0 Drama air mata di wad ICU...



9 Rejab 1434 H. [MOD] -

http://sanusisetpol.blogspot.com/,18 Mei 2013

Saturday, May 18, 2013

Berkasih Sayang Kerana Allah...

Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.

Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30.  Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.

Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.
Assalamualaikum! Suaranya bergetar. Ustaz Azizan dimaklumkan oleh anaknya Solehah, "Ayah! Ustaz Hadi mai..." Wajah Ustaz Azizan nampak berseri, bola matanya meliar mencari suara sahabat dan pimpinannya itu. Ustaz tidak mampu berkata-kata dan bersuara, tiub oksigen dan saluran paip masih menyekat suara dan mulutnya, dia cuba juga mengerakkan bibirnya untuk menjawab salam sahabatnya itu. Kedua belah tanggan terangkat ke paras dada, seolah menyatakan syukur di atas kedatangan itu.

"Bersabarlah, bersabarlah .... Banyakkan zikir dan doa. Hadis menyatakan orang yang bersabar menghadapi sakit akan diberi pahala yang banyak..." Kata TGHH sambil menggenggam tangan Ustaz Azizan. Wajah dan bola mata mereka bertentangan. Suara TGHH bergetar menahan sebak. " Ana datang nak bagitahu, keputusan yang besar bagi anta ini diambil untuk menyelamatkan nyawa anta, nyawa lebih penting dari anggota tubuh (kaki), atas kewajipan itu, kami semua sahabat dan keluarga membuat keputusan membenarkan pembedahan itu" kata TGHH. Ustaz Azizan mengangguk dan mengangkat tangannya sekali lagi seperti mahu kami juga berdoa untuknya. Mulutnya bergerak, namun tiada suara yang keluar.

TGHH memalingkan wajahnya ke belakang, matanya merah, air mata meleleh disebalik kaca matanya. Kami yang berada di situ tiada daya menahan pilu teramat sangat, dada berombak, nafas tersekat dan air mata menitis laju. Keakraban dan kasih sayang antara mereka terserlah memancar dalam pertemuan itu, tiada ayat untuk menzahirkannya. Aku berpaling ke sisi, Pak Cop, Dr Syamsuri, Helmi Khalid,  Doktor dan jururawat turut menangis menekupkan mulut dengan tangan.

TGHH memegang dahi Ustaz Azizan yang saat itu memandangnya. Sambil mengusap kepala sahabatnya, TGHH mengeluarkan kalimat ini... "Bersabarlah... kerja keras anta selama lima tahun pasti Allah akan terima ..... Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama dua tahun setengah sahaja, dia diracun dan mati. Anta sempat juga 5 tahun, lebih lama daripada Umar Abdul Aziz, bersyukurlah dan teruskan bersabar!" Kata-kata TGHH ini diucap dalam tangisan, tersekat-sekat dan perlahan. Kami di belakang bagai tertimpa 'segunung rasa hiba'...menjuraikan air jernih tak terkawal lagi.

"Ana akan ke Turkey esok, InsyaAllah ana akan sampaikan salam anta kepada sahabat-sahabat di sana." Kata TGHH perlahan. Ustaz Azizan mengangguk, matanya memandang wajah TGHH, ada aitrmata bertakung di kelopaknya. Aku segera terbayang pertemuan Ustaz dengan sahabatnya Sheikh Yusoff Karocha, penterjemah kitab dan guru kepada Tayeb Erdogan di Turkey. Mereka bertemu penuh keakraban pada Januari lalu.

Ustaz Azizan mengangkat kedua tangannya dalam kepayahan, TGHH membaca doa ringkas dalam bahasa arab, kami mengaminkannya. Pak Cop dan aku mengambil tempat di sisi katilnya, sementara TGHH mendapat penjelasan ringkas Doktor tentang kondisi terkini Ustaz Azizan. " Ustaz berehatlah, kami semua akan terus berdoa untuk Ustaz." Kata Pak Cop dalam esakan tangisnya.
"Ana minta diri dulu, anta teruslah berehat dan banyakkan sabar". Ustaz Azizan cuba menghulurkan tangganya yang masih bertambat beberapa paip dan wayar bersambung ke mesin. TGHH menyambut dan memegangnya. Dia menjengketkan kakinya, membongkok dan mencium dahi sahabatnya yang terbaring itu, agak lama. "Moga anta lekas sembuh!" Katanya dalam esakan.

TGHH menghala keluar. "Terima kasih semua!." Katanya sambil mengangkat tangan kepada Doktor dan jururawat yang sedang teresak kesayuan dalam bilik itu. Dia berhenti seketika, menanggalkan cermin mata dan mengesat air matanya di depan pintu. Aku lihat ramai juga yang menyaksikan pertemuan itu dari depan cermin pintu, turut menangis.

