08 January 2008

Pilhanraya Bulan Februari ?

GEMPAR. Penulis malam tadi ke Kuala Lumpur, gencar dengan berita dari ibu kota mengatakan PR Umum ke 12 akan diadakan pada bulan Feb selepas Tahun Baru Cina.

Bagi pernulis masakan pokok akan bergoyang kalau tidak ada angin. Kebenarannya ada dengan pelbagai krisis yang melanda batang tubuh Kerajaan BN menyebabkan mereka tidak boleh menunggu lama.

Yang penting kita telah bersedia untuk berlawan walaupun SPR bukan lagi pengadil tetapi telah memakai jersi UMNO. Lawan tetap Lawan.

Krisis Minyak Masak : Rakyat Juga Yang Salah

Apa saja masaalah negara, nampaknya rakyat bawahan yang dipersalahkan. Terbaru dalam krisisi minyak masak nampaknya peniaga kecil dan penyeludup kecil yang diperslahkan.



Utusan Malaysia hari ini sebagai dipetik melaporkan "Pada saat rakyat negara ini gelisah ekoran kekurangan bekalan minyak masak kelapa sawit serta penahanan seorang peniaga yang menyorok bekalan itu di Nilai, Negeri Sembilan, terdapat segelintir pihak sanggup menyeludup barang keperluan tersebut ke Thailand bagi menjualnya pada harga lebih mahal."

Dilaporkan juga, polis marin yang menyerbu sebuah stor di Kampung Tanjung, Pengkalan Kubor dekat sini merampas 209 kotak minyak masak berisi 3,553 kilogram bahan tersebut yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran itu.Pemangku Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor, Asisten Supritendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, nilai rampasannya ialah RM8,778 tetapi penyeludup dipercayai memperoleh keuntungan berlipat kali ganda jika bahan itu berjaya dibawa ke Thailand.

Mustahil dengan sebanyak itu dan banyak lagi pun bekalan minyak menjadi meruncing dan akan dicatu pada minggu depan.

Tolong dedahkan masaalah sebenar dan melalui jalan mana sebenarnya minyak dibawa keluar. Tak kan habis stok minyak kalau sebanyak itu diseludup. Atau cuma ingin burukkan Kelantan. Pintu keluar dan pelabuhan lain macam mana pula. Kita tunggu menteri UMNO yang kononnya cerdik untuk buat laporan.