15 January 2008

Tahun Baru Cina: Sekolah Cuti 6 Hari

Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa semua sekolah diberi kebenaran mendapatkan cuti tambahan pada 6, 10 dan 11 Februari ini untuk dirangkumkan dengan cuti umum Tahun Baru Cina yang disambut pada 7 dan 8 Februari.


Negeri yang hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu, sekolah boleh bercuti pada hari Rabu 6 Februari dengan mengambil cuti peristiwa dan dibenarkan mengambil cuti berganti pada Ahad 10 Februari dan Isnin 11 Februari.Namun begitu Persekolahan pada hari-hari cuti berganti itu hendaklah digantikan pada hari Sabtu 19 dan 26 Januari.

Bagi negeri-negeri yang hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad, sekolah boleh mengambil cuti peristiwa pada hari Rabu 6 Februari, sekolah terbabit juga dibenarkan mengambil cuti berganti pada Isnin 11 Februari.

China Tingkatkan Hukuman terhadap Kegiatan Naikkan Harga Barang

BEIJING 14 Jan :-Setelah mengadakan Sidang Parlimen untuk membincangkan persoalan kenaikan harga barang pada minggu lepas. Satu pengumuman mengenai hukuman lebih ketat untuk mengawal kenaikan harga barang diumumkan oleh kerajaan China.

Menurut Agensi Berita Xinhua, Perdana Menteri China Wen Jiabao menandatangani perintah Dewan Negara semalam dan mengeluarkan "Ketetapan Dewan Negara China tentang Pemindaan 'Peraturan Hukuman Tadbir terhadap Kegiatan Menaikkan Harga Barangan yang Melanggar Undang-undang Berkenaan'". Ketetapan itu telah berkuatkuasa bermula semalam.

Pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China semasa menjawab soalan wartawan berkata baru-baru ini, harga sesetengah barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kehidupan rakyat telah naik dengan mendadak. Kegiatan haram untuk menaikkan harga yang berlaku di sebahagian kawasan dan industri telah menganggu ekonomi pasaran.Kerajaan China memutuskan untuk meminda peraturan hukuman tersebut untuk mengenakan tindakan yang lebih berat terhadap kegiatan haram itu demi melindungi kepentingan pengguna dan pengusaha.

Kenapa Bajet 2009 Dibentang Awal ?

Pembentangan Bajet 2009 akan diadakan pada 29 Ogos ini iaitu dua bulan lebih awal berbanding amalan biasa pada Jumaat minggu terakhir bulan Oktober.Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tarikh baru itu dipilih kerana bulan puasa jatuh pada awal September.




Kita tertanya-tanya kenapakah Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman begitu awal tentang tarikh bajet 2009. Ada beberapa andaian yang saya fikirkan kenapa tarikh ini diumumkan lebih awal.

Pertamanya mungkin Kerajaan sekarang seolah-olah ingin mengambarkan suasana ekonomi sekarang sangat selesa kepada rakyat. Keadaan ini adalah untuk menutup kelemahan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan.

Keduanya dijangka ada beberapa pengumuman berikutnya yang akan didedahkan lebih awal berkaitan isi bajet yang akan dibentang kelak. Inilah bentuk gula-gula yang akan menjadi umpan kepada rakyat Malaysia bagi menghadapi PR ke 12 bila-bila masa dari sekarang.

Semua media akan digembeling semaksima mungkin untuk mengambarkan ekonomi yang serba baik dan bursa saham yang mencecah angka luar biasa. Tentunya dengan harapan sokongan rakyat kembali kepada BN.
Saya fikir rakyat telah kembali cerdik dalam sehari dua ini. Jika swing ini kekal dalam tempoh terdekat harapan BA untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam DUN atau Parlimen adalah sangat cerah. Inilah yang menjadi kebimbangan BN.

Luarbiasanya pencapaian ekonomi dalam keadaan luarbiasanya tekanan kenaikan harga barang yang melangit sesuatu yang tidak masuk akal. Sebab itulah segala kemungkinan dan cara dipergunakan untuk mengembalikan sokongan rakyat. Itulah cara BN "Banyak Nombor....(saja).