26 October 2008

Serupa tapi tidak sama !

Kurang dua minggu selepas sekumpulan penjenayah nekad meletupkan mesin deposit tunai milik sebuah bank di Puchong, kejadian sama berulang lagi di Wisma Anggerik, Seksyen 26, di sini, awal pagi semalam. Jika dalam kejadian 13 Oktober lalu, penjenayah berputih mata, namun, dalam kejadian semalam penjenayah melarikan sejumlah kira-kira RM30,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, dua penjenayah dipercayai meletupkan mesin deposit tunai milik sebuah bank yang diletakkan di luar premis cawangannya di bangunan berkenaan.

Alahai Malaysia negara yang ku cintai. apa sudah jadi dengan berbagai kejadian jenayah yang mengaibkan ini.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan wanita Monggolia yang diletupkan sekarang ini mesin deposit tunai menjadi mangsa. Adakah kejadian pertama mengajar rakyat untuk bertindak ganas sedemikian rupa , dan ternyata kejadian meletupkan mesin ATM ini berlaku setelah kejadian meletupkan jasad manusia itu.

Sama tapi tak serupa , sama dalam mencapaikan matlamat apapun perlu dilakukan termasuk dengan bom sekalipun. Tak sama kerana satu memusnahkan jasad manusia dan yang ini memusnah harta dan milik orang lain.....