17 December 2007

China Kumpul 122 Pakar Kaji Bulan

Berikut ini adalah gambar satelit Chang'e 1 dan dua keping gambar yang umumkan oleh kerajaan China beberapa hari lepas. sehubungan dengan itu menurut Agensi Berita Xinhua China, ahli Akademi Sains China dan juga ketua ahli sains projek penyelidikan bulan, Ouyang Ziyuan menyatakan bahawa kini pihak berkenaan telah mengumpulkan 122 orang pakar seluruh China untuk mengkaji data penyelidikan bulan yang buat pertama kali didapati oleh China. Usaha pengkajian tersebut dijangka akan berlangsung selama setahun.

Satelit penyelidikan bulan pertama yang dibuat oleh China sendiri, iaitu Satelit "Chang'e 1" telah berjaya dilancarkan pada malam 24 Oktober lalu. Selepas itu China telah mengumumkan sekeping gambar permukaan bulan dan dua keping gambar permukaan bulan yang
dihantar oleh Satelit "Chang'e 1".












Landasan Kereta Api Berkelajuan 300 Kilometer Sejam Pertama di China Siap Dibina

BEIJING 16 Dis,- China memasuki era baru dalam pembinaan landasan keretapi berkelajuan tinggi pada hari ini dengan siapnya pembinaan Landasan keretapi yang berkelajuan 300 kilometer sejam dari Beijing ke Tianjin di China。




Landasan keretapi dari Beijing ke Tianjin yang berjarak 120 kilometer akan mula beroperasi secara rasmi pada pertengahan tahun 2008, dan hanya perlu menempuh selama 30 minit dari Beijing ke Tianjin seketika itu. Pegawai Kementerian Keretapi China menunjukkan bahawa penyelesaian projek pemasangan landasan keretapi itu menandakan bahawa China telah mencapai kejayaan yang besar dalam teknologi pembangunan landasan keretapi yang berkelajuan tinggi.





Pemasangan Landasan Siap

Negara China pada setiap tahun sentiasa memperuntukan perbelanjaan yang tinggi untuk meningkat kan kemudahan pengangkutan awam untuk keperluan sekitar 1.3 billion penduduk。 Kebanyakan bandar besar mempunyai jaringan keretapi bawah tanah。Antaranya bandar Beijing, Shanghai, Hong Kong, Guangzhou dan Shenzhen 。

Tian Tai Bandar Pengeluar Manik Kayu Utama China

Bandar Tian Tai, sebuah bandar yang mempunyai sekitar 60o ribu penduduk yang terletak berdekatan dengan pelabuhan Ning Bo. Jarak perjalan dari YiWu ke Tian Tain selama 2 jam dengan bas ekspres. Begitu juga perjalanan ke Pelabuhan Ning Bo memakan masa yang sama.


Tidak ada penerbangan terus ke bandar ini kerana di sini tidak mempunyai lapangan terbang. Tetapi kita boleh sampai ke sini dengan menaiki kapal terbang ke bandar berdekatan seperti Ning Bo, Hang Zhou atau YiWu dan melanjutkan perjalan kesini dengan bas atau kereta sewa.

Bandar ini paling terkenal dengan pengeluar manik kayu berbagai bentuk. Biasanya untuk kegunaan sulaman untuk tempat duduk kereta, tasbih, kalung leher, gelang tangan dan sebagainya. Selain itu dia juga adalah antara bandar pengeluar alas kusyen tambahan kereta dalam berbagai bentuk yang terbesar di China.

Pada mulanya saya menduga disini tidak terdapat kedai halal sehingga saya menyediakan hampir penuh beg makan untuk dimakan selama disini. Alhamdulillah dengan takdir Allah sekitar 100 meter dari hotel yang saya tinggal terdapat 2 buah kedai makan " Lan Zhou La Mian" iaitu kedai mee tarik dari Lan Zhou. Mereka memang menjual makan yang halal dan dari keturunan Hui dari wilayah Lan Zhou. Kedai mereka terdapat dikebanyakan tempat di China. Kerana itulah pada dasarnya hampir semua tempat yang dilawati akan adanya kedai mee tarik ini.

Di bandar ini juga kelihatan orang Xin Jiang yang terkenal dengan jualan satey kambing menjalankan perniagaannya. Kelmarin saya menyapa seorang Xin Jiang yang menjual satey dengan ucapan salam dan dijawab dengan spontan apalagi melihat saya yang berkopiah putih.

Saya dimaklumkan oleh beberapa kawan di Shah Alam yang kedai mee tarik dari Lan Zhou ini ada di buka di Shah Alam. Cuma saya tidak sempat lagi untuk ke sana.





Pemandangan menarik di Bukit Tian Tai





Bandar Tian Tai agak lebih sejuk dari bandar Yi Wu, mengikut kaji cuaca suhu esok mencecah sekitar 5 hingga 8 darjah. Ini kerana dia terletak agak tinggi dari paras laut dengan keadaannya yang bernukit.Namun bagitu kegiatan seharian penduduk berjalan seperti biasa walaupun bagi kita orang asing rasa malas untuk keluar bilik kalau tidak kerana urusan perniagaan.

Selagi urusan belum selesai saya kena berkampung di sini dalam beberapa hari lagi. Mungkin kena ber Hari Raya di sini dan mungkin juga sempat untuk balik beraya di Malaysia.