Demikianlah kasih sayang diantara dua tokoh pimpinan PAS yang terbina kerana  Allah, subur dan terus segar untuk mengharungi perjuangan suci ini. Ikatan tulus dari hati yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun lalu itu tidak terlerai, tidak mampu dirungkai oleh apapun, dengan sebab apapun, kerana simpulan itu benar dan ikhlas atas jalan Allah, bukan palsu bukan lakonan. Mereka berdua telah sebalut dalam perjuangan ini.... Air mata masih berjurai saat aku menitikkan nokhtah kepada catatan ini.
[Read More...]


0 Pasca PRU13: Ramai gila bahasa, buat lawak ngeri



8 Rejab 1434 H. [MOD] -
Mazulan Mansoor,

Selepas pasca Pilihan raya Umum ke-13 baru-baru ini tidak kurang hebatnya juga ungkapan-ungkapan yang boleh diklasifikasikan lawak atau jenaka yang kasar. Bermula dengan reaksi spontan Perdana Menteri pilihan Barisan Nasional yang akhirnya menjadi tajuk utama akhbar cauvinis melayu negara (Utusan Malaysia) iaitu 'Apa Lagi Cina Mahu?'. Memang kasar bunyinya anggaplah saja jenaka orang yang takut hilang kuasa.


Ramai yang mencemuh dengan ungkapan tersebut kerana beliau mungkin 'buta' kerana keputusan rakyat dalam pilihanraya bukan kerana sentimen Cina undi Cina tetapi sebenarnya rakyat telah sepakat menolak mereka yang memimpin negara seperti simpulan bahasa 'beraja di mata, bersultan di hati'. Ini disebabkan apa yang berlaku pada penggal lalu satu barisan yang melakukan sesuka hati seolah-olah konsep pemisahan kuasa (Raja, Eksekutif dan Kehakiman) telah menjadi 3 dalam 1.

Lawak kasar seterusnya secara spontan keluar dari mulut seorang negarawan yang berjaya dengan kempennya yang berjaya merampas sebuah negeri dengan mengenengahkan anak sendiri sebagai calon MB dengan mendapat kelebihan majoriti iaitu lebih kurang berbunyi 'jika PM sebelum ini disingkirkan kerana hilang banyak kerusi, maka PM hari ini rekodnya adalah lebih teruk lagi'. Amat berbisa sekali kata-katanya sehinggakan dirasakan agak ngeri untuk didengari oleh PM hari ini.

Ungkapan jenaka ngeri berikutnya telah dikeluarkan oleh seorang MB yang berkata secara tidak berperi 'tiada lagi projek pembangunan di kawasan-kawasan yang tidak diwakili oleh ahli dewan dari partinya' membuatkan ramai yang tercengang dan tak kering gusi. Beliau lupa maksud dan makna sebuah sistem demokrasi agaknya kerana dapat perintah negeri dengan kelebihan 2 kerusi.

Seterusnya kedengaran banyak suara-suara sumbang dari yang boleh dianggap 'ultra-Melayu' dengan sentimen kebencian kaum Cina dan juga dibabitkan juga kaum India seperti idea mahu menghapuskan sekolah vernakular.

Rupa-rupanya bila habis pilihanraya ramai diserang penyakit gila atau alergi bangsa menyebabkan mereka jadi buta dengan negara yang dinamakan Malaysia.

Di satu seminar pasca-pilihanraya pula ada seorang yang pernah bergelar 'yang arif lagi bijaksana' menyuarakan pendapatnya yang bersifat anti-Cina atau kata-kata yang sungguh beremosi seolah-olah negara ini baru saja merdeka dan mahu membela satu bangsa dengan bersifat anti bangsa selainnya.

Mungkin kerana sudah bersara faktor usia menyebabkan beliau mudah lupa ini negara yang dulunya dikenali sebagai Malaya kemudiannya Malaysia. Telah dinafikan keesokan harinya namun lawak pertamalah buat orang tertawa bukan kedua.

Apabila PM hari ini mengumumkan kabinetnya, maka dengan rasminya kerajaan yang mendapat banyak kerusi (bukan banyak undi) telah mula bekerja secara rasminya selepas bersumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Satu lagi lawak kasar dan ngeri keluar dari mulut seorang menteri yang berbunyi 'jika tidak setuju dengan sistem demokrasi negara ini sila tinggalkan negara ini'.

Berdesing telinga rakyat sekali lagi dengan lawak ngeri yang secara langsung menunjukkan kawalan keatas emosi dari keputusan pengundi tempohari masih belum hilang lagi. Apa salahnya rakyat berhimpun aman tanpa mengganggu ketenteraman bagi memprotes atau menunjukkan ketidakpuasan daripada terus bersuara berdentum membuat kenyataan lawak slapstik menyalahkan sesuatu bangsa pasca pilihanraya kali ini.

Natijahnya, Rakyat Malaysia lebih matang dan memahami segala situasi lebih dari mereka yang bertahun-tahun bergelar menteri dalam memahami erti sebuah proses demokrasi dengan secara tidak langsung terbukti bahawa parti yang berasaskan perjuangan bangsa telah tidak relevan lagi.

