05 June 2008

Hadiah rakyat pilih BN : Harga minyak naik lagi.

PARIT BUNTAR, 4 Jun :-Benar sebagai yang dijangkakan, dan terbukti menteri BN, sharir berbohong. Sah harga petrol telah dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.





Kereta berbaris panjang hingga masuk maghrib








Stesen minyak di sekitar Parit Buntar seawalnya sejak jam 5.30 petang telah dipenuhi oleh warga sekitar untuk mendapatkan harga lama. Walaupun sekadar setangki minyak dengan kadar lama itulah mungkin suatu kepuasan dan peluang yang ada dalam keadaan tertekan sebegini.






Rakyat didera sebegini setelah BN menang.








Saya berada di stesen minyak Petronas kampung kedah sekitar jam 6.20 petang sehingga hampir maghrib untuk berkongsi masalah dengan warga setempat dalam menghadapi kemelut ini.

Tangki minyak memang kosong, namun saya tidak sanggup untuk berbaris panjang . Dalam hati berkata "biarlah rakyat menerima peluang ini bukannnya aku. banyak lagi orang yang lebih susah dan akan lebih susah dengan harga baru pada hari-hari mendatang".

Antara yang berbaris adalah pemimpin UMNO Bahagian Parit Buntar dan bekas ketua kampung di sini. Selain itu banyak dikalangan kakitangan Kerajaan dan swasta. Saya berkesempatan mendengar rungutan mereka yang hampir 100 pratus tidak bersetuju dengan kenaikan ini.

Seorang penduduk Bandar Baharu, En. sofian Abu Bakar berpendapat kenaikan ini sangat menyusahkan apa lagi dengan pendapatannya yang tidak seberapa sebagai pekerja swasta. Beliau menjangka kan harga barang akan naik secara mendadak selepas ini.

Abdul Rahman Yahya dari Taman Seri Tenggara pula berkata langkah menaikkan harga minyak adalah langkah yang menyuysahkan rakyat, dan juga beliau yakin harga barang pasti naik.

Seorang peniaga Tionghua yang tinggal bersama dengan saya di Taman Wawasan berpandangan sepatutnya harga minyak tidak perlu dinaikkan. Harga asal kena dikekalkan . Paling baik kena turunkan seperti menifesto BA dalam PR yang lepas.

Selain itu seorang yang berbaris panjang memenuhi stesen minyak itu memberi pandangan yang berlainan dengan katanya : "rakyat yang telah memilih BN sehingga diberi peluang lagi untuk memerintah negara kena bertanggung jawab kerana memang dia telah tersalah pilih".

Demikianlah siri kezaliman kerjaan BN yang bermula setiap kali diberikan lagi mandat untuk memerintah negara, Sahlah BN adalah Barang Naik, dan Banyak Naik sebagaimana hari ini tercatat sebagai kenaikan paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak di Malaysia.

7 comments:

selongsong said...

Salam Jihad buat YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim Chuan Hing Abdullah aka Cina Islam,

Harga minyak yang melangit tinggi ini adalah disebabkan kita meninggalkan asas-asas ekonomi Islam. Apabila kita meninggalkan syariat Islam, yang sememangnya tabii insan dan mengikut sunnatullah, maka yang lain akan menjadi cacamerba.

Permasalahan sebenar adalah disebabkan matawang kertas yang kita gunakan ketika ini. Sejak zaman Umar Al-Khattab r.a. sehinggalah zaman kejatuhan Khalifah terakhir Islam, ummah menggunakan Dinar emas dan Dirham perak sebagai alat/instrumen untuk transaksi perniagaan. (Perak negeri Tuan Guru :) )

Bayangkan, sehingga hari ini, jika kita bandingkan dengan matawang kertas semasa, satu dinar emas masih boleh membeli seekor kambing dan satu dirham perak masih boleh membeli seekor ayam. (Tambah tolak, wang tembaga/fulus yang tidak diwajibkan zakat ke atasnya).

Dalam erti kata lain, nilai matawang dolar US$$ sudah tidak bernilai lagi. Jadinya, sememang wajarlah, harga petrol & diesel dinaikkan; sebab sekiranya dolar US$$ tidak bernilai, Ringgit Malaysia RM, apatah lagi? Dalam erti kata lain, duit kertas tidak lagi bernilai seperti yang tertera pada kertas... kerana ianya hanyalah sekeping kertas.

Jadi penyelesaian kepada gejala ini, nampak sukar, tetapi boleh diusahakan. Ana berpendapat, lebih wajar sekiranya PAS secara khususnya dan Pakatan Rakyat secara kolektifnya, memperjuangkan kembali kepada penggunaan matawang dinar dan dirham menggantikan Ringgit Malaysia RM yang sudah jauh susut nilai.

Ana tidak melihat, penambahan subsidi dapat menyelesaikan krisis yang semakin meruncing ini. Malah ianya akan memparahkan lagi situasi. Ana minta maaf, sekiranya Al-Fadhil Tuan Guru Khalid Idham Lim berasa kurang senang dengan apa yang ana luahkan, cuma ana kurang setuju dengan penambahan subsidi untuk menstabilkan harga minyak. Ana lebih suka sekiranya kita usaha kembali kepada matawang dinar dan dinar, kerana inilah cara terbaik untuk kita perbetulkan asas-asas ekonomi dan kewangan kita.

Sekadar pendapat dari ana. Salam jihad tanpa nokhtah.

wassalam

selongsong.pencucuh

selongsong said...

Tambahan: Ana kurang setuju dengan penambahan subsidi untuk menstabilkan harga minyak, kerana ini hanyalah suatu "tindakan sementara" yang tidak akan menyelesaikan masalah ini. Ia tidak menyelesaikan asas-asas ekonomi, bahkan ianya hanya akan memburukkan keadaan pada masa akan datang.

