Pakatan BA : Kenyataan Mengelabah Muhyiddin

Pakatan Pembangkang (BA) dalam menghadapi BN dalam PR ke 12 akan datang semakin membimbangkan UMNO. Terbaru kenyataan dari Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin mengambarkan BN semakin mengelabah. Amat malang kenyataannya mengambarkan sememangnya dia kurang cerdik dan ingin lari dari isue yang sebenar.



Persefahaman antara PAS dan PKR serta DAP di Pulau Mutiara sesungguhnya membimbangkan BN. Begitu juga dengan negeri-negeri lain semuanya hampir selesai melakukan perundingan dalam soal pembahagian kerusi. Slogan satu lawan satu yang hampir 100 pratus jadi realiti sejak beberapa pilihanraya 1999 sangat menggusarkan BN. Menggambarkan rakyat sangat berhasrat untuk menolak Kerajaan BN .

Muhyiddin seperti memujuk dan merayu rakyat supaya tidak terpedaya dengan pakatan parti-parti pembangkang kerana ia hanya kerjasama semata-mata untuk memenangi pilihan raya umum ke-12 akan datang. Beliau menegaskan, pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP hanya satu mainan politik bagi memberi persepsi kepada rakyat, kononnya parti-parti pembangkang bersatu serta bersedia membentuk kerajaan alternatif.“Tidak ada satu yang baru dalam pakatan pembangkang, di depan kelihatan kerjasama mereka baik tetapi pada asasnya parti-parti pembangkang itu cuba mengalahkan antara satu sama lain.“Malahan setiap parti berdoa agar mereka menang dan rakan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang,'' katanya.

Wahai Menteri Pertanian, bila pula kamu dilantik menjadi juru cakap pembangkang. Lebih baik pergi jaga lembu dan kambing , jangan banyak sangat buat komen tentang kami kerana semakin banyak kenyataan yang dikeluarkan semakin menampakkan tidak cerdiknya Tan Sri.

Sesungguhnya pakatan pembangkang tidak kerana lain melainkan untuk menjatuhkan BN yang ZALIM dan GILA KUASA itu. Kami bersatu atas asas keadilan yang didahagakan oleh rakyat marhaen. Sebab itu tanpa mengira parti, agama , bangsa, ideologi rakyat bersatu untuk menegakkan keadilan yang hampir padam dalam kamus BN.

Pemimpin BN hanya berjuang menjaga periuk nasi ( perut dan ****h perut) dan kroni-kroni masing-masing. Rakyat di bawah menderita dan dihimpit inflasi yang dasyat. Semua sistem dan agensi kerajaan dihinggapi penyakit dan skandal. Rasuah, skandal sex sehinggalah pembunuhan orang politik.

Untuk keluar dari ketakutan dan kegawatan ini rakyat sanggup berhimpun dengan jumlah besar seperti Himpunan Bersih dan HINDRAF, mereka menuntut haknya. Walaupun dihalang dengan berbagai cara mereka berani keluar. Inilah gambaran sebenar kehendak rakyat.

Bagi kami yang berjuang atas landasan Islam, Allah matlamat kami. Taqwa dan Keikhlasan adalah teras dan asas perjuangan. Perjuangan kami bukan kerana untuk menang pilihanraya semata-mata, namun atas dasar untuk mencari keredhaan Allah SWT. Sudah berulangkali kami tegaskan sekiranya UMNO dan BN kembali kepada landasan yang sebenar, kami sanggup bersatu dalam satu wadah dengan kamu.

PM Bantah Kenyataan Bush Iran Ganas, Tetapi Perkara disebaliknya Di Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyatakan bantahan terhadap dakwaan Presiden A.S. George W. Bush bahawa Iran merupakan negara penaja utama keganasan dunia.



Abdullah Ahmad Badawi yang sedang melawat ke Madrid, Sepanyol menyatakan semalam, kenyataan Bush itu tidak akan diterima oleh negara-negara Islam dan akan menimbulkan perbalahan. Rakyat Malaysia tidak akan mennyetujui kenyataaan itu.