Dunia hari ini telah bergerak seiring dengan arus teknologi maklumat dan komunikasi tanpa sempadan menyebabkan lonjakan (Spring) dari rakyat menagih harapan agar parti yang bersaing melalui ideologi dan idea bukan lagi soal pembangunan semata-mata malah lebih kepada keseluruhan aspek kehidupan merangkumi kesejahteraan dan kebajikan.

Harakahdaily/-
[Read More...]


0 BN Selangor kalah besar, Noh jadi mangsa Najib



8 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak jadi Perdana Menteri kerana hanya tahu mengkambinghitamkan Datuk Seri Noh Omar dan enggan mengambil tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Beliau menganggap Noh yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjadi mangsa akibat keengganan Najib bertanggungjawab atas kekalahan besar BN di Selangor.

"Hampir semua pihak menganggap Noh digugurkan dari kabinet sebagai hukuman ke atasnya akibat kekalahan teruk BN di Selangor," kata Mahfuz.

BN dan Umno bukan sahaja gagal menawan kembali Selangor seperti yang diimpikan oleh Najib, malah kehilangan lebih banyak kerusi.

Malah, BN mengalami prestasi terburuk apabila hanya 685,502 pengundi yang mengundi parti itu berbanding 1,044,758 pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat.

Pemerhati berpendapat, Najib benar-benar menunjukkan kemarahannya kepada Umno Selangor apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor yang dilantik sebagai menteri.

Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.

Paling ketara ialah apabila Noh yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.

"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja  Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

"Sebab itulah rakyat melihat Noh dimangsakan kerana keengganan Najib untuk bertanggungjawab," kata Mahfuz.

Selain Noh, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga dilihat sebagai salah seorang mangsa utama apabila sebarang tempat dalam kerajaan.

Harakahdaily/-
[Read More...]


0 Lebih 50,000 hadiri 'blackout 505' Seremban



8 Rejab 1434 H. [MOD] -

SEREMBAN: Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat peringkat Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan kehadiran lebih 50,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Himpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) malam tadi itu berlangsung di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini.

Seperti siri himpunan di beberapa negeri sebelum ini, lautan hitam mewarnai himpunan sebagai tanda matinya demokrasi di negara ini pada hari pengundian 5 Mei lalu atau lebih dikenali sebagai 'blackout 505'.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir malam tadi termasuklah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub serta pimpinan DAP termasuk Anthony Loke.

Anwar dalam ucapannya malam tadi turut menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya keluar dari negara ini.

Kenyataan itu dinyatakan Zahid dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

Menurut Anwar kenyataan Zahid itu angkuh dan pada masa sama cuba menghina rakyat di negara ini.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar.

Sebelum ini, selain pimpinan Pakatan Rakyat, kenyataan Zahid itu juga turut dibidas Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Agus menjelaskan beliau terkejut dengan kenyataan tersebut dan menyifatkannya tidak wajar diungkap keluar dari mulut seorang menteri. 

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya. 

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.

Harakahdaily/-
[Read More...]


0 Jagalah SHALATMU



8 Rejab 1434 H. [MOD] -


Oleh: Zuhdi Amin, Lc.

KHUTBAH PERTAMA:

إِنّ الْحَمْدَ ِللهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنّ مُحَمّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

اَللهُمّ صَلّ وَسَلّمْ عَلى مُحَمّدٍ وَعَلى آلِهِ وِأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدّيْن.

يَاأَيّهَا الّذَيْنَ آمَنُوْا اتّقُوا اللهَ حَقّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنّ إِلاّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

يَاأَيّهَا النَاسُ اتّقُوْا رَبّكُمُ الّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَاءً وَاتّقُوا اللهَ الَذِي تَسَاءَلُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَام َ إِنّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا

يَاأَيّهَا الّذِيْنَ آمَنُوْا اتّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا، أَمّا بَعْدُ ...

فَأِنّ أَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرَ الْهَدْىِ هَدْىُ مُحَمّدٍ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّمَ، وَشَرّ اْلأُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةً، وَكُلّ ضَلاَلَةِ فِي النّارِ.

Ma'asyiral Muslimin Rahimakumullah 

Puji syukur kita panjatkan kehadirat Allah Ta’ala atas segala karunia, hidayah dan berjuta kenikmatan tak terhingga yang telah Dia anugerahkan kepada kita semua. 

Shalawat dan salam semoga selalu tercurahkan ke haribaan baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, beserta para keluarga, sahabat, dan semua orang yang mengikutnya hingga Hari Kemudian. 

Selanjutnya marilah kita meningkatkan takwa kita kepada Allah subhanahu wa ta'ala dengan sebenar-benar takwa, yakni dengan menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. 

Kaum Muslimin A'azzakumullah
Di zaman yang semakin dekat dengan Hari Akhir ini, kita menyaksikan suatu fenomena memprihatinkan yang menimpa kaum Muslimin, yaitu sebuah kenyataan bahwa sangat banyak di antara manusia yang mengaku beragama Islam namun tidak memahami hakikat agama Islam yang dianutnya, bahkan tingkah laku keseharian mereka sangatlah jauh dari nilai-nilai Islam itu sendiri. 