Ana tiada statistik, tetapi dijangkakan, Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak bersih ("net importer") dalam jangka beberapa tahun lagi; dan ketika itu, kita tidak akan mampu menanggung subsidi lagi.

Juraimi Zainal said...

Teringat dalam blog Dato' Ali Rustam buat posting dalam blognya: Hadiah Kerajaan Negeri Selangor (Isu Babi).

Nah ambil pulak:

Hadiah Kerajaan Pusat Untuk Rakyat (Isu Naik Minyak).

selongsong said...

Pada pendapat ana, apa yang al-Fadhil TGKILCHA boleh cuba usahakan untuk kerajaan negeri Perak, ialah pembayaran gaji kakitangan negeri menggunakan Dinar emas atau sekurang-kurangnya bersandarkan harga emas semasa untuk menangkis inflasi dan ketidaktentuan ekonomi negara & dunia.

Sekadar pendapat dari ana. Salam jihad tanpa nokhtah.

selongsong.pencucuh

NGINAP SRENGENGE said...

Sesapa yang sokong BN/umno patut sujud syukur.

hj sahri kg kedah said...

Kita sebenarnya ingin melihat fakta kenapa harga minyak mesti dinaikan! Kita tak hendak dengar Menteri menteri BN (bodoh naif)temberang!Kita benci dgn tutur kata dari lidah bercabang! Mengapa sekadar mampu berani beri alasan mudah iaitu "terpaksa" kena naik !

Kami benci dgn alasan karut marut, tipu, muslihat dan temberang kerana menutup belang pentadbiran BN yg rasuah, yg menindas .

Kami ingin pengakuan ikhlas dan telus bahawa BN telah salah urus tadbir Ekonomi negera !Sila akui bahawa BN gagal kawal inflasi kerana BN menggunakan pertimbangan politik dalam hal ehwal ekonomi. Tidak benar dakwaan ini?

Mana pergi pakar pakar Ekonomi yg "berkecuali" sila tampil jawap agar lebih berwibawa. Jangan serah perkara ini kpd orang orang politik yang kebanyakannya "kureng" dalam ilmu ekonomi! Kami juga tak mahu dengar ulasan ulasan (dlm hal naiknya harga minyak ini)dari pakar pakar Ekonomi dari IPTA yg pro kerajaan atau kelihatan macam pro kerajaan.
Kami mahu ulasan ekonomi (kes harga minyak ni) dari mereka yg setaraf Prof Jomo dari UM dulu.

Dan yg berbaris panjang kat petronas kg kedah tu jawaplah soalan soalan berikut:
1. Agak agak untung minyak petronas p mana?
2. Belanja majlis majlis politik BN ambil duit dari mana. Berjimat ke ? Ada kah langkah langkah jimat cermat dari BN atau memang tak cermat?

Akuilah bahawa BN menghabiskan duit rakyat (sapu bersih)untuk politik BN dan ini memberi kesan buruk kpd Ekonomi negara .
Adun adun BN dibeberapa negeri semasa ditadbir BN dulu dengar kata joli sakan duit rakyat/ duit peruntukan kawasan sekelip mata je , awal tahun 2008 dah habis? Betul ke tak betul. Ada audited account?

Betul ka Negara Malaysia ni kaya raya? . Sapa yg kaya tu ? Penyangak penyangak mana yg kaya tu? Tuan mana yg kaya tu?

Saya pun berbaris panjang tadi selama 2 jam! Tak pernah saya buat begitu sepanjang hidup saya ini.Bukan saja suka suka berbaris, tapi ..hati terdetik dan mula ingat dan mula takut akan masa depan ekonomi diri dan anak cucu! Apa nak jadi kpd ekonomi negara kita, rezeki anak cucu kita jika begini cara kerajaan mentadbir ekonomi negara! Adakah nasib kita akan jadi macam Melayu di Selatan Thai , ada negeri tapi jiwa raga tak merdeka, angkara pemimpin bangsa sendiri yg buat angkara, akhirnya hilang maruah dan identiti bangsa!

cucutokpelandok said...

Salam buat Yb Khalil..
Ana tidaklah sampai beratur panjang untuk mengisi minyak, tapi dari rumah ana bersebelahan dengan stesyen minyak Shell( syarikat minyak Belanda) di Kubang Kerian ana tengok kenderaan berbaris panjang sejauh 5 km dalam 2 baris. Semuanya kerana nak mengisi minyak harga rendah buat kali terakhir. Untuk pengetahuan semua, minyak dah berkurangan dua hari sebelum kenaikan harga . Di bandar kota Bharu, Kubang kerian dan sekitarnya semuanya kekurangan bahan bakar tesebut. Barangkali pihak pengurusan stesyen minyak sudah tahu akan perkara ini lalu masing-masing menghadkan jualan kerana nak tunggu harga yang naik melambung ni.
Nak buat macamana, ini lah padah yang terpaksa kita semua terima akibat dari kesilapan sesetengah orang yang telah memilih Parti Babi Negara dalam PRU 12 dulu. Selepas ini kita akan mengalami kenaikan harga barang-barang keperluan yang lain pula. Contohnya harga ais kiub yang biasanya harga rm 2 dah naik rm 2.50 .
Cuba tanya penyokong2 BN/UMNO berbaloikah dengan rm 625 setahun sebagai rebet tu. Tak sampai pun rm 2 sehari.
Renung-renungkanlah semua rakyat Malaysia.. patutkah kita pilih kerajaan yang tak perihatin akan nasib rakyat.
Takbir.....