16 January 2008

1429 H / 2008 M Tahun BA

Kemajuan negara kita digambarkan kepada rakyat yang masih 'bodoh' hanyalah kerana BN yang memerintah. Kalau bukan kerana BN dan UMNO seolah-olah negara kita akan miskin dan papa kedana. Inilah "ajaran sesat" yang selama ini dicanang oleh pemimpin negara.


Beberapa hari lepas Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan rakyat jangan sesekali memperjudikan diri dan masa depan negara dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tegas Perdana Menteri, rakyat perlu membuat keputusan yang betul kerana pemilihan kerajaan bergantung kepada parti yang terbukti berjaya menjamin pembangunan dan kestabilan negara. ceewaah...macam lagu boria bunyinya.

Kenyataan dari PM dilihat sebagai suatu kebimbangan kepada pengaruh pembangkang yang semakin ketara setelah timbul pelbagai isue yang membuktikan kelemahan batang tubuh kerajaan yang ada sekarang.Tenatnya penyakit yang ada pada batang tubuh kerajaan seperti tenatnya Pak Harto dengan berbagai penyakit yang sedang menunggu panggilan Illahi.

Rakyat sedang menunggu jawapan disebalik skandal-skandal besar seperti kes pembunuhan Altaltuya, kes video Lingam, Hindraf, tuntutan Bersih , Yuran sekolah, kenaikan harga petrol dan barangan lain, krisis tepung gandum dan minyak masak, keselamatan anak-anak dari penculikan dan banyak lagi.

Rakyat bawahan nampaknya tidak tahan sabar untuk mengundi parti-parti alternatif untuk memimpin dan menyelamatkan negara. Setelah 50 tahun BN memerintah, pekung kelemahan nya terbuka luas dan nampaknya tidak mungkin lagi diubati.Mereka cukup faham kemajuan negara kita bukan kerana BN dan UMNO. Lihatlah negara lain seperti Jepun, Korea dan China. Tanpa UMNO dan BN mereka lebih maju dari kita. Malah jika UMNO dan BN di beri kuasa untuk memerintah negara-negara tersebut walaupun sehari, saya yakin mereka akan menjadi semakin mundur kebelakang.

Tahun baru Hijriyah 1429 dan Masehi 2008 seakan menggamit BA untuk menerajui perubahan selera rakyat kepada Sebuah KERAJAAN BARU dengan slogan yang saya cadangkan " Kerajaan yang adil dan berkebajikan".

Apa Peliknya Siti Bertudung ?

Sesungguhnya tuntutan berjilbab atau bertudung itu adalah wajib bagi setiap muslimah yang akil baligh. Tidak kita dia adalah orang kecil atau orang besar, atau orang terkenal atau tidak terkenal. Semuanya wajib bertudung.Apa peliknya kalau orang itu bertudung kerana ianya sudah tanggungjawab dan perintah Allah SWT.


Seperti kebiasaan berita manusia digigit anjing , tetapi mejadi pelik kalau anjing digigit manusia. Demikanlah tidak pelik kalau Siti sudah bertudung. Masa sekolah dulu diapun bertudung. Yang peliknya kalau Datuk K yang bertudung.

Yang peliknya ialah orang yang tidak mahu bertudung atau dalam bahasa lain engkar kepada perintah Allah SWT. Sepertinya wajibnya solat 5 waktu, kalau sudah ditunaikan itu bukan pelik tetapi yang peliknya yang tak mahu sembahyang.

Wahai pejuang Islam jangan tertipu dengan mainan isue oleh media. Tumpukan kepada yang lebih penting untuk memenangkan Islam. Sesungguhnya banyak lagi waktu yang diperlukan oleh kita untuk menang dalam PR akan datang.

Memanglah peranan media untuk mengalih kemarahan rakyat kepada isue picisan yang tidak penting. Awas jangan terpedaya.

Pesan Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Md Isa ,Markaz dan jentera PR kena dihidupkan 24 jam dari sekarang . Ayuh bangunlah untuk berkerja bersungguh-sungguh.