08 December 2007

Sukan Negara Selemah Abdullah Badawi

Temasya Sukan SEA Edisi Ke-24 dibuka secara rasmi di sini semalam dengan dianggap paling istimewa dalam sejarah enam kali Thailand menjadi tuan rumah kerana temasya dwi-tahunan terbesar di rantau Asia Tenggara itu kali ini dilangsungkan hampir serentak dengan sambutan Keputeraan Raja Thai Ke-80.

Namun yang tidak istemewa dan meriah adalah pencapaian Malaysia setelah hampir seminggu temasya sukan itu berlansung. Keadaan ini diakui sendiri oleh MSN seperti laporan dalam akhbar utusan pada hari ini.Ketika negara lain seperti Thailand, Singapura dan Vietnam rancak memungut satu demi satu pingat emas, kontinjen Sukan SEA Malaysia sudah enam hari gagal meraihnya - satu keadaaan yang pastinya ramai menganggap ia cukup membimbangkan.


Kedudukan Malaysia jauh kebelakang dengan tuan rumah Thailand, Singapura, Vietnam dan Myanmar. Malaysia cuma mampu memungut 2 pingat emas, 3 gangsa dan 6 perak.


Hari ini perdana Menteri dipetik berkata, kerajaan sehingga kini sudah membawa pelbagai kejayaan pembangunan yang boleh dinilai rakyat termasuk mewujudkan kemudahan asas, infrastruktur, pengangkutan, kesihatan dan komunikasi. Dalam waktu yang sama seolah beliau tidur nyenyak dan tidak melihat betapa lemahnya pencapaian sukan negara terutama semasa beliau menjadi Perdana menteri.


Lemahnya Perdana Menteri membawa padah kepada lemahnya pencapaian sukan negara. Mana dia ucapan Najib yang mengatakan kita mesti "glokal", yang orang UMNO sendiri pun tidak faham dan kerajaan pun tidak berhasil untuk jayakannya.


Banyaknya wang negara iaitu wang rakyat Malaysia telah dibelajnakan untuk persiapan kontenjen ke Korat, namun hasilnya amat mengecewakan dan memalukan. bayangkan negara Myanmar yang bergolak sehingga hari ini lebih baik dari Malaysia. Vietnam pun tidak semaju kita pembangunan sukannya namun kedudukannya lebih baik dari Malaysia.


Kalau beginilah kesudahannya menteri yang bertanggungjawab dengan sukan kenalah ambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatannya. Lebih baik kalau Malaysia tidak adapun menteri Sukan kalau hasilnya ditahap yang sama sahaja. Yang berubah yang saya nampak oleh menteri sukan "wanita" ini hanyalah berubahnya pakaian resmi kontenjen negara. itu saja?.


Sama-sama kita melihat berapakah pingat emas, perak dan gangsa yang akan dibawa balik nanti bila temasya dilabuhkan tirainya. sesudah itu kita hukum kerajaan BN yang tidak dapat memajukan sukan negara dalam PR Umum ke 12.