Di antara bentuk riil kondisi sebagian kaum Muslimin yang sangat menyedihkan tersebut adalah semakin banyaknya orang-orang Islam masa sekarang yang mulai meremehkan dan menyia-nyiakan shalat, bahkan tidak sedikit dari mereka yang berani meninggalkannya dengan sengaja dan terang-terangan. Padahal dalam agama Islam, shalat memiliki kedudukan yang tidak bisa ditandingi oleh ibadah lainnya. Hal ini ditunjukkan dengan bagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menerima wahyu perintah shalat, yaitu dengan dimi'-rajkan ke langit didampingi malaikat Jibril ‘Alaihis salam. Setelah beliau sampai di Sidratul Muntaha, Allah Ta’ala berbicara langsung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Yang demikian itu menunjukkan bahwa betapa agung kedudukan ibadah shalat dalam Islam, karena ia adalah tiang agama, di mana agama ini tidak akan tegak kecuali dengannya. Dalam satu hadits shahih Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلاَمُ، وَعَمُوْدُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ. 

"Pokok agama adalah Islam (berserah diri), tiangnya adalah shalat, dan puncaknya adalah jihad di jalan Allah." (HR. at-Tirmidzi no. 2616). 

Sidang Jum’at yang Dimuliakan Allah 

Shalat merupakan ibadah yang pertama kali diwajibkan setelah ikhlas dan tauhid, sebagaimana Firman Allah Ta’ala,

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ 

"Dan tidaklah mereka disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus." (Al-Bayyinah: 5). 

Dan sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوْا أَنْ لاَ إِلٰهَ إِلاّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللَّه ، وَيُقِيْمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا فَعَلُوْا ذٰلِكَ، عَصَمُوْا مِنِّيْ دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الْإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّه. 

"Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwasanya tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, kemudian mendirikan shalat dan menunaikan zakat. Apabila mereka melakukan itu, maka darah dan harta mereka terpelihara dariku kecuali dengan hak Islam, dan perhitungan mereka diserahkan kepada Allah." (HR. al-Bukhari dan Muslim). 

Shalat juga merupakan amal pertama kali yang akan dihisab di Hari Kiamat kelak, seperti tersebut dalam hadits dari sahabat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ، فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ. 

"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab dari amal seorang hamba pada hari Kiamat adalah shalat. Apabila shalatnya baik, maka ia telah berbahagia dan sukses, tetapi apabila shalatnya jelek, maka ia telah celaka dan rugi." (HR. at-Tirmidzi, no. 413). 

Di samping itu, shalat adalah wasiat terakhir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada umatnya, sebagaimana telah diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anha bahwasanya ia berkata,

كَانَ مِنْ آخِرِ وَصِيَّةِ رَسُوْلِ اللَّه الصَّلاَةَ الصَّلاَةَ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ. 

"Wasiat terakhir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah, 'Kerjakanlah shalat, Kerjakanlah shalat, dan tunaikanlah kewajiban kalian terhadap budak-budak yang kalian miliki." (HR. Ahmad, no. 25944). 

Hadirin yang Dirahmati Allah
Inilah gambaran agungnya kedudukan ibadah shalat dalam agama Islam yang kita anut, sehingga al-Qur`an dan as-Sunnah yang shahih telah memberikan ancaman keras bagi orang yang meninggalkan shalat. Dalam surat al-Muddatstsir ayat 42-43 Allah Ta’ala berfirman,

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ 

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (Neraka)?" Mereka menjawab, "Kami dahulu (di dunia) tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat."
Adapun di dalam as-Sunnah disebutkan bahwa orang yang meninggalkan shalat diancam akan dikumpulkan bersama Qarun, Fir'aun, Haman, dan Ubay bin Khalaf. Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُوْرًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُوْرٌ وَلاَ بُرْهَانٌ وَلاَ نَجَاةٌ، وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُوْنَ، وَفِرْعَوْنَ، وَهَامَانَ، وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ. 

"Barangsiapa yang menjaganya (shalat fardhu) maka pada Hari Kiamat dia akan memperoleh cahaya, bukti nyata (yang akan membelanya), dan keselamatan. Dan barangsiapa yang tidak menjaganya, maka dia tidak memiliki cahaya, bukti nyata (yang akan membelanya), dan keselamatan, serta pada Hari Kiamat dia akan (dikumpulkan) bersama Qarun, Fir'aun, Haman, dan Ubay bin Khalaf." (HR. Ahmad, no. 6540 dan ad-Darimi, no. 2721, Shahih Ibnu Hibban, no.1476. Syu'aib al-Arna'uth mengatakan 'Isnadnya shahih.' Didhaifkan oleh al-Albani di dalam Dhaif al-Jami' no. 2851). 