Bush dalam ucaptamanya semasa lawatan ke Timur Tengah berkata di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 14 Januari lalu bahawa Iran sedang menggugat keselamatan di seluruh dunia dengan menyokong golongan ekstremis dan menggesa negara sekutunya di Teluk supaya bersama-sama menghadapi bahaya itu sebelum terlambat. Kenyataan itu dilihat sebagai mencari helah baru untuk menekan Iran berhubung program nuklearnya.

Namun begitu realiti yang berlaku di Malaysia, PM dan pemimpin UMNO menuduh tanpa usul periksa rakyat sendiri, katanya ganas dan sebagainya. Rakyat tidak diberikan hak untuk berhimpun walaupun sah disisi perlembagaan. Sehinggakan Himpunan Bersih dan Hindraf dileraikan dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh pengawal keselamatan.

Media arus perdana yang diketui oleh "Zam-Zam Ala Kazam" malah mencipta klip "ini buka budaya kita" untuk memburuk-buruk pembangkang dan rakyat sendiri. Tuduhan melulu kepada rakyat sendiri ini pada tahap "merah" yakni tidak masuk akal.

Begitu juga tuduhan yang bukan-bukan kepada kebanyakan pemimpin pembangkang dan terkini kepada pemimpin HINDRAF yang berakhir dengan tahanan ISA yang jakun itu. Sepatutnya rakyat wajib diadili dengan sistem kehakiman bukannya dikurung tanpa bicara dan tiada sebarang pembuktian yang konkrit.

Tindakan PM membantah kenyataan Bush hanyalah sandiwara. Bagai ayam berkokok tetapi punggung berlumuran tahi, bak kata bidalan tudung kepala nampak punggung.

Suharto Tenat : Tazkirah Kepada Pemimpin Yang Zalim.

Berita sejak dua minggu terakhir menceritakan betapa bekas Presiden Indonesia , Suharto dalam keadaan tenat. Sejak dimasukkan ke hospital pada 4 Jan lepas prestasi kesihatannya semakin menurun dan memerlukan rawatan yang rapi oleh pakar-pakar perubatan Indonesia yang terpilih.


Berita dari Utusan pada hari ini dipetik bahawa bekas Presiden Indonesia, Suharto bertambah buruk hari ini apabila pasukan doktor yang merawat beliau mendapati darahnya dijangkiti kuman dan degup jantungnya juga tidak stabil.Salah seorang daripada mereka, Dr. Joko Raharjo berkata, Suharto, 86, kini mengalami masalah serius yang dikenali sebagai sepsis melibatkan berlakunya radang seluruh badan akibat jangkitan kuman.Sepsis berisiko menyebabkan kegagalan berfungsinya organ dan seterusnya membawa maut. Masalah ini menjadi lebih rumit jika dialami golongan tua atau pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

Kezaliman sepanjang pemerintahan beliau dalam orde baru sangatlah banyak dan tidak perlu kita dedahkan dalam ruangan yang sedikit ini. Cukuplah sekadar menyebut peristiwa pembunuhan umat Islam di Tanjung Reriuk, dan penghapusan etnik Aceh sangat menyentuh hati umat Islam sejagat dan yang cintakan keadilan dan kedamaian.Berita lebih lanjut layari ,

Sesungguh sesuatu yang berlaku dalam lipatan sejarah sepanjang zaman menjadi teladan dan tazkirah kepada seluruh manusia yang beriman. Lihatlah kehebatan Firaun yang ditenggelamkan Allah bersama bala tenteranya di Laut Merah. Namrud yang mengaku dirinya tuhan sebagaimana Firaun juga mati dalam keadaan digigit oleh seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya. Dia merasa sangat sakitnya sehingga menghentak-hentak kepalanya kedinding sehingga pecah dan berdarah.

Terkini bekas Perdana Menteri Israeil Alien Sharon yang telah hampir setahun tenat dan koma di ceritakan mengalami mimpi-mimpi ngeri oleh pembantunya.

Kezaliman yang berlaku dan dilakukan oleh pemimpin dalam negara kita apa kurangnya. Semuga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada meraka semua...Amien.