Jama'ah Jum'at Hafizhakumullah
Lantas, apa hukum orang yang meninggalkan shalat? 

Seluruh ulama umat Islam sepakat bahwa orang yang meninggalkan shalat karena mengingkari kewajibannya adalah kafir. Namun kemudian mereka berbeda pendapat tentang orang yang meninggalkan shalat tanpa mengingkari kewajibannya. Di antara mereka ada yang berpendapat bahwa ia telah kafir dan keluar dari Islam. Sementara yang lain menyatakan bahwa hukumnya masih berada di bawah kesyirikan dan kekafiran. 

Para ulama juga berbeda pendapat tentang hukuman yang layak bagi orang yang meninggalkan shalat. Sebagian mereka berpendapat bahwa hukumannya adalah didera dan dipenjara, sedangkan yang lain mengatakan bahwa ia harus dibunuh sebagai hukum had baginya, bukan karena murtad. 

Akan tetapi jama'ah sekalian, terlepas dari perbedaan penda-pat para ulama tentang hukum dan hukuman bagi orang yang meninggalkan shalat dengan sengaja, hendaknya seorang Muslim merasa takut apabila keislamannya diperdebatkan oleh para ulama dengan sebab meninggalkan shalat. Meski seharusnya sudah cukup bagi kita untuk merasa takut untuk meninggalkan shalat dikarenakan ancaman yang begitu keras dari Allah Ta’ala maupun dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Sehingga Ibnul Qayyim rahimahulloh berkata, "Orang yang meninggalkan shalat telah berbuat dosa besar yang paling besar, lebih besar dosanya di sisi Allah daripada membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain. Lebih besar dosanya daripada berzina, mencuri dan minum khamar. Orang yang meninggalkan shalat akan mendapatkan hukuman dan kemurkaan Allah di dunia dan di Akhirat." (Lihat Kitab Ash-Shalah wa Hukmu Tarikiha hal. 9, karya Ibnul Qayyim). 

Shalat adalah kebutuhan batin seorang hamba, layaknya makan dan minum sebagai kebutuhan lahirnya. Sehari saja manusia tidak makan, maka badannya akan terasa lemas dan tidak berdaya. Makan adalah hajat manusia dan penopang kesehatan badannya. Kebutuhan jasmani terhadap makanan harus dipenuhi, sebagaimana kesehatan rohani juga harus dipenuhi. Kebutuhan hati kita harus dipenuhi dengan banyak berdzikir kepada Allah Ta’ala, dan di antaranya adalah dengan mengerjakan shalat. 

Hadirin Rahimakumullah
Perhatikanlah orang-orang yang tidak shalat! Hidupnya tidak mengalami ketenangan, meskipun secara lahiriyah hidupnya kaya raya dan mempunyai harta yang berlimpah, namun mereka sama sekali tidak mengalami ketenangan dan tidak juga kenyamanan. Berbeda dengan orang yang shalat, ia merasa tenang dan bahagia. Melaksanakan shalat dapat menenangkan hati, karena di dalam shalat mengandung dzikrullah (mengingat Allah) dan itu membawa kepada ketenangan batin, sebagaimana Firman Allah Ta’ala,

أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 

"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28). 

Jiwa orang yang melakukan shalat akan mengalami ketenangan dan akan mendapatkan thuma'ninah dalam hidup. Berbeda dengan orang yang enggan shalat. Hidupnya mengalami was-was, tidak tenang, ketakutan, dan selalu diganggu oleh setan. 

Tunaikanlah shalat karena ajal begitu dekat. Laksanakanlah perintahNya selagi amal masih dicatat. Segeralah bertaubat sebelum pintuNya tertutup rapat. Jadilah hamba yang taat demi meraih surgaNya yang penuh dengan nikmat.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذا أَسْتَغْفِرُ اللهَ إِنّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرّحِيْمِ 
KHUTBAH KEDUA :

إِنّ الْحَمْدَ ِللهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنّ مُحَمّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَصَلَّى اللَّّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا 

'Ma'asyiral Muslimin Rahimakumullah 

Jika meninggalkan shalat memang perkara yang boleh disepelekan atau ditolerir, niscaya orang yang sedang sakit tidak akan diperintahkan untuk mengerjakannya. Logika manakah yang membenarkan diperbolehkannya meninggalkan shalat bagi orang yang sehat, sementara orang yang sakit saja tetap diwajibkan untuk mengerjakannya? Ini menunjukkan bahwa orang yang meninggalkan shalat cenderung menuruti hawa nafsunya, mengikuti keinginan syahwat, serta mengabaikan jalan yang lurus dan sesuai dengan logika akal manusia. 

Bagaimana pun keadaan yang kita alami, maka shalat tetap wajib kita lakukan, baik ketika sehat ataupun sedang sakit, dalam keadaan safar maupun bermukim. Shalat wajib yang lima waktu harus tetap dikerjakan, bagaimana pun kondisi kita. 

Oleh sebab itu hadirin sekalian, dalam khutbah yang singkat ini khatib ingin menasihati khatib pribadi dan jama'ah sekalian, janganlah sekali-kali kita meremehkan shalat apalagi meninggal-kannya. Jadilah kita termasuk hamba-hamba Allah yang selalu menjaga shalat, karena kita tidak tahu berapa umur kita yang ter-sisa. Berapa pun panjangnya usia kita, namun kita meyakini bahwa kita pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini. Dan setiap orang yang mengadakan perjalanan pasti membutuhkan bekal. Sementara perjalanan yang satu ini adalah perjalanan yang sangat panjang dan tidak akan kembali lagi. Barangsiapa yang dalam perjalanan tersebut tidak memiliki bekal, maka ia berarti telah menderita kerugian yang tak akan tergantikan dan tidak ada bandingannya. Bagaimana seseorang selalu lalai, sementara usianya berlalu bagaikan awan yang berarak di angkasa. Tiba-tiba saat ia dipanggil untuk memenuhi janji yang tidak dapat ditunda-tunda (kematian), maka ia pun kemudian mencari bekal, hanya saja yang ia dapati hanyalah tanah, sementara ia tidak mendapatkan orang yang dapat menyelamatkannya atau menolongnya, wal'iyadzu billah. 

Mudah-mudahan Allah memberikan kita petunjuk untuk melaksanakan shalat yang lima waktu dan melaksanakan kebaikan sesuai dengan syariat. Mudah-mudahan Allah menjadikan hari-hari kita penuh dengan amal shalih yang akan membawa kita kepada kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan Allah senantiasa memberikan hidayah pada segala urusan kita, dan memberikan petunjuk kepada kita semua dalam menapaki jalanNya yang lurus, jalan orang-orang yang Allah berikan nikmat kepada mereka, jalan para nabi, orang-orang yang jujur, dan para syuhada, serta orang-orang yang shalih, bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang tersesat.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
رَبَنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النّارِ. وَصَلىَّ اللهُ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ تَسْلِيمًا كَثِيرًا وَآخِرُ دَعْوَانَا أَنِ اْلحَمْدُ لِلهِ رَبِّ اْلعَالمَِينَ 

Dikutib dari Buku Kumpulan Khutbah Jum’at Pilihan Setahun Edisi ke-2, Darul Haq Jakarta).
 
http://www.alsofwah.or.id/
[Read More...]


0 58 maut serangan bom di masjid Baqouba, Baghdad



8 Rejab 1434 H. [MOD] -


BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 58 maut dalam satu letupan bom di kawasan penduduk Sunni di Baghdad dan kawasan sekitarnya ketika jemaah keluar menunaikan solat Jumaat dari sebuah masjid di pinggir Baghdad, awal hari ini. 


Kejadian itu yang dianggap tragedi berdarah paling tinggi di Iraq dalam masa dua bulan. 



Serangan terbaru di Baghdad dan kawasan sekitarnya itu menyaksikan angka korban meningkat kepada lebih 100 orang dalam masa tiga hari. 



Serangan itu termasuk di kawasan penduduk Syiah membabitkan sebuah hentian bas, pasar harian dipercayai membabitkan puak fahaman berbeza Islam. 



Keadaan tegang berlaku sejak puak Sunni mula melancarkan tunjuk perasaan mengenai layanan yang diberikan kerajaan yang dikuasai golongan Syiah, termasuk penahanan rambang dan pengabaian. 



Serangan awal hari ini berlaku ketika jemaah Sunni mahu meninggalkan masjid utama di Baqouba, kawasan kubu kuat golongan itu yang terletak kira-kira 60 kilometer dari timur laut Baghdad. 



Satu lagi letupan berlaku selang beberapa minit ketika orang ramai berkumpul untuk membantu mereka yang cedera. 

Menurut polis, sekurang-kurangnya 41 maut manakala 56 lagi cedera. 



Mayat bergelimpangan di sekitar jalan berhampiran masjid berkenaan. - AP
[Read More...]


0 Hijrah: Dr Agus persoal kenyataan Zahid



8 Rejab 1434 H. [MOD] -

Penganalisis politik, ProfMadya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari. 


Demikian menurut satu berita yang dipetik dari Harakahdaily sebagai berkata.

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.

“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.

Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social illsdalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.

“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.
[Read More...]


0 'Mahu halau kami, tapi jemput orang Bangladesh'



8 Rejab 1434 H. [MOD] -

Rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya dan perasaan kecewa dengan kenyataan menteri dalam negeri terhadap mereka yang mempertikai keputusan itu mendorong kehadiran sebilangan peserta himpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan semalam.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Dupa, 45 tahun, berkata beliau turut menyertai dua lagi himpunan sama di Johor Bahru dan Selangor walaupun menetap di Bahau, Negeri Sembilan.

"Kalau nak ikut, memang tak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya tambahan pula ada banyak dakwaan penipuan melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan (undi) anggota pasukan keselamatan," katanya.

harry ngHenry Ng, 28, (kiri), pula berpendapat kebanjiran orang ramai ke siri himpunan itu membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya 'memenangi' hati rakyat Malaysia dalam pilihan raya yang lalu walaupun masih belum berjaya membentuk kerajaan pusat.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggesa golongan yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke luar negara, Henry secara berjenaka berkata beliau berharap mereka yang berketurunan Tionghua sepertinya tidak disuruh pulang ke tanah besar China.

"Saya harap jangan suruh saya balik China," katanya sambil ketawa kecil tetapi kelihatan bersemangat selepas berjaya mendapatkan tandatangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada baju-T yang dipakainya.

Rakan Henry, Ariel Ng, 26, pula berpendapat mereka yang meragui keputusan pilihan raya lalu tiada pilihan lain buat masa ini melainkan hadir ke himpunan demikian bagi menyatakan protes mereka.

karen ngoo"Keputusan pilihan raya tidak adil, kami tiada pilihan dan kami tidak tahu apa lagi yang kami boleh buat untuk masa ini," katanya.

Karen Ngoo, 46, (kiri) pula merasakan kenyataan Zahid Hamidi itu tidak wajar di kala terdapat dakwaan dan kontroversi mengenai pengundi hantu terutamanya yang melibatkan warga asing dari Bangladesh.

"Anda mahu halau kami orang Malaysia, tetapi orang Bangladesh dibawa masuk ke dalam negara.

"Anda mesti hormat kami, itu pengundi hantu Bangladesh-lah yang perlu dihalau," katanya.

Malaysiakini/-
[Read More...]


0 Anwar: 'Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?'



8 Rejab 1434 H. [MOD] -


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.


"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.



Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini turut membidas tulisan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.


black 505 rally seremban crowd
Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin sebaliknya dilihat cuba meredakan reaksi orang ramai berhubung kenyataan itu.



Menurutnya, kenyataan Zahid itu mewakili pandangan peribadi Zahid dan bukan seluruh jemaah menteri.



Menegaskan gesaan tersebut sebagai 'bodoh', Anwar dalam pidatonya turut membidas rencana tulisan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tentang undi popular yang disiarkan akhbar sama, sehari selepas tulisan Zahid Hamidi diterbitkan.



Menurut Anwar, tindakan Ahmad menggunakan perkataan 'liwat' dalam tulisannya untuk membincangkan undi popular, adalah lucah dan tidak menghormati kebijaksanaan rakyat.



"Seorang lagi menteri Umno kata (pembangkang) jangan 'meliwat' fikiran rakyat.



"(Ini) cara yg paling lucah untuk menghina fikiran rakyat," kata Anwar.



Ahmad Maslan dalam tulisannya mengingatkan pembangkang yang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka.



Menurutnya, undang-undang Malaysia menetapkan pemenang pilihan raya adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, dan bukan jumlah undi popular.

Sumber : Malaysiakini/-
[Read More...]


1 ‘Dia bedil sapo?’



7 Rejab 1434 H. [MOD] -

Foto
Bachok: “Dia bedil (tembak) sapo (siapa) tu, ke bedil aku?,” kata tukang rumah sebelum rebah dan mengerang kesakitan akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki dipercayai dikenalinya ketika bersarapan di warung makan di Kampung Gong Batu, Kemayan, Tawang, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Azmi Ismail, 37, parah terkena tembakan di pinggang kanan dan di belakang paha kanan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Mangsa dari Pantai Senok di sini, ditembak seorang lelaki memakai baju Melayu, berkain pelikat dan bertopi keledar yang menunggang motosikal Yamaha LC.

Saksi kejadian yang juga pemilik warung berkenaan, Idayu Mustafa, 30, berkata sebelum kejadian, dia sibuk melayan empat pelanggan termasuk mangsa yang bersarapan di warungnya.


Katanya, sejurus meminta minuman, mangsa didekati seorang lelaki memakai kain pelikat, baju Melayu dan bertopi keledar yang datang ke warung menunggang dengan motosikal jenis Yamaha 

METRO/-
[Read More...]


0 2 mayat reput dalam lubang



Foto
7 Rejab 1434 H. [MOD] -


Miri: Tanda tanya mengenai kegagalan dua pekerja tapak binaan warga Indonesia hadir bekerja sejak enam hari lalu, terjawab apabila mayat mereka ditemui ditanam sedalam 1.5 meter di tapak pembinaan di Permyjaya di sini, semalam.
Mayat reput kedua-dua lelaki dipercayai bersaudara itu yang belum dikenal pasti identiti, ditemui selepas sepasukan polis bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan dibuat seorang penyelia di tapak projek itu kira-kira jam 8.30 pagi.
Dengan bantuan anjing pengesan dan jengkaut, polis berjaya mengeluarkan mayat kedua-dua lelaki terbabit yang ditanam berhampiran longkang yang sedang dalam pembinaan di tapak projek berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon Ringgit berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengesan dan mengeluarkan mayat sudah reput dan hampir berkecai itu.


Katanya, khidmat anjing pengesan terpaksa digunakan bagi mengesan lokasi sebenar mayat itu ditanam sebelum mengorek menggunakan jengkaut berikutan lubang turut ditutup dengan simen.

METRO/-
[Read More...]


0 Mati kebuluran



7 Rejab 1434 H. [MOD] -
Foto


Georgetown: Sepasang suami isteri dihukum 24 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian pembantu rumah akibat kebuluran, pada April tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan peguam Naizatul Zamrina Karizaman mewakili kedua-dua tertuduh dan hujah Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng.
Zamani berkata, sebagai majikan kepada mangsa berasal dari Kemboja yang datang mencari nafkah di negara ini, kedua-dua tertuduh sepatutnya menjaga kebajikan seperti makan minum, perubatan serta barangan asas mangsa sepanjang berada di bawah jagaan mereka.

“Bagaimanapun, tertuduh bertindak sebaliknya apabila membiarkan mangsa yang asalnya mempunyai ketinggian 148 sentimeter dan berat badan 44 kilogram (kg) susut mendadak sehingga menjadi 26.1kg dalam tempoh tujuh bulan,” katanya.

PASANGAN suami isteri dibawa keluar mahkamah, semalam.

Tertuduh, Soh Chew Tong, 44, dan isteri, Chin Chui Ling, 42, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh mereka ditahan, pada 1 April lalu.

METRO/-
[Read More...]


0 Adik rentung bersama kereta kesayangan



7 Rejab 1434 H. [MOD] -


'Adik rentung bersama kereta kesayangan'

Abdul Manan (tiga, kanan) berkongsi duka Ariah menceritakan kenangan bersama anak bongsunya itu sebelum kejadian.
KUANTAN - “Tak sangka sayang adik pada kereta Gen 2 itu sehingga dia turut terkorban dan rentung bersama,” kata Ariah Jono,50, ibu mangsa kemalangan Jalan Pintasan, dekat Indera Mahkota kelmarin Nurul Fadhillah Aripin,21.

Nurul Fadhillah yang merupakan pelajar tahun akhir Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) yang dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Kubang Buaya dikatakan gagal mengawal kereta yang dipandunya lalu terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh dua batang pokok.

“Saya reda adik pergi dahulu. Dia yang merupakan penyeri keluarga ini memandangkan dia anak bongsu dari tujuh beradik.

“Selama ini, apa sahaja kemahuan dia saya turuti dan sebelum hari kejadian dia teringin makan sate. Tidak sangka pula, itu adalah permintaan terakhir yang saya boleh tunaikan,” katanya.

Ariah berkata, sehingga kini dia masih tidak percaya anak bongsunya itu sudah meninggal dunia, bagaimanapun dia dan suami harus menerima hakikat itu dengan reda.

“Adik sangat sayang kereta itu dan segala barang yang disayanginya diletakkan di dalam kereta tersebut.. hinggakan tidak ada tempat untuk orang lain tumpang di tempat duduk belakang.

“Memang saya sedih sangat.. semua barang kesayangan adik turut terbakar dalam kereta itu dan tiada apa yang boleh kami pandang untuk mengubat rindu pada dia,” kata Ariah yang tinggal di Felda Panching Timur di sini.

Dalam kejadian jam 5 pagi tersebut, Nurul Fadhillah dikatakan memandu bersendirian untuk menumpang tidur di rumah kakaknya.

Mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh dua batang pokok hingga tumbang.

Akibat perlanggaran itu kereta Gen 2 yang dipandu terbakar.

Nasib keluarga ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang turut simpati dengan kejadian yang menimpa Nurul Fadhillah ini.

“Saya harap agar keluarga arwah sabar dan reda dengan kejadian semoga arwah dicucuri rahmat,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini," katanya.

SINAR/-
[Read More...]


0 Bangladesh dilanda ribut




7 Rejab 1434 H. [MOD] -




CHITTAGONG - Ribut tropika melanda Bangladesh hingga menyebabkan kemusnahan yang besar, dibimbangi akan turut melanda kawasan pedalaman negara itu.

Kejadian berlaku semalam.

Laporan awal menyebut 13 maut selepas ditimpa pokok tumbang akibat ribut dan beribu-ribu tempat kediaman turut musnah.

“Sekurang-kurangnya 15,000 rumah diselaputi lumpur selepas ribut melanda ,” kata pegawai daerah Noakhali, Sirajul Islam.

Lebih daripada sejuta rakyat negara itu turut diberi amaran supaya meninggalkan kediaman mereka dan mengosongkan kawasan pantai di Cyclone Mahasen.

Ramai penduduk ditempatkan di sekolah-sekolah dan bangunan kerajaan sejurus ribut melanda kawasan kampung mereka.

Beribu rumah turut musnah akibat ribut tropika itu dan kebanyakan yang terlibat ialah rumah penduduk yang tinggal di persisir pantai.

SINAR/-

[Read More...]


 
Memuatkan ...
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors